Monday, June 29
Friday, June 26
Adik beradikku yang BEST..
Thursday, June 25
Cerita pasal Nasi!
Oleh sebab siri pengembaraan ini adalah tujuannya untuk menyampaikan sedikit hadiah BERAS buat para marhaen yang kemelaratan. Maka.. biarlah juga cerita yang dikongsikan seputar benda yang sama iaitu.. BERAS atau setelah ia dimasak menjadi namanya NASI!
Kepada "ORANG BESAR-BESAR".. Anda tersangat WAJIB untuk baca ini semua..
Dikisahkan di sebuah kerajaan, sang raja mempunyai seorang Putera yang sangat dimanjakan. Merasa sebagai anak rasa sekaligus putera mahkota kerajaan, dia tumbuh menjadi remaja yang sombong, tidak tahu sopan santun, dan tidak mahu menghargai orang lain. Bahkan suka memperleceh para pengasuhnya. Sebab itulah Putera kecil ini dibenci dan dijauhi oleh para pengasuh sekaligus para pegawai istana lainnya.
Walau dibenci dan dijauhi, Putera kecil ini masih punya satu-satunya sahabat seusia yang setia.. Iaitu si Papai, anak kepada sang jurumasak istana... Si Papai tinggal di bangunan kecil jauh di belakang istana kerajaan... Oleh sebab dilarang menginjakkan kakinya ke dalam istana, maka sang Putera kecillah yang biasanya datang bermain ke rumah si Papai.
Suatu hari, Putera kecil meminta si Papai untuk menemaninya makan siang di ruang makan istana. Bukanlah betul menemani makan, tetapi hanya berdiri manis menunggu sambil melihat sang Putera makan!!
Dipendekkan cerita..
Sebelum makan Putera kecil menundukan kepala sambil mulutnya kumat-kamit seolah sedang berdoa. Kemudian.. Putera kecil mulai melahap hidangan yang tersaji di meja makan. Semua jenis makanan yang sedap dan mahal dimakan. Putera bersantap lagak seperti orang yang sedang kebuluran dan seolah ingin menghabiskan semua makanan di atas meja!
Kadang-kadang ia hanya mencuit dan menggigit makanannya, lalu memuntahkannya dan membuang sisanya di atas meja.. Lantas meja makan jadi bersepah dan sisa-sisa makanan berserakan dimana-mana... Sang Putera seperti mahu mengolok-olok sahabatnya yang hanya mampu berdiri memandangnya. Tapi pelik.. Sebab bukannya merasa dihina, bahkan si Papai malah tersenyum-senyum sejak tadi. Apalagi.. Putera kecil pun jadi tersinggung dan marah melihat kelakuan sahabatnya!
“Hai... apa yang kamu ketawakan? Beraninya kamu tertawa seperti itu dihadapanku? Apa kamu cemburu melihat aku makan sedap?” teriak Putera kecil..
“Tidak, tidak ada apa-apa...,” jawab si Papai.
“Kalau tidak ada apa-apa, mengapa kamu tertawa? Apa yang lucu sangat?” Tanya sang Putera keberangan.
“Tuan Putera jangan cepat marah.. Hamba sungguh gembira dan tidak menyangka sama sekali, bahawa seorang Putera pun rupanya juga berdoa sebelum makan. Apa yang Tuan Putera ucapkan dalam doa tadi?” tanya si Papai..
“Walaupun aku seorang Putera, aku juga orang beragama... Sejak kecil aku diajarkan supaya setiap kali makan hendaklah mengucapkan doa terima kasih kepada Yang Maha Kuasa, atas pemberian makanan yang dihidangkan untukku,” jelas sang Putera dengan bangga.
Si Papai tetap sahaja tersenyum-senyum.. Tapi kali ini ia berani berkata demikian, “Menurut pendapat hamba... Rasa syukur dan terima kasih akan lebih bererti bila ditunjukkan juga kepada orang-orang yang telah menyediakan semua bahan makanan dan memasak hingga tersaji hidangan di meja ini,” kata si Papai. “Lihatlah sisa makanan yang berciciran di piring dan meja itu. Berapa ramaikah orang untuk membuat itu semua?”
“Apa maksud kata-katamu? Aku kan seorang Putera yang boleh berbuat apa saja sesuai kehendakku...” bantah sang Putera kecil.
