Wednesday, April 15

Bingkai hati..


Alhamdulillah.. Tiada madah kata yang terindah untuk dituturkan oleh bibir melainkan ucapan syukur dan puja buat Allah yang sungguh penyayang kepada hambanya.. Kalau bukan KASIH dan KESIAN dari Allah, manusia pasti tidak akan mampu berbuat apa-apa.. Betapa pun hebatnya sang manusia, tapi perlukan IZIN dari Allah.. Tanpa ‘izin’ Allah, pasti dan pasti Obama tidak akan menang pilihanraya USA!


Terlalu ‘gian’ rasanya jari-jemari ini mahu berdansa ala-ala kuda kepang di atas keyboard.. Tapi, apakan daya.. Masa tidak mengizinkan.. Ada lagi kepentingan yang lebih aula untuk diutamakan.. Jari-jemari akhirnya akur jua.


Lama juga pertapaan saya di makmal HIGH VOLTAGE & HIGH CURRENT itu.. Kalaulah ada sensor yang boleh kesan air peluh.. Sudah pasti air peluh saya dikesan di merata tempat dalam LAB.. Air peluh dengan air mata sekali kot.. Menunggu suatu yang uncertainty.. Experimental where we cant predict what type of the outcome exactly! So just do it.. Do it.. Then.. Do it.. Boleh nak do it.. Tapi, macam mana pula time nak present nanti..? Takkanlah nak cakap WE JUST KNOW HOW TO DO IT!


Problems occur..


Bermula DESIGNING the HARDWARE.. Saya menghadap pakcik-pakcik yang “masya Allah” di fakulti Mechanical. Tapi sudah resminya pelajar.. Dimarah itu MANISSS.. Walaupun bukan salah kita, tapi terimalah seadanya.. Jadikan ia hiburan dan bukannya tekanan.. Saya sukar nak bayangkan, bagaimana seorang pelajar Elektrik boleh nak hafal operation untuk mesin drilling, mesin CNC, dan mesin-mesin mekanikal yang pelbagai itu?? Tidak lojik.. Dan sememangnya saya memang tak tahu..


Tarbiyyah buat saya.. Saya merasai perasaan mangsa yang dimarah tanpa soal selidik.. So, sebelum marah orang, selidiki dulu.. Dan sebenarnya, mendidik tidak semestinya dengan marah.. Bila anda memarah, sebenarnya anda berdepan risiko!


Problems still occur..


Masuk sem dua.. Sekali lagi berdepan kerumitan yang semakin rumit.. Electrical experimental setup. Litar elektrik yang lebih kompleks! Dengan masalah pengujian High Pass Filter (HPF) dan RC Detector yang tidak lepas piawai.. So.. Terpaksa bersengkang mata.. Buat troubleshooting.. Kadang-kadang litar yang short.. Kadang-kadang otak saya pula yang short!


HPF circuit quit "leceh" to check its ability for filtering a noise signal..


Dan... Masalah paling besar mendatang.. Sample of material yang nak digunakan untuk testing tak sampai-sampai! Makmal Polymer USM tak punya khabar.. Allah! Dateline tinggal 2 bulan lagi.. Nak bentang apa nanti.. Lantas buku kimia dibuka balik.. Belajar semula nak buat polymerization.. Benda yang paling saya naik pening time study kat matrik dulu.. Pening dengan bermacam-macam ‘cincin kimia’.. Benzene-ring la.. OH-ring la.. Lord of the Ring la.. Baru sedar, rupanya ilmu kimia saya ‘filkutub la fissudur’! Insaf..


Thanks banyak-banyak buat adik-adik Chemical eng. yang sudi menjawab soalan-soalan ‘bodoh’ saya.. Juga buat Encik Suhitan, technician N17 Makmal Polymer—faculty of chemical eng.. Sambung ‘cerita-cerita best’ kita tue nanti ye..=)


Lain manusia lain sifatnya.. Lainlah juga letak pintu hatinya..


