Beberapa siri dialog rencana Politik Semasa berlaku.. Saya cuma menjadi Dang Setia yang mendengar.. Sekali-sekala sahaja mencelah untuk memperbetul apa yang fakta atau yang auta dari dialog sekitar mahasiswa itu. Tertarik juga melihat ruang pandang dan komen yang dilempar.. Gagasan mahasiswa seperti inilah yang ditunggu-tunggu kepulangannya..
Punya idea dan kerangka fikir yang tajam. Penuh kritikal dan oppurtunis mencadang pembaikan..
Mahasiswa mesti BERANI BERSUARA jika mahu menjadi GENERASI BARU untuk negara.
Pembaikan buat negara dan bangsa.
Apatah lagi negeri Borneo yang masih jauh ketinggalan.. Ketinggalan bukan pada sumbernya, atau peluang daya saing ekonominya.. tetapi kelemahan sesetengah pemimpin yang tidak membangun daya informasi rakyat.. Tinggallah rakyat menderita disebabkan duduk di bawah tempurung. Tidak tahu akan haknya sendiri!
Saya tertarik dengan karakter dan fikir saudara Umar Hatta.. Badannya kecil sahaja, tapi ideanya memekar dan adakalanya tidak terfikir oleh saya. Beliau bukanlah mahasiswa yang aktif dalam mana-mana Persatuan pelajar, tetapi kekuatannya adalah pembacaan. Dia menang dari sudut info. Info baru sentiasa dalam genggaman tangan. Saya banyak berguru dengan beliau untuk menganalisis sesuatu..
Bila masuk perbahasan Stimulate Budget 2009 yang diumumkan oleh PM sekarang, saya bebesar hati dengan keberanian saudara Umar membahas. Seoalah-olah suaranya bergema menuntut dan mewakili seluruh rakyat di Borneo.
Mengapakah dalam budget ini tidak kelihatan suatu usaha yang jelas bagi menjana dan membangun ekonomi untuk rakyat yang lebih memerlukan? Jika kita menyatakan, persiapan seberapa kilat untuk merencana budget bagi berdepan jatuhan paras ekonomi Dunia yang menjunam dan mengancam stability ekonomi negara maka kita jangan lupa bahawa sudah semestinya kesan itu tidak sama. Orang kota mungkin terjejas tapi orang kampung lagilah terjejas.. Jangan mata kita hanya melihat orang kota.. Jangan telinga kita hanya dengar orang kota..
Keringat dan lelah serta suara hati orang desa jangan dipandang sebelah mata.
Cuma orang desa tidak punya saluran untuk bersuara.. Menteri pula jarang-jarang nak balik.. Asyik duduk bercakap kencang di Dewan Negara. Derita rakyat tiada siapa yang merasa!
Setakat mana kuasa 0.5 peratus imbuhan dari 60 bilion itu mampu memberikan kuasa energetik buat tanah Borneo yang sememangnya memerlukan dikala kelemasan dan kelesuan aliran tunai dunia.. Sejauh mana ia dapat menangani masalah pengangguran dan kemiskinan yang bercambah-cambah seolah-olah tidak ada langsung idea yang dapat diutarakan untuk mengatasi wabak ini.
Bila ada orang yang bernada sinikal melontar kembali.. Mengapa tidak bersyukur sahaja? Nasib baik dibagi juga 0.5, kalau tak bagi langsung?? Macamlah kita pengemis yang tidak punya pilihan untuk berbicara. Kalau ada, ambil. Jangan cuba nak persoal akan nilainya.. Seolah begitu maksud kata-katanya.
Saya nak tanya semula..
Berapa dozen juta keuntungan hasil dari eksport kelapa sawit dan koko keluar dari Borneo yang disuntik kepada dana negara? Berapa ratus tong minyak dari luar pantai Borneo yang digali dan dihisap oleh Petronas dan keuntungannya dikendong dan dituang ke dalam perbendaharaan persekutuan? Bukankah rezeki itu juga punya titik peluh dan hak yang mesti dikongsi sama rata??