Si Papai tiba-tiba menarik tangan sang Putera dan mengajaknya menuju ke dapur istana. Dia membawa sang Putera menyaksikan sendiri bagaimana juru masak istana dan para pekerja dapur begitu sibuk menyiapkan makanan serta membuat berbagai macam masakan.
Saat mereka memerhati, tampak seorang petani dari pintu belakang istana sedang membawa sekarung beras sebagai hantaran wajib ke istana. Putera kecil menyapa si petani bak seorang raja yang berkuasa. “Hai... Paman... Terima kasih atas persembahanmu. Bagaimana prestasi padi kali ini?” tanya sang Putera berlagak bijak..
“Prestasi kali ini buruk sekali Tuan..” jawab si petani ketakutan.
“Sudah tiga bulan kami bekerja keras, dari membajak, menanam, mengairi sawah sampai memupuk tanaman, tapi hasilnya sia-sia... Sawah ladang dihancurkan tikus dan hama. Jadi, ampuni kami kerana hanya mampu mempersembahkan sekarung beras ini... Itu sahaja yang kami punya sebab kami pun belum tahu bagaimana nak memberi makan anak isteri kami..” ujarnya sambil menghela nafas panjang.
Mendengar jawaban itu, Putera kecil tersentak dan baru tersedar.. Ternyata rakyatnya sangat menderita dan terancam kelaparan.. Sementara pula dirinya malah menyia-nyiakan dan membuang makanan yang begitu berharga! Sang Putera kecil kemudian lari meninggalkan tempat itu karena merasa malu pada diri sendiri..
Sejak peristiwa itu, tingkah laku Putera kecil berubah secara total. Ia menjadi anak yang sopan dan mahu menghargai orang lain. Setiap kali makan, ia selalu mengingatkan dirinya sendiri, “Jangan sisakan sebutir nasi di piringmu...!”
Akhir sekali.. Ending cerita nie ialah..
Sejak kecil kita telah dididik untuk selalu berdoa dan mengucap syukur atas semua rahmat dan pemberian yang dikurniakan Tuhan kepada kita semua..
Mengucap syukur bukan sekedar berdoa, bukan pula hanya sekadar melaksanakan formalitas ritual beragama. Tetapi lebih dari itu, rasa syukur kita harus disertai dengan MINDA SEDAR iaitu sikap menghargai dan menghormati orang lain dalam kehidupan sehari-hari. Sama ada orang itu nampak ataupun tidak..
Tuntasnya.. Sebelum butiran nasi yang kita makan sehari-hari memuaskan dan mengenyangkan perut kita, betapa banyak kerja dan keringat lelah yang sudah mendahuluinya!
Sunday, June 21
Mana perginya akalmu?
Dia bukan robot mainan yang boleh dipulas, dihentak dan dibelasah.. Dia juga bukan helaian kertas surat khabar lama atau majalah yang boleh dipijak-pijak sesuka hati kalau nak melepaskan geram. Atau ia dilayan seperti binatang yang boleh diherdik seolah ibarat dia tidak punya perasaan.
Hakikatnya dia juga MANUSIA seperti kita!
Tapi.. Mutakhir ini di mana perginya akalmu..? Sehingga sangggup ada manusia berkelakuan zalim sehingga tahap ini. Isu yang tidak kunjung selesai.. kalau bukan bibik yang dizalimi boleh jadi pula bibik yang menzalimi.. Tidak ada penyelesaian. Dendam dan salah-sangka yang berlarutan!
Hinggalah.. Cadangan cuti sehari bagi setiap minggu yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini.. Namun persoalannya.. Apakah ia cukup signifikan untuk dilaksanakan sehingga segala masalah yang bernanah sebelum ini bakal ketemu jalan penyelesaian.. Atau mungkinkah juga cadangan ini semakin menghuru-harakan keadaan?
Bagi saya.. Yang penting ialah.. Gunakan balik pertimbangan AKAL masing-masing yang telah dikurniakan oleh Tuhan. Akal jangan diketepi kelak nanti macam-macam boleh terjadi.. Dahsyat! Akhirnya yang menjadi mangsa ialah anak-anak juga.. Bibik melepaskan geram dengan anak majikannya!
