Saturday, April 11

"THE TRANSITION OF POWER"

Bismillahi La Quwwata Illa Billah..


Hari ini kita berada di bulan Rabiulakhir 1430H.. andainya Rabiulawal yang lalu sinonim dengan Maulidurrasul.. Maka bulan ini pula sepatutnya mengimbau kembali kenangan silam kepada kita semua akan kewafatan Saidina Abu Bakr.. Sahabat tercinta baginda Nabi SAW..


Sekaligus berlaku “THE TRANSITION OF POWER”—Peralihan KUASA kepada Saidina Umar bin Al-Kattab selaku Khalifah yang kedua..


Justeru.. Sebenarnya fenomena ini hampir serupa dengan situasi negara kita pada hari ini.. Cumanya yang berbeza ialah; sakhsiyyah, ideologi, manhaj, kualiti, dan zaman!


Peralihan kuasa adalah sunnahtullah seperti mana Firman Allah:


“Dan masa (kejayaan dan kehancuran) itu kami pergilirkan dianatara manusia (agar mereka mendapat pelajaran); dan supaya Allah membezakan orang-orang yang beriman (dengan orang kafir) supaya sebahagaian kamu dijadikan-Nya (gugur sebagai) syuhada.. Dan Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim.”


Sekiranya kita meneliti.. bagaimana peralihan kuasa antara Sultan Sulaiman bin Abdul Malik dengan Umar bin Abdul Aziz.. Sudah tentu kita nampak dan yakin bahawa urusan peralihan kuasa itu adalah dalam genggaman Allah.. Allahlah yang Maha mengetahui dan Maha menentukan!


Masakan tidak.. Ketika Sultan Sulaiman nazak, baginda mahu melantik anaknya sendiri iaitu Yazid bin Abdul Malik sebagai pengganti! Selari dengan sistem beraja ketika itu..


Tapi.. Perkara itu tidak dipersetujui oleh Majlis Syura. Malah, Syura menetapkan bahawa Umar Abdul Aziz lah yang paling LAYAK untuk menjadi khalifah! Bersesuaian dengan senario ancaman ketika itu.. Sebab, Islam berdepan dengan pakatan tentera Musyrik yang berpangkalan di Kota Konstantinople..


Akhirnya.. Sultan Sulaiman pun akur dengan Syura lantas berlakulah “THE TRANSITION OF POWER..”


Namun.. Apa yang nak dicedok dari kisah ini ialah.. Khalifah Umar Abdul Aziz tidak tahu menahu pun akan urusan perlantikan beliau.. Sehunggalah bai’ah (akur janji dan taat setia) untuk menabalkan beliau sebagai khalifah dilakukan di penjuru Masjid.. Tempat Umar Abdul Aziz beriktikaf siang dan malam!!


Bilakah "THE TRANSITION OF POWER" itu bertukar kepada pemimpin seperti Al-Fatih??


Beliau menerima taklifan itu dengan badannya yang menggeletar lantaran menerima tugas yang sangat berat.. Tugas Khalifah!


Sehinggakan beliau terpaksa dipapah untuk naik ke mimbar disebabkan TAKUT dengan AMANAH yang dipertanggungjawabkan..


Mengapa tugas ini sangat BESAR.. sangat DIGENTARI.. Wajar DIGERUNI??


Kerana..


POWER—ia akan mencorakkan MASA DEPAN generasi hari ini dan akan datang.. Ia juga bersangkutan dengan segala urusan dan hak-hak orang Islam dan bukan Islam.. Sekiranya pemimpin itu SOLEH maka solehlah rakyatnya.. Tapi.. Jika pemimpin itu HAPRAK maka hapraklah dan rosaklah rakyat dibawahnya..


Imam Muslim dalam kitab sohihnya di bawah tajuk ‘kitabul imarah’ pada bab ‘babul wujub mulazamati jamaatul muslimin ie’nda zuhuril fitan’ iaitu bab yang menyatakan kewajiban seseorang itu berpegang kepada kesatuan Islam ketika munculnya FITNAH..


“Aku telah mendengar Huzaifah bin Yaman sedang berkata bahawa ramai sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW tentang kebaikan.. Akan tetapi aku pula bertanya tentang kerosakan sebagai peringatan agar tidak terjerumus ke dalamnya..


Maka aku bertanya: Ya Rasulullah, sesungguhnya kami telah berada dalam zaman jahiliyyah dan kerosakan yang amat sangat, sehinggalah Allah mengutus engkau untuk memandu kami ke arah kebaikan.. Maka adakah selepas kebaikan ini akan berlaku kerosakan? Jawab baginda: Ya. Aku bertanya lagi: Apakah selepas kerosakan itu ada kebaiakn? Jawab baginda: Ya.. Akan tetapi ketika itu kamu berada dalam kekeliruan.