Pengemiskah kami? Tidak. Kami bukan pengemis..
Saya bukan orang yang suka mengungkit. Sebab saya memang tak suka bila orang mengungkit kepada saya.. Dan saya juga patuh akan hukum alam.. Hukum bersenergi..
Kita sememangnya akur.. Pemfokusan adalah strategi untuk agihan kemajuan bandar yang terancang. Ada kawasan yang perlu diberikan priorty untuk lebih kedepan dari sudut suapan ekonomi. Mana mungkin nak majukan semua dalam masa serentak.. Ya, kita faham akan itu.
Tapi.. Dikala kegawatan ini, sepatutnya bantuan yang lebih disalurkan kepada orang yang lebih memerlukan.. Yang lebih terkesan dengan situasi semasa yang tidak menentu.
Bersenergi itu penting dalam membangun negara.. Setiap negeri mesti toleran sesama sendiri. Tetapi, apakah perlu ada lagi toleran jika hukum sinergi dikhianati dengan tahi rasuah, penyangak harta negara, penipu rakyat, dan pembela kezaliman?
Saya yakin bahawa, 0.5 itu tidak akan sampai kepada rakyat Borneo dengan nilaian 0.5 juga.. Takut-takut 0.1 peratus sekalipun tidak sampai ke akar umbi rakyat yang kemelaratan.. Sebab, ketirisan dan kebocoran itu adalah amalan kita. Entah, bila lagi amalan ini dapat diNYAH dari bangsa kita yang melaungkan slogan Cemerlang, Gemilang, dan Terbilang!—Lihat sahajalah anak-anak menteri yang berpeleseran di Ibu Kota Kinabalu sambil menaiki kereta mewah Ferrari sedangkan tidak punya kerja apa-apa.. Duduk diam di rumah tapi mampu beli ferrari? Wallahu a’lam. No Komen.
(Tabloid MalaysiaKini pernah mengeluarkan berita tentang penahanan seorang dari anak-anak menteri ini oleh BPR)
Pemimpin harus ingat.. Mereka adalah wakil kepada Rakyat.
Public-Need first! Not self-need.
Kepada rakyat Sabah..
Tidak kiralah anda Mahasiswa yang berpendidikan tinggi, anda pegawai kerajaan yang berpangkat besar, atau mungkinkah anda hanya seorang petani kampung yang merasa tidak ada kepentingan untuk mendengar getusan rasa seperti ini.. Itu terpulang kepada anda.
Tapi, selagi kita tidak merubah cara berfikir maka selagi itulah kita ditindas dan dinafikan hak dalam segala perkara.. Dan orang yang paling teruk ialah orang yang tidak sedar bahawa ia ditindas!
Tahun 1990, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah memperkenal Indeks Pembangunan Manusia—HDI (Human Development Index) sebagai indikator yang lebih tepat untuk mengukur taraf hidup sesebuah masyarakat. Ia termasuklah tahap literasi (pendidikan), purata hayat (kesihatan), dan pendapatan (ekonomi)... Maka bonus question dari saya untuk kita renung bersama, dimanakah tahap kita? Dimana tahap negeri kita? Dimana tahap bangsa kita??
Nak kata kadar literasi.. Mungkin tahap khidmat kesihatan..?? Atau sejauh mana kukuhnya sumber pendapatan?
Tidak usah mencari bukti di pedalaman.. Cukuplah kita berjalan-jalan di Kota.. Kita akan ketemu dengan Hospital Besar ***** yang sudah menjadi dinasour putih dan tinggal menunggu waktu untuk rebah ke bumi!—Sehingga berpusu-pusuan manusia ke hospital yang satu lagi.. Kesian tengok akan para Ibu yang mengandung terpaksa berbaring pada tilam yang diletak atas simen di tepi ruang Ibu bersalin!
Itu baru satu contoh.. Dan saya malas nak menjilidkan contoh-contoh yang lain.. kerana kata orang, buat apa menunjuk ‘punggung’(maaf) di mata orang!
Cuma apa yang diharapkan ialah, kita yang merasa ini mestilah merasa dengan hati sanubari dan bukan merasa dengan kulit yang tidak punya flashing point untuk melakukan proses turnover.. Sampai bilakah begini? Kalaulah golongan intelek yang punya akal untuk berfikir tetapi tidak ada hati dan kemahuan untuk berubah dan hanya memikir suap nasi untuk perut sendiri.. Maka sudah pasti perubahan itu hanya sketsa yang mampu ditonton dan ditangisi..
Kata Obama:
Change will not come if we wait for some other person or some other time. We are the ones we've been waiting for. We are the change that we seek—Obama
Perubahan dan pembangunan bukannya boleh datang dengan sogokan kewangan atau bantuan wang ringgit.. Wang tidak akan kekal lama.. Bahkan 60 bilion itu tidak boleh menjamin akan terbinanya sebuah tamadun negara bangsa yang hebat di mata dunia.. Dan tidak ada orang yang boleh memberikan jaminan kemajuan dengan longgokan wang dan khazanah emas semata-mata.. Perubahan menuntut pengorbanan dan pendidikan. Masyarakat yang maju mestilah datang dari masyarakat yang punya nilai pendidikan dan semangat untuk mendokong integriti yang positif.. Mereka terdidik akan hak dan kewajipan dalam memenuhi tuntutan komuniti bersama. Ibarat kata hukama, jika anda mahu mebantu si miskin.. Jangan berikan ia seekor ikan, tapi ajarlah ia memancing ikan!
Kabinet 2009 yang baru telah diumumkan..
Seperti biasa kita menyaksikan lebih kurang 5 orang wakil rakyat dari Borneo telah diberikan tempat untuk menduduki barisan kabinet utama sebagai menteri penuh. Tahniah! Dikala ada orang yang berteriak, mengapa negerinya tidak punyai wakil dalam kabinet? Tapi Borneo diberikan tabik hormat dengan ‘baik’ sekali.. Iyalah.. Masakan pula sang ketua melupakan ‘pengorbanan’ rakyat Borneo yang menyelamatkan partinya dari tsunami 8 Mac..
Saya tidak mahu membincang soal pemilihan itu.. Cumanya apa yang saya nak bawa ialah sejauh mana pertambahan bilangan menteri yang ada boleh membuat perubahan yang diimpikan oleh rakyat? Khasnya rakyat yang sangat-sangat memerlukan.. Sudah semestinya kedudukan seperti Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah amat tepat sekali untuk menghulur suatu proses transformasi bagi mengatasi masalah rakyat.. Tinggal sahaja, mahu ataupun tidak!
Sebenarnya bila difikirkan kembali.. Ada benarnya juga kata-kata pemikir Demokrasi yang tersohor iaitu Benjamin R. Barber (maaf—Bagi saya beliau adalah Orientalis. Saya cuma nak kutip pandangan beliau tentang Demokrasi) yang menyatakan bahawa demokrasi itu adalah suatu proses “From Bottom to the Top”. Kualiti rakyatlah yang akan menjamin sejauh mana skala ‘kesahihan’ perjalanan proses demokrasi dalam sesebuah negara..
Antara buku Benjamin yang membicarakan makna DEMOKRASI..
Sebab itulah bagi saya, tidak ada guna kita berbangga di kedai kopi atau di warung-warung akan bilangan menteri kita yang duduk dalam kabinet jika kualiti kita sebagai rakyat masih boleh dibeli dengan wang RM 50 setiap kali musim Pilihan Raya.. Sehingga ada menteri Borneo yang sanggup berkata dalam kempen Pilihan Raya Kecil di salah satu tempat di semenanjung.. “Kamu jangan bimbang akan rakyat Sabah.. Kalaupun kami tidak berkempen, hanya hantar baju calon sudah cukup untuk mereka mengundi kita”.