Mungkin juga perlu dicadangkan kepada Kementerian Kebudayaan dan Seni Warisan agar buat satu kempen baru yang tidak pernah rasanya dibuat dalam negara kita nie.. Nama kempen.. "Kempen: Sayangi Bibik Anda!". Sekadar cadangan.
Tuesday, June 16
Bila sakit dan berpenyakit...
Merasa penat dan mengah bukanlah suatu fenomena baru dalam dunia perjuangan.. Bencana atau penyakit ini sering melanda para dai’e tidak kira di mana ia berada, apa kedudukannya, bagaiamana situasinya, atau siapa sahaja dia..
Apabila penyakit penat dan mengah ini melanda, maka ramailah yang akan meminta surat cuti sakit.. Walaupun peruntukan cuti memang tidak ada dalam alam perjuangan, tapi ramailah juga yang tetap bercuti.. Cuti sendiri-sendiri.. Tanpa ada kelulusan si Majikan.. Siapa majikannya?? Allah! Itulah majikan tertinggi kita.. Perkara yang kadang terlupa!
Penat dan mengah dalam berjuang, tidak ada vaksin yang ampuh untuk memastikannya tidak melanda para dai’e.. Dia bukanlah macam penyakit cacar atau dalam bahasa kedoktornnya.. ‘Varisela’.
Varisela punya vaksin iaitu sejenis virus yang diolah serta dicampur dengan satu antibiotik yang diapnggil sebagai neomisin.. Pun begitu, penyakit cacar tetap melanda kanak-kanak yang divaksinkan ketika bayi.. Maknanya.. Tidak ada jaminan 100% ! Penyakit tetap datang dan menyerang..
Sistem pertahanan internal sebagai benteng terakhir badan.
Maka.. Harapan yang terakhir ialah.. Sistem pertahanan internal sahaja.. Antibodi diri sendiri.. Dan perlu difahami bahawa setiap dari kita adalah berbeza tahap kemampuan antibodi masing-masing.. Bergantung kepada banyak faktor.. Saya tidak sanggup nak bercerita lanjut sebab saya bukan doktor. Kalau nak tahu, tanyalah doktor.. Dan memang bukan itu jua maksud entry kali ini..
Entry ini bukan membincangkan penyakit cacar.. Tapi entry ini cuba mengetengahkan ruang diskusi akan suatu jenis penyakit yang dipanggil sebagai PENAT atau MENGAH.. Atau dalam bahasa saintifiknya ‘mandom’.
Setiap penyakit dalam dunia ini ada simptom-simptomnya yang tersendiri.. Simptom atau dalam bahasa yang mudah, gejala awal.. Dan gejala awal bagi penyakit mandom ini tersangatlah banyak.. Ia boleh disedari dan juga tidak disedari.. Tapi yang penting sekali ialah, banyak yang disedari.. Termasuklah si pesakit sendiri.. Dia sedar. Tapi, buat-buat tak sedar dan tambah teruk lagi bila dia tidak mahu menagku sakit! Susahkan begitu..?
Kenapa saya kata si pesakit memang sedar bahawa dia sakit?
Sebabnya.. Sebabnya ialah sejak dari awal lagi.. Iaitu sebelum masuk ke dunia dan ruang perjuangan, semua peserta yang join sesi interview sebagai dai’e secara rasmi telah mendapat briefing awal akan penyakit ‘mandom’ ini. Siap diberikan contoh serta gambaran gejala serta kesan yang bakal melanda! Tapi.. Itu cerita awal-awal la.. Biasalah.. hari pertama bekerja memang semangat.. Masuk beberapa hari, minggu, tahun, dan abad.. Tambah pula dengan beban dan tuntutan alam duniawi yang menggiurkan.. Maka banyaklah antibodi diri yangmusnah serta ramailah badan yang merana!
Saya juga macam terkena sakit.. Semacamlah. Cuma belum disahkan lagi oleh doktor. Tapi, tengok simptom, memang sah penyakit ‘mandom’ lah yang menyerang.. Mungkin musimnya sudah tiba barangkali.. Kalau nelayan, dia takut musim tengkujuh sebab itulah musimnya ribut hujan menyerang.. Tapi kalau saya, mungkin musim graduasi kerana disinilah penyakit sebegini kebanyakannya menghujam!