Aku menyoal lagi: Apakah yang dimaksudkan dengan kekeliruan itu? Jawab baginda: Ada dikalangan kamu yang TIDAK mengikut SUNNAHku, dan MENUNJUKmu panduan tanpa menggunakan petunjukku.. Adakalanya kamu MENGENALI mereka, dan adakalanya tidak..


Aku bertanya lagi: Adakah selepas kebaikan itu ada kerosakan? Baginda lalu menjawab: Ya.. Waktu itu ada dikalangan kamu yang BERTERUS-TERANG mengajak kamu ke PINTU-PINTU KEROSAKAN. Barangsiapa yang menjawabnya maka ia akan termasuk dalam golongan itu.. Aku bertanya lagi: Ya Rasulullah, tunjukkan siapa mereka itu? Jawab baginda: Mereka adalah SAMA KULIT seperti kita dan bertutur dengan BAHASA KITA.


Aku menyoal lagi: Apakah pandangan kamu jika kami menegnali mereka?? Maka jawab Rasulullah: Pada waktu itu, BERSATULAH kamu dengan JAMAAH dan BERPEGANGLAH kepada PIMPINANmu (pimpinan jamaah)!”—Hadis Sahih.


Hari ini..


Hari ini kita tidak selesai-selesai lagi dengan bermacam-macam isu dan kerosakan yang berlaku.. Isu RASUAH, MURTAD, HINA ISLAM, GEJALA SOSIAL, TAHI ARAK dan JUDI, ZINA, SUMBANG MAHRAM dan beraneka lagi.. Dan, sudah semestinya ia memerlukan solusi seberapa TANGKAS dengan menggunakan jalan yang TEPAT daripada semua pihak. Bukan bercakap atas angin!!


Isu bukan hanya boleh selesai dengan bantuan kewangan atau turun padang.. Tetapi ada isu yang perlukan pemerhatian, kajian, pernyataan pendirian, dan keberanian menzahirkan akidah kepada Allah SWT..


Justeru, bila kita menyoroti realiti dan hakikat hari ini.. Rasulullah SAW sebenarnya sudah lama memberi panduan kepada umatnya agar menjadikan dasar peralihan kuasa—“THE TRANSITION OF POWER” sebagai medan untuk saling nasihat menasihati antara pemimpin dan yang dipimpin—Rakyat marhaen.


Bukannya golongan dipimpin sahaja yang perlu ditunjuk ajar dan dipandu.. Bahkan sebaliknya proses “CHECK and BALANCE” itu perlu ada dan semestinya perlu diimplementasi!


Tidak kiralah “THE TRANSITION OF POWER” itu berlaku di peringkat kampung, daerah, pejabat, negeri, negara, dan sebagainya.. Yang penting ia menjadikan Rasulullah sebagai MODEL teladan dan rujukan teratas. Tuntasnya, sekiranya sebuah organisasi itu cemerlang maka sudah tentu kejayaan tadi merujuk kepada kualiti MANUSIAWI yang membarisi kepimpinannya.. Begitu juga dengan sirah Nabi.. Sejarah membuktikan akan kejayaan dakwah baginda adalah disebabkan oleh barisan ‘kabinet’ yang membarisi ruang hadapan ummah ketika itu..


Apabila 'Ketam'-'ketam' mengajar RAKYAT berjalan lurus...


Sabda Nabi SAW:


“Daripada Anas bin Malik sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: Umatku yang paling mulia adalah ABU BAKAR, dan yang paling berani menegakkan agama Allah ialah UMAR, dan yang paling menjaga maruahnya ialah USMAN, dan yang paling adil dalam hukuman ialah ALI BIN ABI TALIB, dan yang paling hebat bacaan Quran ialah UBAI BIN KAAB, dan yang paling arif akan halal dan haram ialah MUAZ BIN JABAL, dan yang paling teliti melaksanakan perintah Allah ialah ZAID BIN THABIT, dan ketahuilah setiap dari umat itu ada pemegang amanahnya, dan pemegang amanah ummah ini adalah UBAIDAH BIN AL-JARRAH.”


Konklusinya.. Marilah kita kembali kepada dasar al-Quran dan as-Sunnah sebagai pedoman dan panduan kehidupan kita.. Apatah lagi kehidupan bernegara yang sudah semestinya antara aspek terpenting pencorak yang mewarnakan individu, masyarakat dan negara dalam setiap detik dan masanya..


Betapa kecintaan baginda Nabi kepada ummahnya sehingga persoalan peralihan kuasa—“THE TRANSITION OF POWER” inipun baginda sudah memberi petunjuk dan hint kepada umatnya.. Namun.. Persoalannya.. Adakah kita SUDAH LUPA?? Mungkinkah juga BUAT-BUAT LUPA??



Khulasoh: myikhwanfiideen,
Mimbar JUMAAT hari ini..


No comments: