Saturday, April 4

Sokong PENUH Bee End!

Khutbah Jumaat.
Sempena pilihanraya kecil Bukit Gantang.

Kesetiaan kepada raja dan negara.
7 Rabiulakhir 1430h 3 April 2009
Disediakan oleh Biro Agama Umno Bahagian Bukit Gantang Perak Darul Ridzuan

Muka 1.

Sidang Jumaat yang dihormati, Kita amat bersyukur kerana masih diberi peluang oleh Allah Taala untuk menghuni buminya ini, maka wajiblah kita membuktikan kesyukuran kita padanya dengan menjunjung segala perintah-perintahnya dan meninggalkan segala larangan-laranganya. Mimbar hari ini ingin menyentuh tentang tajuk ‘kesetiaan dan ketaatan kepada ulil-amri. Sidang Jumaat yang dihormati, Allah Taala telah berfirman didalam Surah An-Nisa, ayat 59, (Surah an-Nisa)…

Muka 2.

Ertinya, Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada Ulil-Amri (Orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah dan (sunnah) Rasulullah. Jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok kesudahannya. Ayat diatas jelas menunjukkan bahawa umat islam wajib mentaati Allah, juga mentaati Rasulullah dan pemimpin-pemimpin yang berkuasa. Dalam konteks negeri Perak iaitu negeri kita ini, maka ulil-amri yang dimaksudkan ialah Sultan. Ini adalah kerana Sultanlah yang menjaga urusan agama, Sultanlah yang menentukan tarikh puasa dan hari raya, Sultanlah yang meluluskan enakmen pentadbiran agama dan Sultanlah yang melantik mufti, para imam dan memberi tauliah mengajar. Oleh itu, kita tidak boleh menderhakai Sultan dan pemimpin-pemimpin negara terutama pemimpim-pemimpin Umno yang telah banyak berjasa kepada negara. Sesiapa yang menderhakai Sultan dan pemimpin negara, maka dia telah melanggar dan menyalahi rukun negara iaitu kesetiaan kepada Raja dan Negara. Penderhaka atau bughah menurut hukum hudud Islam halal darah mereka untuk diperangi.

Muka 3.

Sidang Jumaat sekelian, Merujuk kepada ucapan Perdana Menteri kita baru-baru ini, janganlah kita menjadi ekstremis agama dan kaum. Ekstremis agama bererti memperalatkan agama untuk kepentingan diri sendiri. Sikap ini akan menyebabkan seseorang itu menjadi Pak Turut kepada nafsu dan sanggup mengada-adakan ajaran yang bukan dari ajaran Islam. Contohilah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita yang telah memperkenalkan Islam Hadhari sebagai satu ajaran yang sangat menepati ajaran Islam sebenarnya. Islam Hadhari adalah suatu prinsip alternatif terbaik untuk manusia bagi mencapai kebahagiaan didunia dan akhirat. Sesungguhnya tujuan Islam Hadhari dirangka diantaranya untuk merangsang cara hidup sihat dan bersih dari amalan-amalan negatif seperti rasuah dan politik wang. Rakyat memang amat memerlukan pemimpin dan penguasa yang bersih dari rasuah dan politik wang. Oleh itu, mimbar menyeru kepada seluruh ahli jemaah supaya terus menyokong perlaksanaan Islam Hadhari dinegara yang kita cintai ini. Sidang Jumaat yang dihurmati sekelian, Rasulullah S.A.W ada bersabda: “Hubbul watani minal iman” Cintakan tanah air adalah sebahagian dari iman.

Muka 4.

Hadith ini mengajar tentang erti keimanan. Iman bukan hanya sembahyang dan puasa tetapi sifat patriotik terhadap negara juga adalah juga sebahagian dari iman. Negara kita pernah dijajah sejak tahun 1511 lagi. Portugis, belanda, Inggeris, jepun, semuanya telah dihalau dari bumi tanah air kita melalui semangat patriotik dan semangat kebangsaan pemimpin-pemimpin melayu kita. Itulah jasa besar mereka, itulah jihad mereka. Perkara ini telah dipertegaskan oleh Menteri Pelajaran Dato Seri Hishamuddin Tun Hussein Onn, baru-baru ini bahawa sejarah telah menyaksikan hanya pemimpin-pemimpin Umno lah sahaja yang bertungkus lumus memerdekakan tanah air kita. Oleh itu, marilah kita terus memperteguhkan perjuangan Melayu dengan menyokong dan mengundi calon Barisan Nasional dalam pilihanraya yang sedang berlangsung ini. Barokallahuliwalakum filquranil azim……