Alhamdulillah..
Syukur pada Allah SWT.. Allah masih lagi menyelamatkan saya kiranya dari serangan penyakit ini.. Walaupun tidak lagi sembuh sepenuhnya.. Tapi sekurang-kurangnya agak reda dan sudah semakin kebah.
Mungkin juga sedikit tips saya boleh kongsikan di sini..
Jika anda terkena penyakit yang sama..
Benda pertama yang anda perlu buat ialah mengakui bahawa anda memang terkena penyakit.. Buatlah muhasabah barang sebentar untuk menilik diri bagi mengesahkannya..
Benda kedua yang perlu dibuat pula ialah.. Tanyalah rakan sekerja anda.. Betulkah yang anda nampak sedang sakit? Ingat! Jangan sesekali anda tersilap tanya.. Tanya rakan sekerja (rakan dakwah) dan bukannya orang lain yang memang tidak tahu menahu akan penyakit ini.
Ketiga.. Jumpalah doktor. Doktor yang betul.. Kalau di Johor, saya selalu mendapat suntikan ‘parayton’ dari Ustaz Zul Hisham.. Timbalan Ketua Dewan Ulama, Johor. Malangnya.. Ustaz selalu bagi lebih dos.. Saya minta satu dos, beliau bagi sepuluh dos. Itu yang tak tahan..
Banyakkan berdamping dengan para 'doktor'.. Tinggal dalam 'hospital' lagi baik!
Langkah yang keempat. Langkah yang teramat penting.. Prevent better than cure! Kenal pasti kawasan, situasi atau tempat yang menyebabkan anda terkena penyakit mandom tadi.. Kenal pasti juga siapa agen-agen pembawanya.. Seterusnya, anda perlu jauhkan diri secara terus! Kalau tidak, benda yang sama akan berulang. Lagi bagus kalau anda mampu musnahkan terus.. Kalau mampulah..
Apapun.. terkena penyakit memang suatu yang normal bagi seorang manusia.. memanglah, selagi kita berjiwa manusiawi makalah ujian dan mehnah dari Allah tetap akan mendatang.. Yakinlah bahawa ujian seperti ini adalah suatu takdir ketentuan Allah bagi mengangkat darjat hamba-hambanya yang mahu bermujahadah! Barangkali juga ianya adalah proses TAPISAN Allah SWT.. Menapis mereka yang berpenyakit!!
Boleh tak time sakit nie saya nak minta cuti..? Aik.. Susah juga soalan nie nak dijawab. Selalunya memang tak dapatlah. Apatah lagi kalau “boss” yang syadid.. Siap kena belasah adalah.. Apa cuti-cuti?? Ingat masuk syurga nie senang ke..? kalau nak mudah, masuk nerakalah! Pergh.. Kesian si adik tue.. Tersengguk-sengguk dia menangis terkena jawaban yang ibarat sebuah tamparan.
Betul.. Memang betul.. Konsep cuti dan bercuti tidak adalah dalam kamus alam perjuangan.. Tapi bagi saya, macam jugalah konsep antibodi tadi.. Setiap orang punya level dan kemampuan antibodi masing-masing.. Mungkin antibodi si “boss” adalah kelas A+++.. Tapi bagaimana pula si adik tadi..? Mungkin dia cuma kelas C-- sahaja.. Kita tak tahu.. Itu sebab perlulah ada toleransi..
Bagilah dia bercuti barang sebentar.. Cuti bersyaratlah.. Maknanya, dia bukan bercuti saja-saja.. Cuti tapi dalam masa yang sama kena follow tips yang saya bagi tadi.. Kena buat muhasabah, jumpa doktor, hapuskan tempat yang berpenyakit dan lain-lain lagi.. Jangan jadi orang yang bercuti terus, terus dan terus serta terus.. Entah bila akan kembali lagi???
Gunakan juga kesempatan masa yang ada untuk check balik tahap antibodi kita.. Jangan tunggu waktu sakit baru nak check.. Baru sedar bahawa diri kita sangat lemah dari menghalang penyakit ‘mandom’ ini.. Sepatutnya setip detik dan masa digunakan untuk meperkembang dan membiak banyak antibodi serta sel-sel pertahanan internal yang ada..
Sekadar berkongsi..