Lebih ramai manusia yang anda jumpa.. Maka lebih luas pengalaman anda.. Lebih banyak kedudukan pintu hati manusia yang anda akan jelajah..


Latihan bagi seorang pendakwah!—Mencari pintu hati manusia..


TODAY.. An enigma. SEMINAR for FINAL YEAR PROJECT!


Berdiri di depan para Duktur dan Dukturah.. Profesor dan Profesorah.. Membentang apa yang dikaji, difahami, ditemui dan macam-macam lagi.. KEWAJIBAN yang perlu dilalui untuk upgrade seseorang dari MAHASISWA kepada SISWAZAH.. Bergegar juga tempurung lutut!


Yakinlah.. Yakinlah pada DIRI SENDIRI! Bak kata seorang senior saya, tiada apa yang patut ditakutkan.. Seminar nie macam bagi tazkirah.. Cuma bahasa yang kita guna, bahasa elektrik.. Itu sahaja! Alhamdulillah.. semuanya OK. Walaupun kena ‘belasah’ oleh panel, tapi seronok juga.. Yela.. Bukan senang nak dapat peluang FREE untuk bagi ‘tazkirah’ depan orang-orang ‘otai’ fakulti..


Cuma...


“why you using that kind of terminology? Are you try to cheating us??”—Soalan nie terpacul di saat-saat terakhir sesi Q&A.. Salah saya juga sebab tak check betul-betul slide.. Kan dah kena tembak. Tapi.. Agresif juga lecturer nie menembak..


“Sorry Prof.. I think the terms surface deterioration more suitable to explain this phenomena..”—Saya cuba bertahan.


“Yeah.. I know.. but, why you using surface morphology? Are you try to cheating us?”—Isshh.. Napa pula push saya guna style macam nie.. Aduh.


“Prof.. I am very sorry about that.. I forgot to change the terminology”—Saya cuba meminta maaf dan mengaku kesalahan sendiri.. Bukan putus asa.. Tapi, dah memang bersalah.. Kena berani mengaku. Moga ‘tuduhan’ berakhir..


“You try to cheating us! Right??”—ya Allah.. Tak habis-habis lagi. Saya kenal Prof yang bertanya nie.. Bukan macam nie sifat dia.. tapi, apesal plak hari nie tetiba hangin semacam je.. Allahu Rabbi..


“Prof.. I can cheat you.. But, how can I cheat Allah??”. Tetiba macam laras senapang automatik terlepas dari mulut saya tepat kepada Prof yang mendesak dari tadi.. Respon tanpa sedar.. Saya pun tidak tahu kenapa jawapan itu yang terluah..


DIAM.. Semua terdiam.. Prof tadi pun terdiam.. Saya apatah lagi.. Diam. Menunggu tembakan susulan. What next?


“Ok.. Thanks for your presentation and explaination.. Thank you..”.—Drama disuraikan. Alhamdulillah.. Saya keluar Dewan.


Minum teh dan makan kuih yang disediakan.. Tadi tak keseleraan.. Tapi bila dah habis present.. Macam tak kecukupan pula.


Terkejut.. Prof yang menembak ala-ala ‘gerila’ kepada saya tadi juga keluar menyusul. Mengambil minuman dan kuih-muih tambahan barangkali.. Dia menghampiri saya..


“Saja nak tahu apa penggantungan terakhir awak!”.. Bisiknya sambil senyum dengan saya. Hmm.. Dalam maksudnya!


Hadiah dari DIRI buat SENDIRI..


Usai solat asar saya keluar bersama adik junior untuk menghirup udara segar selepas bertapa lama di lab sebelum nie.. Release some stress voltage from my pieces of brain..


Saya memilih taman MPH dekat JJ.. Taman buku bukannya taman bunga.. Menengok-nengok buku ibarat semacam menengok-negok bunga di taman.. Ini memang hobi saya.. Dan bila pegi taman buku, mesti nak beli buah tangan.. Satu pun jadilah. Dan semestinya hari nie mesti kena beli juga sebab nak bagi hadiah.. Hadiah istimewa dari DIRI buat SENDIRI sebab sendiri YAKIN dengan diri..