13 comments:

Sunah Sakura said...

salam. khutbah jumaat ni di masjid mn? nta pergi ke?

bukan main lg pihak Bee End mnyekat pengaruh politik di institusi masjid, tapi skrng apa yg sdg mereka lakukan?

Muhammad Hafiz said...

salam akhi.

Letak sekali sumber dari mana nta dapat teks khutbah tersebut. Mana lah tahu, ianya merupakan fitnah yang ingin dilontarkan kepada UMNO, Barisan Nasional...

Jangan sampai nta tersebar perkara-perkara yang tidak berlaku...

Mohd Zulhusmi Salikin said...

masyallah dasyat la..

idah said...

bagus juga jd muslimat..
xperlu dengar khutbah jumaat yg semakin tidak mengikut piawaian yg ditetapkan..
wajib x solat jumaat dengar khutbah cmnie? klu tidur kira sah x solat jumaat 2 ??

myikhwanfiideen said...

Salam buat YB yg suka turun padang;

-Sy x turun pdg.. Dah ramai yg turun padang.. Padang dah penuh.. Bersesak-sesak org x muat.. So, lg baik naik bukit.. Bukit xda org nak jaga..

Jasad di skudai tapi roh di bukit gantang..

-Biarkan Bee EnD.. Biarkan dia menyengat ke sana kemari.. Apa dia peduli.. semua dia punya.. TV dia punya.. news dia punya.. malaysia bapa dia punya..

Dah biase mengaku suma dia punya.. Itu psl org lain punya pun dia nak ngakun dia punya..(tp dia dah release dah hrkh n suara keadilan baru2 nie..dia kata sifirnya mudah je..sbb.. melayu mudah lupa!)

-----------------------------

Salam buat tuan Imam yg xda Tauliah=);

-Abaikan je.. sanad khutbah tue x mutawatir..

-Lgpon xda mslh.. Khutbah tue nak sokong Bee End.. So, x salah sy nak distribute bukan??

Positive side!

-----------------------------

Salam buat Me...;

Anda tetamu SPECIAL!! mula2 x perasan.. Tp, bla nengok pict baru sedar..

-Sejak bila ade blog?? X sound2 pun..

-Alhamdulillah bgs bangat pengisiannya.. Teruskan menulis ya tuan.. Lg bgs klu bole challenge Dato' Zeti..=)

P/s-tak sangka skg suma dah ade blog.. kalu lah nenek sy maci hidup, ntah2 nenek pun ade blog kot..

Cuma SAD sgtlah.. blog tok guru xleh accsess dari kolej!

-------------------------------

Salam buat cik Idah;

Bagus??

-Bgs sbb xyah dgr khutbah yg mcm itu ke.. atau seronok bertidur2an di hostel tatkala muslimeen terangguk2 khusyuk di masjid?? =)

-WAJIB solat.. perintah wajib tetap WAJIB.. Rukhsah content khutbah x penah lg sy jumpe kat mana2 kitab masyhur atau istinbat ulama muktabar stkt nie..

-Tidur?.. maknanya time nak stat moto nak pegi masjid dah psg niat.."shj aku tidur smsa khutbah tunai krn..." Hmmm..xpa.. nanti next khutbah kite minta khatib wat pengumuman dlu..

"sesiapa yg dah memasang niat tidur smsa khutbah diharap membatalkannya sebelum pahala jumaat anda tertolak.."

Sunah Sakura said...

salam. ana kurang faham, die dah realesekan harakah dan suara keadilan? apa maksudnye?

bercakap tentang solat jumaat, ana ade persoalan. sahkah solat jumaat untuk muslimin kalau tak mendengar khutbah dari awal? sebab ana tengok ramai yang baru nak g solat jumaat ketika khatib sudah hampir separuh jalan berkhutbah. minta tolong rungkaikan ya ustaz.