Perkongsian mahal oleh Greg Mortenson.. Pendaki Everest yang MEMBERI sepenuh hidupnya kepada kanak-kanak di lembah Indus.. Hanya RM 44.50
Saya sekarang membaca sebuah buku yang bertajuk “THREE CUPS OF TEA”.. Buku ini sedikit sebanyak membantu saya menyingkap lebih luas lagi akan makna serta erti hidup yang memberi.. Memperdalam lagi akan tujuan dan manifestasi sebuah pemberian kepada tangan dan jiwa yang memerlukannya.. Alhamdulillah.. Definasi rasa MEMBERI dari buku ini terasa dapat merungkai dan menghikis simptom sakit dan berpenyakit yang ada pada diri..
Kita mungkin tidak sedar dan perasan, dalam bilion manusia yang ada betapa orang yang MEMBERI itu tersangat sedikit dan masih TIDAK MENCUKUPI kalau nak dibanding dengan orang yang MEMERLUKAN..
Tuntasnya.. Hiduplah dengan memberi! Lebih-lebih lagi jika anda seorang yang bergelar dai’e.. Jangan biarkan sama sekali penyakit mandom membaluti diri.
“Berilah walaupun ia hanya secangkir kopi cuma..”
Sunday, June 14
E.N.T.A.H.
Walaupun ENTAH.. Kita mesti melangkah dan berani melangkah ke depan.. Cabaran yang mendatang dan menggunung mesti dilawan dan diredah.. Kalau tidak begitu, masakan ENTAH boleh dipadam dan dilenyapkan. Yang penting ialah.. Tawakkal dan raja' yang sepenuhnya kepada Allah SWT.. Jika Allah destinasi kita.. Insya Allah ENTAH akan menjadi NYATA. Sebab, itulah yang dijanjikan oleh Allah SWT..
Jika hijrahmu kerana Allah dan RAsulNya, maka kamu akan dapat Allah dan RasulNya..
Ya.. Walaupun masih ENTAH.. Tapi terus lemparkanlah senyuman.. Sentiasalah buat sujud kesyukuran kerana Allah suka insan yang sering bersyukur walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Jadilah insan yang bersifat qanaa'ah! Ameen..
TAQWA yang berunsurkan MALU!
Saya kira budak kecil itu hanya berumur 9-10 tahun sahaja.. Wajahnya sangat bersih, kudus dan menyenangkan hati bila dipandang.. Seronok.
Setiap kali waktu subuh, dia pasti ada.. Duduk di bahagian belakang. Waktu subuh senang sekali mencarinya kerana saya kira hanya dia seorang kanak-kanak yang ada waktu itu. Mungkin kanak-kanak yang sebaya dengannya masih lagi diulit mimpi. Ahh.. Bukan hanya kanak-kanak, bapa-bapa pun masih lagi diulit mimpi yang sama waktu ini.. Subuh.. Ramai yang kecundang dan terkorban!
Usai solat sunat, saya menoleh ke belakang.. Mencuri-curi pandang budak kecil itu.. Timbul beberapa pertanyaan halus dalam hati.. Bagaimana budak sekecil ini mampu istiqamah datang ke masjid? Bukan sekadar istiqamah datang.. Bahkan, dia tampak sangat serius bersolat dan berdoa bilamana di dalam masjid.. Bukan seperti kanak-kanak yang lain.
Lama rasanya saya mencari peluang untuk menegurnya.. Tapi, tiada kesempatan.. Bukan tiada, tapi saya yang tidak berkesabaran!
Selalu.. Selepas solat subuh berjemaah, dia akan duduk dibelakang sambil berdoa.. Panjang doanya.. Saya bercadang untuk menunggu.
10 minit.. Budak kecil itu masih menadah doa.
15 minit.. Masih lagi berdoa!
20 minit.. Masih lagi!!
Ahh.. Saya yang tidak kesabaran lantas kalah menunggu lalu balik dengan hanya menjanjikan diri agar satu hari saya pasti berpeluang menegur dan berkenalan dengannya.. Insya Allah!
Beberapa minggu berlalu.. Saya pun semacam sudah terlupa dengan si budak kecil itu..
