Wednesday, April 8

:: ‘Peristiwa’ sempena 7 APRIL... ::

Bismillahi La Quwwata Illa Billah!

Macam-macam peristiwa yang berlaku.. Macam-macam situasi yang terjadi.. Macam-macam tafsiran yang keluar.. Macam-macam tindakan yang tercetus..

Peristiwa--Tafsiran peristiwa--Respon/tindakan berdasarkan penafsiran..

Macam-macam yang dimaksudkan lebih DAHSYAT dari maksud ”...‘macam-macam’ ada..” dalam iklan Astro!

Anda mungkin perasan bersendirian berdepan dengan PERISTIWA.. Tapi hakikatnya tidak!

Saya teringat teks ucapan Ayahanda Dato’ Naib Canselor semalam iaitu ketika Program Munajat Perdana sempena Peperiksaan Akhir sesi 2008/09.. Teks ucapan yang disampaikan oleh Ayahanda Timbalan Naib Canselor (HEP) itu membawa konotasi makna yang cukup literasi untuk difikirkan..

“Sebenarnya.. Suatu PERISTIWA tidak membawa apa-apa maksud kepada anda.. tetapi maksud yang mencetuskan tindakan anda adalah disebabkan oleh bagaimana anda menafsir peristiwa tadi.. Jika peristiwa ditaakul positif, maka tindakan anda adalah positif.. Jika peristiwa dipandang negatif, maka itulah sebabnya tindakan pilihan anda juga adalah negatif!”—Ayahanda Dato’ NC.

Maka.. Kata kuncinya ialah.. bukan menjari telunjukkan ‘persitiwa’.. tetapi jari telunjuk itu harus menuding kepada ‘bagaimana anda menafsir peristiwa’..

Peristiwa boleh jadi PILIHAN buat kita.. tapi peristiwa juga boleh jadi KETENTUAN kepada kita.. Tuntasnya peristiwa bukanlah dibawah kawalan mutlak kita..

Itu sebab dalam Islam.. Ia punya konsep Qadha’ dan Qadar.. Dan indahnya cara hidup Islam kerana ia juga mengajar umatnya dengan perkara yang lebih signifikan untuk dihalusi iaitu konsep: ‘bagaimana anda mentafsir sesuatu peristiwa’ dengan ilmu Tawakkal dan Redha!

Sedar atau tidak.. Hidup ini sudah melalui bermacam peristiwa.. Peristiwa menghadirkan diri dan melalukan diri.. Ada yang sempat ditafsir dan ada pula yang berlalu begitu sahaja tanpa ada penafsiran dibuat kerana kemungkinan kita tidak menyedarinya.. Ataupun mungkin juga peristiwa yang berlaku amat terlalu SENI untuk ditafsirkan.. Lantas terlepas pandang!

Mari kita lihat suatu peristiwa seni yang berlaku.. Tidak payah pergi jauh.. Cuba kita renungi “PERISTIWA pada jari-jemari kita”..

Jangan jadi ahli Tenung Nasib yang membaca PERISTIWA tanpa bersandar pada wahyu dan iman..

Cuba perhatikan perlahan-lahan jari kita... Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka.. Renung dalam-dalam. Seolah-olah ia memberitahu.. Seorang manusia haruslah mendasarkan kehidupannya dengan Rukun Islam yang LIMA.. Itu fundamental basis.. Hidup ini mesti berpegang pada asas yang lima.. Tiada pilihan.. Mana boleh orang kurangkan perkara itu jadi empat.. Mana ada orang jari empat..? Kalau ada, itu orang cacat.. Cacat jari tidak mengapa, tapi cacat rukun apa cerita?

Kemudian tempelkan jari itu di atas meja, perhatikan... Bermula dari jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian membesar dan terus membesar.. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Dan apa saja yang dilakukan mestilah bermula daripada kecil.

Pepatah ada mengajarkan “melentur buluh biarlah daripada rebungnya”... Kegagalan dididik ataupun mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan..

Then..

Mari lihat jari kedua, jari manis namanya.. Jari manis sinonim dengan seawal usia manis dalam hidup kita.. Itulah usia remaja.. Manisnya seperti jari yang mulus ini. Apa lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!! Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan berbagai cobaan dan godaan...

