Thursday, April 23

Haaza sabilii...

Bila buka buku Sirah…

Terpegun melihat korban daya para sahabat Nabi.. Betapa merekalah manusia yang sesungguhnya penuh komited dalam usaha membangun Islam dan melaksanakan dakwah..

Mereka biasa kelaparan..

Mereka biasa dengan ketakutan..

Mereka terbiasa dengan ancaman..

Tapi, iman tetap teguh membara tanpa ada rasa gentar dan tetap istiqamah walau apa badai sekalipun yang mendatang. Betapa mereka sungguh unik dan istimewa.. Tidak hairanlah kalau gelar ‘Ridhwanullah’ itu menjadi anugerah bagi mereka.. Sesuailah!

12.00 am..

Balik dari ‘gerak kerja’ dekat luar..

Sekonyong-konyong hujan tiba-tiba turun seperti runtuhnya tempayan dari langit membasah kuyup kami yang menunggang motosikal..

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Hujan itu rahmat!—Berselindung seketika di bawah naungan pokok tepi jalan..

Menunggu.. Menunggu hujan reda sambil bermonolog halus..

Bicara seketika hati dan akal.

.....

Bersyukurlah kerana Allah masih memilih diri yang kerdil dan poros iman ini untuk ‘menyumbang’ sedikit buat Islam yang tercinta..

Kalau nak banding dengan para sahabat.. Masya Allah.. Jauh sekali.. Saaangat jauh..

Kita mungkin kesejukan dek kerana hujan.. Tapi para sahabat dahulu ‘kesejukan’ dihujani lembing dan panah..

Teringat akan kisah si burung kerdil ketika mana Namrud membakar Nabi Ibrahim..

Arakian terbanglah si burung membawa air dalam paruhnya untuk ‘memadam’ akan api yang melangit tinggi.. lantas dipersoallah tindakan si burung ini..

“Duhai burung, apakah kamu kira dapat memadam api yang sebegitu besar dengan hanya air dari paruhmu itu?? Bukankah itu tidak masuk akal?”

“Duhai yang bertanya.. Aku memang tahu air yang aku bawa takkan dapat memadam api ini.. Tapi, aku harap air ini mampu menjawab soalan Allah di hari kiamat kelak.:-Ketika kekasihKu menghadap musibah, apa PERANAN awak wahai burung?..”

Jauh termenung...

Kalaulah burung yang kategorinya binatang punya bicara sebijak itu.. Sebimbang itu.. Bimbang akan SOALAN Allah di hari penghisaban kelak.. Apatah lagi kita yang bergelar MANUSIA..? Di mana pintu hati kita? Mengapa masih ragu lagi?

Oh Allah.. Oh Muhammad.

Siapalah kita nak mengaku sebagai Umat jika kerja Nabi tidak diperbuat. Tidak diteruskan.. Layakkah kita meminta syafaat dikala bondongan manusia juga memintanya dari Rasulullah kelak?

Hanya orang-orang yang DEKAT dengan Nabi sahaja yang punya peluang seperti itu..

Bagaimana nak dekat??

Ikutlah Sunnahnya dan cintailah kerjanya dan teruskanlah Perjuangannya..

Kadang-kadang nafsu kita ‘menggaru-garu’ hati.. “Kenapa perlu bersusah payah seperti ini?? Tidakkah anda berasa RUGI? Di kala kawan-kawan sedang TEKUN mengulangkaji, anda pula ‘menghabiskan masa’ untuk suatu yang tidak ‘kepastian’ lagi??”

‘Garuan’ yang diuja oleh Syaitan!

Astaghfirullah.. Istighfar sebentar.. Jangan sampai ditipu oleh Syaitan dan Nafsu.

Syurga itu tidak semudah untuk dimasuki.. Para sahabat dahulu ‘nak’ dapat syurga dengan NYAWA dan DARAH.. Kita?? Takkan kita pula duduk membatu lantas syurga hadir ‘berlari’ menjemput kita!

.....

Hujan semakin reda..

Perjalanan di sambung semula dengan hati yang menyala-nyala CEMBURU.

Cemburu akan gelar ‘Ridhwanullah’ para sahabat!

~AMAL kerana ALLAH~

.

3 comments:

LegendZ said...

'Tahniah' atas 'jawatan' yg baru diterima..mantap sheikh..lama lagi lah jawabnya nta di Johor ni..emm..u should marry as soon as possible..the Johorian ok wat?..ahaha..
anyway..best of luck 4 yr future,i pray may Allah blessing on u..

kartini said...

salam.

Rasulullah dan para sahabat adalah manusia terbaik di antara yang terbaik. zaman Rasulullah bersama sahabatnya merupakan zaman yang terbaik di kalangan yang terbaik. kita pengikut mereka. tapi sayangnya mereka telah terlalu jauh meninggalkan kita, dunia sudah akhir zaman.

selawat dan salam buat Muhammad, keluarga serta para sahabatnya..

myikhwanfiideen said...

Salam buat Tuan "me";

-Entahlah.. Sedangkn jawatan yg ada pun tak terbawa.. Alih-alih dapat pula jawatan baru tue.. Itu yg kekdang TAKUT nak turun meeting.. Bukan nak lari, tapi kapasiti berlebihan dah!

-lama atau tidak.. Itu depend on "REZEKI" yg Allah akan bagi kelak.. Kalu dah ditakdirkan di sini.. Itu kehendak Allah..

-Sy pun mendoakan anda juga..

P/s-Jgn lupa mai secawan KOPI RADIX! =)

-----------------------
Dr. SriMEDAN.. Salam kemabli buat anda;

-Iya.. Mereka INSAN TerISTIMEWA zaman yg tiada bandingannya..

-Allahumma Solli 'ala Muhammad wa'ala alihi wasahbihi wasallim!