Anonymous said...

salam'alaik, ish...x baik kita pertikaikan khutbah tu. islam hadhari kata bnde mcm tu boleh, jd xpe la. boleh la tu.

"Oleh itu, kita tidak boleh menderhakai Sultan dan pemimpin-pemimpin negara terutama pemimpim-pemimpin Umno yang telah banyak berjasa kepada negara. Sesiapa yang menderhakai Sultan dan pemimpin negara, maka dia telah melanggar dan menyalahi rukun negara iaitu kesetiaan kepada Raja dan Negara. Penderhaka atau bughah menurut hukum hudud Islam halal darah mereka untuk diperangi." - x jalankan hukum hudud, tp boleh plak x malu nak crita psl hukum hudud. mcm dier pakai. sape la bengap sgt x malu nak tulis bnde2 mcm ni?

dulu sibuk kata org PAS politikkan khutbah, skrg tgok siapa yg gunakan khutbah sbg taktik pling memalukan dlm sjarah politik Malaysia, tanda org2 ni terdesak dah xda idea.

sesiapa yg prnah bc tntang peristiwa pembinaan masjid dirar yg dbina oleh kaum munafiqin pasti dpt mnyamakan kisah tersebut dgn situasi BN yg guna Islam Hadhari sbg gula-gula utk mmancing undi drpd rakyat. sgt memalukan!!

AstaghfiruLLAH, smpai bilalah golongan jahil murakab (org2 BN, klu x tau maxud ni, ini maksudnya jahil sgt2 smpai dah diajar pun masih lg bengap!)ni nak sedar?

Anonymous said...

salam.. seronok2..
hehe.. mule2 harakah n sk kne skat..
then ble naik jd PM,, sume di releasekn.. tmasukla IsA.. hu politik pra bukit ~

Mohd Zulhusmi Salikin said...

Salam..
Alhamdulila. Syukran Jazilan. Sbnarnya blog ne baru baru setahun jagung. hehe.. aina tuan. Ne la transformasi. Jika kita sgan utk brdakwah lisan scra spotan. Makanya, blog ne aci ja utk kta bikin medium dkwah. Sambil2, tengok2 la kain yg sy papar kat sna. Bleh bah kalau nk jadi agen. Masyallah Tabarakallah.. Ne la bah, jhor ne tentu pnya rmai cnsumer yg minat beli brg2 mcm ne. Bleh cari bah tu.. Rindu la dgn tuan.. bila mo pulang ne? atau tak ingin suda pulang. aisehmen, hati tu da susah nk tggalkn jhor.. dah tertawan ke hati? pastikn sy jdi org prtama yg dpt tahu brita gmbira tu yer.. aisehmen.. t paparkn ja apa2 bhn mnarik trutma prgerakkn dkwh kat na.. Nak tau, blog ne favourite kita kat sbh utk dptkn perkembangn apa2 yg brlaku kat smnanjung skg. Nk tgok tv, aina, xda isu pn yg btul.. mrapuh smua nye.. kcualilah brita ekonomi.. ne yg baik punya.. aisehmen.. Ne dasyat jga a ragam poliik kat smnanjung ne. Ish2.. Jika tak kaji slidik, masyallah tabarakallah.. bleh terpesong punyer.. aisehmen.. Ya la bah.. trlalu tinggi darjat kn smpi roh je yg g ke lokasi "bukit" tu.. jasad dduk rmah.. tarbiyah mantop! syabas!

Unknown said...

salam abg zul...

happy burfday yg ke 23...=)
smoga sukes slalu n d rahmati allah..
wish u a lots of happiness..

myikhwanfiideen said...

Salam buat YB Sunah;

-Na'am.. sblm nie kan HRKH & SK kene gantung.. then.. lps tok Jib naik, dia release balik.. Ala.. ulang balik strategi Tok Maha..

-Stkt yg sy ingat SAH.. Utk detail tue sy dah lupa dah.. I'Allah kene refer balik bbrpa sumber.. nanti saya mklmkn balik...

P/s: Kalu x tahu jwb 'tak tahu'.. kalu lupa jwb 'lupa'..

Saya lupa.. Syukran menyedarkan sy supaya jgn jadi PELUPA..