Pusing punya pusing.. kelek punya kelek.. Selak punya selak.. Akhirnya saya jatuh cinta dengan buku tulisan Datuk Zaid Ibrahim, “SAYA PUN MELAYU”—mantan menteri di jabatan perdana menteri. Sampai naik bosan adik seorang tue menunggu.. Abang nie kalau tengok buku macam tengok calon isteri je.. Bukan macam tue dik... Biar lambat.. Asalkan tepat!


“Saya rasa buku ini patut dibaca oleh anak-anak muda kita, khasnya
mereka yang dari kampung dan keluarga tidak berada. Zaid telah menulis tanpa segan dan malu mengenai latar belakang hidupnya yang berasal dari kampung yang penuh dengan permasalahan dan cabaran untuk mencapai kejayaan bagi diri dan keluarganya.”—Tengku Razaleigh Hamzah.

Hanya RM 35.00.. Cetakan pertama-2009.


“Melalui buku ini, pembaca berpeluang untuk memahami dengan lebih jelas mengapa Datuk Zaid meletakkan jawatan sebagai menteri dan seterusnya dipecat dari UMNO yang disertainya sejak 23 tahun, dan juga mengapa sesetengah pemimpin UMNO begitu membencinya sehingga ada yang mendesak beliau keluar dari rumpun Melayu.”—Sinopsis.


Waiting for another step..


Alhamdulillah selepas pembentangan projek tahun akhir, rasanya bukanlah ghairah sangat nak berkata; “kaki yang satu dah lepas!”. Tinggal tunggu langkah kaki yang kedua.. Tapi, memang HAKIKAT sudah begitu..


FINAL EXAM.. Tinggal berdepan final exam sahaja sekarang.. Moga kaki yang satu lagi ini boleh lepas lalu. Insya Allah.. Allah maha Penentu!


Sementalah menunggu.. Waiting for another step.. Ramailah kenalan bertanya..? Lecturer pun tak ketinggalan bertanya.. Bertanya planning anak-anak didiknya..


Kerja? Sambung study? Atau.. ******


Bila dikatakan kerja.. Maknanya nak jadi engineer lah.. Sebab engineer based on experience oriented.. Lebih lama anda bekerja maka lebih cepatlah anda nak dapat title Ir... Entah apalah keramatnya dengan title Ir tue.. Keramat kalau Ir macam Datuk Ir Nizar. Beliau punya title Ir dan dalam masa yang sama boleh jadi ustaz MENGAJAR umat di masjid-masjid bahkan boleh jadi MB MENTADBIR umat!.. “Ir Serba Boleh” namanya.. Ir Dunia dan Akhirat!


Sambung study.. Selalunya orang yang nak sambung akan menjurusi disiplin akademik sebagai profesional kerjayanya.. Senang cerita, nak jadi Profesor atau Profesorah menggantikan prof-prof yang dah nak pencen kat fakulti tue! Huuu.. Jadi guru kat universiti nie kerja mulia.. Cuma, kadang-kadang bila orang dah dapat title ‘mahaguru’ besarlah pula cabarannya.. Yela.. Gaji tak campur elaun dah RM 15k.. Diulangi.. Belum campur elaun.. Kalau ada consultant kat luar tue lain lagilah ceritanya.. +..+..+.. Jangan terlupa plus akhirat sudah!


Saya..?


Saya balik kampung tanam JAGUNG je Dr..


Tanam jagung..?


Ya.. Jagung manis..


Manisnya bukan pada rasanya.. Tapi, pada raut wajahnya.. Pada hembus katanya.. Pada akhlak perinya.. Pada debar imannya.. Dan alangkah indah jika tanaman jagung ini berkembang biak menjadi satu taman.. Dari taman menjadi ladang.. Dari ladang, lantas ia meliputi segenap ruang tanah yang ada!—GENERASI QURAN YANG UNIK.


