|Dulu...|
Kaki saya laju melangkah keluar dari Dewan Peperiksaan.. Suasana semakin bingit dengan suara pelajar-pelajar yang seronok kerana
hint telah mengena agaknya! Tidak kurang juga yang bersorak keriangan kerana exam dah habis... Lalu, mungkinkah petang itu bakal diisi dengan pesta?? Aah.. Biarkan mereka.. Aku ada lagi urusan yang perlu diselesaikan.. Timbunan kerja dan juga
task persatuan yang tertangguh seketika kerana memberi laluan kepada exam perlu dilangsaikan.. Minggu depan dah
start Latihan Industri.. Aku kena balik Sabah! Fikiran saya melayang entah ke mana...
"Kau balik bila...?" Paan menyapa di luar Dewan.. Rakan
classmate yang rapat dengan saya..
"Ahad.." Saya menjawab pendek.. Paan mengangguk-angguk.. Memang dia antara rakan
classmate yang cukup memahami saya.. Hidup di kampus bukan untuk akademik semata.. malah lebih dari itu lagi.. Tanggungjawab sebagai Rijal Agama perlu digalas samada susah atau senang.. Saya cuba menghiburkan diri.. Mungkin itu juga dalam benak fikiran Paan.. Berfikir seperti saya.. Semangat setiakawan yang terjalin selama 3 tahun mungkin menjadikannya faham.. Malah dia sendiri sering memberi sokongan yang banyak dikala kerja Persatuan dan
Assignment berlonggok dalam satu masa.. Paanlah yang sedikit sebanyak membantu..
Thanks.. saya tersenyum sendirian sambil memandang wajah Paan yang ditumbuhi jambang =)..
Dunia MAHASISWA..."Nak ke mana?" Sapaan saya agak kuat.. Fahmi (bukan nama sebenar) menoleh sebentar..
"Apa lagi.. Pergi Tebrau lah...".
"Kan exam dah abis..". Fahmi terus hilang dari pandangan..
Suasana normal dalam universiti..
Lepas je
final paper, Mahasiswa berduyun-duyun keluar kampus untuk
release tension katanya.. Mungkin ingin membalas dendam setelah sekian lama bertapa demi untuk
exam..
Apatah lagi bagi pasangan
mama dan
papa.. Minggu
exam bagaikan penjara bagi mereka.. Nah! sekarang peluang tidak akan dilepaskan begitu saja.. Habis satu kota bandaraya dironda bersama..
Bersama rakan seperjuangan... Alhamdulillah... Spontan mulut saya mengucapkan.. Syukur kepada Allah kerana saya tidak terjebak sama. Malah, saya merasakan setiap detik dalam hidup ini amat bermakna dan harganya amat mahal.. Tidak berani untuk disia-siakan walau sesaat. Tambahan pula ramai mata yang memerhatikan kita.. Itulah nikmatnya dalam berpersatuan.. Nikmat dalam bentuk bahasa yang perlu diterjemah oleh akal.. Bukan nikmat terjemahan nafsu amarah.. Izinkan saya berkongsi satu kata-kata;
“Jika mahu terselamat dari fitnah cinta yang membuang makna dari usia, sibukkanlah diri! Sibukkan diri dengan aktiviti berpersatuan, hidup biar ada perjuangan. Ada sesuatu yang diperjuangkan. Kerana sesungguhnya air yang statik tidak mengalir akan rosak akibat statiknya ia. Pemuda yang banyak masa lapang tanpa perjuangan, akan dibunuh oleh masa lapangnya itu”--Abu Saif
Kata-kata ini sering saya ulang kepada rakan-rakan. Harapannya agar kami sama-sama faham dimana sebenarnya hala tuju dalam berjuang di dunia penuh cabaran ini..
At least, dengan kesibukan ini dapat menyelamatkan jiwa dan minda kita dari berfikir benda yang apa-apa entah sehingga mengundang murka Allah..
Na'uzubillah.Teringat saya kisah Ashabul-kahfi.. Kisah mulia mengenai sekumpulan Pemuda yang lari dek dikejar Raja.. lantaran ingin mempertahankan Akidah dan pendirian, mereka sanggup berdepan risiko sehingga Allah mengiktiraf kisah Agung ini dalam Al-Quran buat tatapan pemuda Islam sekarang.. Bukan kisah ini dilagukan sahaja dalam bentuk
bayati,
hijaz ataupun
Sobah, malah perlu diagendakan dalam minda dan diterapkan pada amal.. Itu barulah maksud penghayatan sebenar!!
|Kini...|
1200 pm| Peristiwa yang sama telah berulang.. tanggal 16 NOV 2008, kaki melangkah keluar dari dewan imtihaan selepas berperang dengan
paper terakhir,
eng. economy. Alhamdulillah tiada lagi ucapan termulia yang dapat diungkapkan melainkan thank you Allah!
Cuma agak sedih juga kerana ironinya juga seperti sebelum ini detik berakhirnya minggu imtihaan ini disambut dengan pelbagai 'pesta suka ria' yang selama ini terbuku menunggu masa. Iya.. Saya tidak menolak fitrah jiwa serta otak yang perlukan rehat setelah berpenat lelah ketika minggu imtihaan.. Tapi, haruskah jiwa serta otak itu diberikan gula-gula berupa maksiat kepada Allah setelah sekian lama ia berkhidmat buat jasad bagi menagih segulung ijazah..?