---------------------------

Anonymous yg tidak mahu dikenal;

-mslhnya sy bukan agama ISLAM HADHARI..

-Bkn terdesak.. tapi dah NAZAK.. Org nazak akan cuba apa saja utk HIDUP..

-Orang munafik zmn Nabi cuma buat masjid dirar.. Tapi.. zmn skg org dah berani buat Agama baru.. Itu apa cerita Bro?? Lagi dahsyat bukan..

-Mcm mana dia SEDAR kalu kita tak bagi SEDAR..? nak bagi SEDAR dia pula tak mahu DENGAR.. Alih-alih tak jadi BENAR.. hmm.. entah!

p/s-sy bukn politician.. Sy cuma rakyat yg menuntut haknya.. Sbb.. seorg yg masih BERDIAM sdgkn MARUAHNYA dicabul itu DAYUS namanya!

maruah=hak asasi seorg rakyat.. hak rakyat yg nakkan pemimpin bukn RASUAH.. bukan nepotisme.. Bahkan Adil dan Saksama..

---------------------------

mutiara yg berkilauan;

-Apa yg SERONOK??? =)

-bukan politik pra BUKIT.. Politik cap ayam!

p/s-Jaga.. kat JOHOR nie--ckp siang pandang2.. cakap malam dgr2..=)

----------------------------

ME si taukeh KAIN SONGKET..hehe;

-blog pun mcm LISAN apa.. kata org jari yg menaip lagi ligat menari dari lidah yg bertutur..

"PESONANYA MEMUKAU BERBANDING LIDAH YG BERCAKAP"

-TERTAWAN HATI??? X NAK BALIK??
hmm..gunung kinabalu itu lagi indah dari gunung ledang tuan.. wlupun x pernah menawan mana2 kinabalu lagi.. Xpa.. sy OPTIMIS..

"JODOH XKAN KE MANA"..=).. tengokla.. kalulah si Ledang dpt menawan hati ini.. mungkinkah Sultan Mahmud akan cemburu dgn sy sbb dpt Putri Ledang.. haha..

-BLOG NIE FAVOURITE ORG SABAH??
Wow.. berita baik punya tue.. huhu.. bole sy sewakan blog nie skali utk bisnes kecil-kecilan..hehe

xyah tuan.. byk lagi blog yg ada informasi terbaru.. sy nie dah lah kurg update.. if ada masa lebih, baru dpt kuis-kuis sket..

-Org skg mana ada baca PAPER.. Beli PAPER pon juz utk buat bungkus NASI LEMAK je..

-Bukan tarbiyyah mantop.. Ini level para WALI shiekh.. Org2 tertentu jak yg dapat.. huhu.. PERASAN..=)

P/s-balik nanti jgn lupa jumpa di TEMPAT BAGUS PUNYA ya.. Jgn lupa mkn ubat n jaga kesihatan kaki tue..=) Sy doakan dari sini..AMeen!

---------------------------

Mr Fareed yg Best..;

-gulp! dah 23 ye..? x sedar pon..=)

-selamat juga buat Fareed yg terSAYANG dan diRINDU selalu..

p/s- Dik.. Abg nak kol enta la.. bagi no phone.. send kat email abg nie ek..

the7secret86@yahoo.com

Muhammad Hafiz said...

Umur nta dh 23...

Ana bakal 22 bulan september ni...

Faham-fahamlah nta...
Jangan sampai ana langkah bendul pula...

Hahaha...

myikhwanfiideen said...

Salam kpd Imam yg suka memPROVOKASI..=) ;

-bolelah.. dah gna 23 thn.. tp, tak tahu lg bape balance yg tggl.. Takut bila 23 thn x bg kredit apa2 utk akhirat..

-ye? baru 22..? kire enta perasan muda dr ana lg la?? huhu.. nantilah ana bg hadiah SPECIAL.. enta nak ape? =)

-LANGKAH BENDUL??
xpa.. x kiralah enta nak langkah bendul ke.. nak langkah siling ke.. atap umah ke.. dapur ke.. Enta langkah je.. yg penting shbt2 ana bahagia..=)

Jgn cakap je.. Cakap senang la shiekh oi..

p/s-gud lak 4 ur final exam..