Tapi. Takdir Allah sudah menentukan bahawa kami punyai jodoh untuk bertemu. Entah bagaimana hari ini saya boleh berjumpa dengannya. Kebetulan Masjid menganjurkan program khatam Al-Quran untuk kanak-kanak sekitar. Dan saya sengaja berlakon seperti kanak-kanak dan menjadi peserta dalam halaqah (kumpulan) kanak-kanak yang diraikan.. Takdir Allah juga menjanjikan si budak kecil itu duduk sebelah saya...
Indah... Bacaannya sangat indah; tartil dan bertajwid. Fasahahnya seperti air.. Macam Imam Sudais! Dia tersenyum apabila saya memuji.. Alhamdulillah, kami sempat bermesra.
Banyak saya belajar walaupun dia tidak mengajar!
Bayank hikmah terbongkar wlaupun dia hanya seorang budak kecil!
Bagi saya.. Ilmu hanya boleh hadir dari seorang guru ataupun mahaguru.. Tapi, hikmah tidak mustahil boleh hadir dari hanya seorang budak kecil yang mungkin tidak dipandang orang. Itu sebabnya Allah menyeru supaya kita banyak memerhati.. Walaupun ianya cuma peristiwa sesekor semut kerana banyak khazanah rahsia hikmahnya yang tersembunyi!
Berbalik kepada hal si budak kecil tadi..
Dia mengajarkan kepada saya akan beberapa hikmah.. Salah satunya yang mungkin boleh dikongsikan di sini ialah—Nilai sekepal taqwa si budak kecil!
Taqwa. Saya kira kita sering mendengar akan kalimat ini.. Kalimat wajib yang mesti diingatkan oleh khatib setiap kali solat jumaat setiap minggu..
Apakah dia Taqwa??
Saya kira juga sudah banyak kali kita mendengar akan definasi taqwa.. Pelbagai maksud yang cuba disampaikan.. Maka biarlah wacana kali ini saya penuhi dengan mendefinasikan taqwa melalui persepsi maksud yang agak berbeza..
Taqwa bukan sekadar takut.. Taqwa bukan sekadar kita patuh dan taat.. Tapi penghayatan Taqwa melalui manifestasi tertinggi ialah Taqwa yang berunsurkan malu dan segan!
Itulah Taqwa high level yang perlu dicapai oleh setiap dari kita!
Abang tengok.. panjang juga doa adik time lepas solat? Saya bertanya dalam nada yang mengusik..
Takdelah bang.. Sekadar mengangkat tangan je.. Takde baca apa-apa pun.. Segan kalau tidak berdoa dengan Allah.
Segan? Saya tertarik dengan jawaban ini..
Entahlah bang.. Hari-hari hati saya selalu merasa malu kepada Allah.. Sehinggakan bila nak buang air dalam tandas sekalipun saya terasa segan nak masuk.. Segan dan malu dengan Allah.
Subhanallah.. Sampai begitu sekali.. Saya terkejut. Betapa unsur segan dan malu itulah yang menyebabkan si budak kecil tadi boleh bertahan dalam keadaan berteleku berdoa selama berjam-jam lamanya.. Itu hanya sebahgaian representasi taqwa yang saya nampak dan perasan dari dirinya.. Dan mungkin banyak lagi yang saya tidak nampak.
Walaupun bukan jawaban formal yang diberikan tetapi sebenarnya banyak justifikasi yang saya dapat dari jawaban seringkas itu..
Dalam diam saya mengingatkan diri semula bahawa, mencapai darjat bertaqwa di sisi Allah SWT bukan hanya sekadar kita meletakkan kepatuhan dan ketaatan kepada Allah semata-mata dengan melaksanakan segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya.. Tetapi, saya juga haruslah menyemai perasaan MALU dan SEGAN kepada Allah SWT! Kerana dengan adanya elemen malu inilah yang akan memberikan kemanisan yang tidak terhingga buat jiwa-jiwa yang bertaqwa dan mampu membentuk insan yang tawadhu’ di sisi Allah SWT.
Antara MALU dengan TAKUT yang mana satu lagi istimewa di sisi Allah SWT?
Fikir-fikirkan..
Moga-moga kita menjadi insan-insan yang bukan hanya TAKUT pada Allah bahkan adanya perasaan MALU dan SEGAN kepada Allah SWT.. Insya Allah..