Wednesday, April 22

Revisit: "Menarilah" mengikut rentak "irama".



Saya menggunakan kesempatan malam ini untuk menulis dalam entry tajuk yang saya terfikir.. Tajuk entry bukan bermaksud meminta sesiapa menari.. (",). Tetapi lebih kepada perkongsian untuk kita melakarkan suatu tindakan.. How the action we are based on the true analysis through our observation..Terutama bagi sahabat-sahabat yang berada di Borneo sana..

Beberapa sms meminta pandangan dari saya dan tidak kurang jua yang meluahkan isi hati masing-masing.. Saya kira inilah anatara cabaran terhebat dalam berorganisasi bila mana kita diuji dengan berbezanya pendapat sesama kita.. Perlu kita lihat ia sebagai suatu perkara positif walaupun kadang-kadang ia melambatkan dan melengahkan tindakan yang bakal dibuat..

Menarilah mengikut rentak irama.. Terus terang kita katakan SUMBANG bilamana si penari tidak mengikut irama lagu, hanya arahan semasa dari jurulatih yang membimbing.. Begitu juga orientasi plan tindakan yang dibuat.. Haruslah ia berpaksi dengan keadaan semasa tempat dan situasi siapakah dia yang terbabit.. Janganlah cuba menipu diri dan audiens yang berada dihadapan anda kerana apa yang anda lakukan bukanlah untuk tontonan sang jurulatih sahaja!!!.. Dan sesiapa yang mengaku ketua hendaklah memahami benda ini dan seharusnya dia meraikannya..

TINDAKAN YANG TIDAK SAMA

Selalu 'orang' berkata sedemikian kepada kita.. Mengapa buat begini dan kenapa tidak begini..? Saya nak tanya dia semula... Apakah yang paling penting..? Tujuan pakai baju atau baju apa yang dipakai? Kita hanya tumpu benda yang zahir tetapi kita tidak melihat dan meraikan apa dia maqasid terhadap tindakan yang dibuat oleh sahabat kita.. Bukankah tujuan plan yang kita nak buat adalah sama iaitu melahirkan golongan yang akan memartabatkan Islam dengan menunggangi wasilah organisasi ini..? Bagaimana kaedah yang digunakan itu terpulang kepada analisa dan pertimbangan setempat.. Berikanlah keyakinan dan raikanlah pandangan dan jangan penjarakan Idealisme kerana kita muingkin berpencak pada dua tempat yang jauh berbeza..

ADIK-ADIK BORNEO



Saya ingin berkongsi dengan adik-adik aktivis dakwah khususnya yang berada di sekitar 'Kota'.. Saya pernah menghadiri konvensyen di Ibu Kota mengenai keperluan untuk kita beraksi sebagai golongan yang bermentalitikan pemimpin.. Janganlah letakkan diri anda hanya memegang title "ahli seumur hidup" sahaja bila balik ke 'kawasan' masing2.. Tetapi semarakkan pemikiran dan idealisme anda serta tumpahkan ia dalam suatu tindakan realiti .. Berfikirlah anda secara bersungguh kerana tiada lagi yang berada di belakang kecuali andalah yang kena maju kehadapan untuk mengetuai perencanaan dakwah di kawasan masing-masing..

Bila kita ditegur oleh seseorang maka analisa dahulu dan berlakulah adil kepada diri sendiri masing-masing.. Teguran memang baik untuk meningkatkan produktiviti tetapi ia hendaklah bersandarkan kepada situasi anda dan bukan nostalgika orang lain.. Anda harus berani menegakkan idealisme dan wacana minda anda kerana anda adalah pemimpin dan bukannya dipimpin.. Cubalah jawab kritikan yang dilemparkan dengan "buah yang dihasilkan" dan bukannya cukup sekadar dengan kata-kata "Iyalah, ermm betul juga, oh memang saya silap, abang tue punya pasallah, bagus juga"..

IJTIHAD SUATU KEPERLUAN

Saya cuba akhiri perkongsian ini dengan menyatakan apa yang pernah Dr Yusuf Al-Qardhowi tekankan khususnya kepada mana-mana gerakan ISlam.. Ijtihad suatu keperluan.. Berijtihadlah dengan berdasarkan overview yang benar dan bukannya dengan nafsu semata-mata atau berlandaskan nostalgika orang lain..

Kutiplah hikmah itu sebagai bekalan dan lihatlah sejarah lampau sebagai pengajaran bukannya sebagai silibus kehidupan anda.. Ingatlah kritikan akan mendewasakn kita dan dengan kritikan juga ia mampu melonjakkan kita ke satu tahap yang tidak terfikir sebelum ini.. Percayalah..



3 comments:

nzlaa86 said...

ana x tangkap maksud sebenar full entry ni..mybe i'm not in the shoes..tapi yg saya ble lontarkan..

"How the action we are based on the true analysis through our observation"

mmg ini aspek yang masih lack dalam diri aktivis kampus yg sewajibnya turun melibatkan diri dalam gerak kerja negeri..

saya setuju kita kena bermentaliti pemimpin dalam masa yang sama bijak dan tepat meletakkan diri pada tempatnya bila pulang ke negeri sendiri...

Anonymous said...

assalmau'alaikum wbt,
ana copu yer kata-kata yusuf qardawi di nie,mudah-mudahan bermanfaant,syukran ya akhi,
jzkk

myikhwanfiideen said...

Salam buat ustzh 'nzlaa' ;

-xpe.. Mmg takde pun maksud tersirat.. Semuanya tersurat belaka..

-Ya.. Itu yg kita harapkan.. MENTALITI pemimpin dan punyai GERAK KERJA ahli.. Kalu mental je pemimpin tapi kerja tarafan ahli MALU nak buat, tak jadi juga..

Syukran komen..

-----------------------
Walaikumussalam wbt >tanpa nama;

Ambillah.. takde masalah.. Actually kata-kata nie bukan dari Dr. Yusuf Qardhawi.. Beliau hanya tekankan soal ijtihad.. Kata-kata tue, sy reka sendiri..

wallahu a'lam.