Apakah maksud ungkapan itu?? Di manakah maruah kita sebagai rakyat? Di manakah juga tugas kita sebagai golongan intelek untuk mendidik rakyat?? Sanggup kita membiar golongan pakcik dan makcik yang kita sayang di pedalaman itu diperbodoh oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab? Sehinggakan mereka menggadai potensi masa depan anak-anak mereka dengan hanya wang sejumlah RM 50 cuma dan kempen sehelai baju??
I am not a politician..
Beberapa kali saya mengulang statement yang sama kepada rakan-rakan dalam sesi dialog isu-isu semasa samada dalam kelas ataupun di luar kelas.. Ini soal hak. Bercakap atas dasar hak dan kemaslahatan bersama.. Bukan untuk berkempen!
Ummar pun begitu juga.. Bukan untuk melobi jawatan atau mana-mana kedudukan..
Andaikan sahaja seorang anak dengan bapanya..
“Seorang Bapa punya 5 biji gula-gula.. Bapa ini ada 5 orang anak.. Sepatutnya apabila gula-gula tadi diagih kepada anak-anaknya, maka ‘hukum sama rata’ memberitahu bahawa sepatutnya setiap seorang anak mestilah mendapat satu biji gula-gula..
Tapi.. Kalaulah si bapa tadi tidak mengagih dengan betul lalu anaknya yang tidak mendapat gula-gula menangis dan membuat bising.. Apakah anak tadi bermaksud untuk mencabar wibawa bapanya.. lantas bapa tadi menganggap anaknya seolah mahukan kedudukannya sebagai bapa.. Tidak!
Sebenarnya.. Anaknya melolong dan meraung-raung hanya cuma mahukan pembelaan haknya sahaja.. Dia punya hak untuk mendapat gula-gula.. itu yang sebenarnya..”
Terima kasih Ummar kerana banyak mengajar saya..
myikhwanfiideen
Open Dialogue Forum..
8 comments:
Assalamualaikum saudaraku,
Sebelum membaca artikel ini, saya terlebih dahulu membaca 'complete profile' akhi. Akhi ni Johorian rite? n non-Sabahan. Kalau benar,saya nak ucap terima kasih atas keberanian akhi melontarkan isu kejumudan di negeri saya.
Seperti yg akhi tulis,"i'm not a politician' n so i am. Kampung saya di K*l*b*kan, but family stay kat Felda Umas.
Tahun lepas 2008,penduduk kampung KLBKN telah sepakat utk memilih seorang calon dari parti P*R.Menurut sumber,mendengar shj rumor tersebut,calon krjn ni pun cepat2 bawa pengundi hantu.Org2 tersebut dari Luasung,sebelah KLBKN.So,akhir kptsn krjn menang...
Selain itu,perkara ini yg paling saya kesali apabila nenek saya yg sudah tua itu dikunjungi oleh calon tersebut.Kami ada bau2 bacang dgn calon tu.Dia hulur RM10 dgn nenek saya.esoknya nenek saya turun mengundi parti trsebut.Bayangkan RM10 utk beli undi.Ada juga yg dbeli dgn RM5 sahaja.Aduhai kampungku...
Mudah bukan mereka mempermainkan org kampung..Sangat mudah...utk pngtahuan,kampung klbkn ni tak ubah seperti kampung di filipina.kalau xcaye dtg la sendiri.
Sekadar perkongsian.Memang geram bila teringat akan nasib penduduk kampung yg selalu dijadikan 'boneka hina' oleh 'mereka'.
Sekian wallahu 'alam!
Wa'alaikumussalam saudaraku;
-Haha.. Mcm mana sdr tahu sy org JOHOREAN..? Pada iras wajah atau.. ada petanda2 akan jadi org johor..=). Ramai jg kenalan yg kata sy org johor.. Tapi, sbnrnya bukan. Xpa, asal itu tdk penting..
-Ya.. sy kenal tmpt saudara.. Dan sy tahu siapa 'wakil' di sana.. Tahniah jg kerana anda yakin bhw anda seorg POLITICIAN.. Politician bkn semestinya kt kene jd wakil rakyat!