Masa untuk mengadu kasih..Usai saja paper yang terakhir tadi, sudah kedengaran bicara-bicara yang tidak menyedapkan hati..
"Jom! main futsal malam nie.." Seorang teman mengajak..
" Tak bolehlah.. aku dah plan ngan awek aku nak pegi Jusco Tebrau malam nie.." Teman yang diajak membalas. Saya menjeling rakan tadi. Jelingan membawa erti dan maksud!
Korban cinta.. Jangan cuba bermain dengan api
Malah ada yang sanggup tidak balik bercuti semata-mata mahukan suasana yang 'aman' untuk bermadu kasih! Masakan tidak, kalau di rumah pasti diberikan
pelempang naga oleh mak-ayah jika mereka tahu yang anak gadis mereka asyik membonceng lelaki ke hulu dan ke hilir.. Itu yang menyedihkan.. Semegah-megah Universiti yang ada tapi sayang ia tidak mampu mendidik sakhsiyyah serta akhlak mahasiswa..
Perbetulkan kaedah..
"Habis.. Takkanlah kita tak nak kahwin??".. Itu jawapan dari seorang teman rapat apabila saya cuba memberi nasihat.
"Eh, siapa kata pula engkau tak boleh kahwin?".
Feedback question yang bersahaja dari saya untuk cuba menyanggah salah-tanggapan dia. Melarang untuk ber
couple bukanlah bermaksud melarang untuk berkahwin!
Saya faham akan suara hati mereka yang bergelar tahun akhir.. Apatah lagi tinggal beberapa bulan lagi untuk mendakab segulung ijazah setelah perjuangan panjang bertahun-tahun bermula dari pengajian peringkat darjah. Dan.. tak salah bagi saya untuk sesiapa merancang landskap kehidupan baru setelah bergraduasi nanti kerana
If you fail to plan, you plan to fail!Setiap 'desire' manusia perlu diuruskan dengan betul
Tapi.. kaedah perlaksanaan tadi mestilah betul. Bukan setakat betul bahkan ia harus 'halal' disisi Allah dan Rasulnya. Itu barulah Muslim namanya.. Ingat! Benda yang kita dapat dengan cara yang MUDAH pasti akan menghilang dengan MUDAH juga.. I remember one of the slamber words from my senior:
Barang yang ciplak dan tidak berkualiti banyak bersepah di kaki lima.. Manakala, barang yang baik lagi berkualiti pasti disimpan rapi dan pasti mahal harganya..Kadang-kadang rutin 'negatif' jadi penyelamat..Penyelamat dari rempah Cinta.. Penyelamat dari kancah maksiat dosa..Artikel saya yang dulu ada menyentuh tentang mereka yang menghabiskan masa dengan persatuan. Maka kesibukan itu menyebabkan ia menjadi ubat mujarab bagi menghilangkan konotasi desakan perasaan yang berantai dalam hati. Apatah lagi apabila mereka itu disuntik dengan pil-pil keimanan bagi menghalang sebarang virus merosak lagi membinasakan.. Alhamdulillah.
Tapi.. bagaimana pula yang tidak tergolong dalam kelompok di atas. Bukankah mereka terdedah dengan bahaya penyakit
couple ini?
Saya ada teman yang sangat rapat. Iya boleh dijadikan contoh bagi memahami persoalan yang sengaja saya utarakan di atas. Kawan saya ini boleh dikatakn
Gamerz Addict! masakan tidak, sepanjang masa sehariannya dihabiskan dengan bermain
game. Hanya ada masa pengecualian untuk solat, makan, dan juga tidur. Tapi apa yang menariknya ialah, kesibukannya dengan dunia ilusi
gaming menyebabkan hanya dia yang dapat
survive setakat nie dari terkena penyakit CINTA!
Sesungguhnya setiap apa yang Allah kurniakan itu pasti ada hikmahnya dan oleh sebab betapa hebatnya rahsia hikmah itu maka ia kekadang tidak dapat dicapai serta difahami oleh pemikiran Insan..Daie sewajarnya tidak membutakan mata akan sebalik hikmah perilaku seorang Mad'u
Di hujung perbatasan jihad..Only just revisiting...
Na'am.. Tinta coretan ini hanyalah sekadar perkongsian rasa yang boleh kita representasikan dalam bentuk kalimah ayat agar sekurang-kurangnya di perbatasan jihad kita masih ada tenaga dan upaya untuk meneruskan gerak-kerja yang bersisa.
Bagi kita yang ber
titlekan kader dakwah.. Di perbatasan jihad bermaksud tidak ada rehat mahupun cuti dari bekerja untuk agama walaupun
we just finish our examination session..
Adakalanya juga suatu peristiwa DULU dan KINI masih mengulang kejadian yang sama kerana sunnahtullah begitu.. Peluang bagi seorang kader memahami ulangan peristiwa ini agar upaya dakwah dan kesan strategi dakwah itu dapat ditingkat saban masa..
Berilah walau ia hanya sekadar secangkir kopi..
myikhwanfiideen,
Electrical engineer 2009.RAUDHAH SYABAAB SDN BHD