Alam dewasa.. Masanya sudah sampai untuk berkongsi PERISTIWA dengan seseorang..

Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, kita sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah dipertanggungjawabkan dengan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil...

Bersediakah kita??

Nah… lihat pula pada jari yang ketiga. Jari yang paling tinggi, jari tengah namanya. Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kini mendatang.. Menghadirkan diri walaupun kekadang kita tidak bersedia.. Diperingkat umur ini seseorang sepatutnya sudah punya status dan identiti! Mungkinkah status dan identiti digambarkan dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh?? Terpulanglah.. Ia sangat subjektif... Namun, kita mesti berhati-hati karena di kala ini banyak “hantu-hantu pengacau” yang datang menggoda! Hantu rasa dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi... Kalau gagal mengawal hati.. barangkali boleh terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan.. Na’uzubillah. Hanya amal dan iman sahaja yg bisa menyelamatkan.

Kemudian..

"Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan teladan..."

Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap ‘satu’ dan esanya Allah SWT ketika solat.. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini... Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan teladan... Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru sebagai pembimbing yang kaya dengan idealisme dan karya yang hebat.. Di usia inilah masa yang paling elegen untuk menjadi seorang pemimpin.. Bahkan, para Nabi diangkat menjadi Rasul juga seawal usia ini—Usia kematangan.

Akhir sekali..

Ibu jari... Jari yang paling besar tetapi pendek.. Namun awas.. Ia PENENTU kepada semua jari yang ada.. Tiada gunanya si jari telunjuk berbangga-bangga ketika kepimpinannya jika pengakhirannya si ibu jari mengarah ke bawah.. Tiada guna si jari tengah mendabik dada dengan kerjaya dan harta terkumpul jika pengakhirannya si ibu jari menghadap ke bawah..

Tapi.. Sebaliknya..

Betapa BERUNTUNG orang yang mengakhiri hayatnya dengan si ibu jari mengarah ke atas.. Kata orang putih thumb up!.. Inilah KEJAYAAN sebenar orang mukmin.. Tirai kehidupannya dilabuhkan dengan janji kesenangan di syurga Allah.. Senang cerita.. Ibu jari yang mengarah atas SYURGA hadiahnya—husnul khotimah.. Namun, bila si ibu jari mengarah ke bawah neraka habuannya—su’ul khotimah.. Na’uzubillah.. Mari usahakan mati kita dijanjikan dengan thumb up.. Insya Allah!

Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari kita yang lima itu. Renung dan fikir dalam-dalam akan PERISTIWA darinya.. Dimanakah kita sekarang?



myikhwanfiideen

7 APRIL 1986

___________________________________________________

P/s:- Juga pada 7 APRIL..

~~TAHNIAH BUAT AYAHANDA NIZAR~~

..Satu hari kita akan berkongsi PERISTIWA yang sama.. Saya OPTIMIS..


4 comments:

Nurul 'Uyun Binti Ahmad said...

salam. tahniah buat ayahanda nizar.. tahniah juga buat sesiapa yang berjuang... apatah lagi di kala nak menyiapkan psm ni.... all the best!

myikhwanfiideen said...

salam buat Cik N.U;

-Yup.. Perjuangan perlu diteruskan.. PSM sikit saja di banding dgn perjuangan sebenar.. Inipun dah termengah-mengah nak settle down..

"FITNESS KENE KUAT"

-Syukran.. Moga kita suma 'suksis' selalu.. I'Allah.. we pray 4 it!

Unknown said...

Katakanlah (wahai Muhammad): “Inilah jalanku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.” (Yusuf 12:108)”

Salam ziarah dari saya,,blog yang menarik ,jemput muzakarah di blog saya….dan jadikan blog saya sebagai rakan anda..tq

myikhwanfiideen said...

Salam buat anak pendekar PENDANG sekeluarga;

-terima kasih berziarah..

-sy cuma insan yg BIASA.. Bukan LUAR BIASA seperti tuan pendekar.. Anyway, syukran atas jemputan..

YA.. sy akan cuba 'BERPENCAK' di 'gelanggang' anda..