-Isu strategi murahan sprt pengundi hantu bukan lg isu yg dibuat2.. Sdr sendiri sudah merasainya bukan..? Sama jglah dgn isu beli pengundi, sogok pengundi dsbg.. Ini yg KITA TIDAK MAHU! Sudah jatuh ditimpa tangga.. Sudahlah org kg itu tdk punya apa2 knowledge ttg haknya, ditipu lg oleh org2 yg tak bertanggungjawab..
-RM 10 utk 5 tahun.. Padan??
-Saudara.. Mana2 kg di pedalaman itu lbh kurg saja keadaannya.. ITU sebab dlm artikel ini sy ingin buat satu SERUAN spy kita jd PEMBANGUNNYA.. Kalu tdk dimulakan skg.. Bila lagi??
-Moga GERAM td akan memotivasikan lg saudara utk berjuang.. I'Allah!
TERUSKAN BERJUANG!
P/s-Sdr Batch Razman ye..? Kalau ya, sy penah jd Faci time MPPB antum di matrik.. Masih ingat??
terima kasih atas maklum balas dari saudara. saya bukan batch saudara razman. saya batch selepas saudara razman. dlm sahabat al-irfan,saya ex-ketua lajnah kebajikan 08/09. tapi 2bulan kat kml, saya kuar sal dpt twrn lain. tapi, hati ini masih segar dgn kenangan di irfan kesan keteguhan ukhuwah yg ditarbiyahkan di sana.
non-Sabahan ke?
habis hasil negeri diteln oleh yang tidak berhak. rakyat merana.
kami bukan pengemis...
mereka itu sekadar alat untuk mentadbir harta dan negara....
bila alat itu sudah worn-out maka masanya untuk digantikan dengan yang baru...
Islam untuk semua...salam reformasi!
Dr Khayra;
-non-sabahan? maybe..=)
-rakyat merana.. rakyat itu termasuk kita..
-Ya.. anda,saya, dan kami bukan pengemis. Itu JELAS!
-Ganti dgn org yg baru. bkn baru dr segi muka saja.. baru dr segi 'fikrah'nya itu yg terpenting..
-Salam REFORMASI semula..
tit... tit... tit... UFO datang.. manghntar nfo sbg wakil..
ehem2x..
JUSTICE must not only be done but must be manifestly seen to have been done!!!
Assalamualaikum wrh bkth,
Bukan sabahan sahaja, sarawakian juga...
yang dasyatnya,
Perdana Menteri pernah menyebut sedemikian masa pembentangan Bajet 2009 baru baru ini
"Kita akan membangunkan Malaysia dengan bajet 2009 ini, termasuk sabah dan sarawak"
Apalah maksudnya sedemikian?
Adakah sabah dan sarawak ini bukan sebahagian Malaysia?
Dasyatnya lagi,
Dari orang Malaya ini
"selamat datang ke malaysia"
Adakah ana dari sarawak ni bukan orang malaysia?
Mewah sudah Tanah Malaya dibuatnya...
Bila lagi Bahagian Borneo?
Sudah banyak hasil ditujah ke sana,
tujahkanlah hasil yang sebenar2nya ke Bumi Borneo!
Pemimpin yang tamak terus ketamakan. Tanpa mempeduli anak watan.
Adakah patut, anak-anak watan ini terpaksa mencari kerja di luar borneo? Sedangkan Borneo itu sendiri punya hasil yang berlipat kali ganda dari bumi Malaya?
Kenapa isu itu tidak diungkit Menteri Kabinet?
Walaikumussalam wbkth buat ABGku SyukranI ;
-Saja je... Ana tak tahu sgt pasal SWAK. Tak pernah pegi sana.. Nak pegi, tapi enta plak yg halang. Haha..
-dahsyat.. memang dahsyat..
-tak diungkit sebab kononnya mereka-mereka tidak suka jadi orang yang suka mengungkit.. Syukur tak bertempat lah tue..
P/s-Hati-hati.. nanti kena OPERASI LALANG.. Opss..~Say NO to ISA!
Post a Comment