Senang hati bila tengok 'JAGUNG-JAGUNG' saya subur membiak.. Bukan saya punya seorang..

Ia jagung kita! 'TANAM JAGUNG' kerja kita semua!



myikhwanfiideen

IVAT (Institut VOLTAN dan ARUS tinggi).


6 comments:

Anonymous said...

Salam,
wah seronok apabila membaca blog saudara.
Ada siraman iman.
Siapakah Prof itu?
Apa pun tahniah.
Saya sedang membaca buku, SAYA PUN MELAYU.
Pedulikan liberal nya Zaid Ibrahim ambil pada nilai intergriti beliau dalam memimpin masyarakat.
Semoga Allah akan memberikan nikmat iman pada kita.
Ameeen

Muhammad Ridwanto Anwar

Nurul 'Uyun Binti Ahmad said...

Salam. Tahniah!

apa-apa pun, all the best untuk kemudian hari. Kita tak kan pernah tahu apa yang digariskan oleh allah pada kita, namun sebagai hambanya, pasti dan pasti mohon padanya agar ditunjukkan jalan dan dipermudahkan.


Ujian selepas tamat belajar semakin tebal, tinggal iman untuk memunggahkan semangat. Jangan alpa bahawa kita tetap seorang pejuang di luar, walaupun sedikit biar istiqamah kerana manusia akan berubah. Percayalah, bahawa ujian semakin menebal, lekas-lekas tambah iman.

tahniah sekali lagi!

Anonymous said...

masyaAllah,pergantungan terakhir tu menakjubkan.fantastic...
oDENg

myikhwanfiideen said...

Salam kembali buat Abg Wanto, Isteri, dan anak yg comel itu;

-Saya masih belajar.. Abg punya blog juga 'guru' sy dlm penulisan..

-Prof.. Itu rahsia bang.. Kenangan yang sgt INDAH dan membekas. He wanna give me some extra learning. Cuma, bile x ready.. kekdg susah nak tangkap..

-Ya.. sy pun begitu.. Sy sdg cuba menghayati nilai2 yg cuba dismpikn.

-I'Allah bang.. Apalah nilai kita jg tiada iman dlm diri.. Na'uzubillah.

Syukran buat abg yg sanggup mengomen di blog sy ini.. KOMEN abg nie MAHAL.. Sama jg mcm orgnya.. Mahal..

P/s-Kim slm ngn anak yg comel itu..:)

-----------------------

Cik N.U. :

-Terima kasih atas tunjuk ajar selama ini.. Ya, mohon dgn Allah itu suatu keperluan yg mesti diperbuat seharian.. kalu boleh seminitan.. Dan kalu bole lg sesaatan.

-Terima kasih atas peringatan.. Sy selalu menropong di luar.. Sudah ternampak akan badainya.. Ya, sudah pasti lautan luar itu sgt luas.. Ombak mendatang dari segenap penjuru yg tdk disangka..

-Terima kasih.. Tahniah buat semua.

P/s:-Terima kasih juga akan peristiwa petang itu.. Azim kata;Adik sendiri dibiar KELAPARAN.. hoho.. NO KOMEN.

-------------------------

Salam buat Mr ODeng;

-Sometime we faced something dat PUSHING U UNTIL THE LIMITS!

-Did u realized wat ur limit?

p/s:-Tuan.. Bile nak belanja satay kajang nie.. kawe da mengidam..=)

Salfiza said...

salam...
tahnia ya akh sbb da slmt present psm dgn gemilangnye...
muge slmt grad dan tanam jagung dgn gemilang juga... tahniah2 ^_^

myikhwanfiideen said...

Salam buat Dr Srikandi;

-Tahniah kembali..

-Takdelah gemilang pun.. Biasa sahaja..

-Iya.. kalau part 'tanam jagung' baru kene betul2 GEMILANG.. I'Allah.

P/s- Bilalah plak lg Dukturah dari MEDAN nk balik 'tanam jagung'..??=)