Tuesday, August 4

Nota untuk diri

“Elok benar perangai budak sebelah rumah kita tue..”.. Kata ibu.. Sambil itu tangannya sibuk memasukkan bilis dalam minyak yang sudah panas..

“Memanglah bu.. Kan budak tu baru habis pengajian ugama.. Dah tue pula sekarang dah jadi ustazah.. Mestilah perangai dia elok..” Saya menyambung sambil mata tak lekang memerhatikan tangan ibu yang tersangat expert bila di dapur..

Petang itu kebetulan tidak ke mana-mana..

Selalunya kalau petang-petang macam nie, saya bertugas seperti biasa.. Jadi driver tetap akak ke klinik.. Rutin seharian bila bercuti.. Sebabnya kalau saya ada di rumah, kakak seorang nie bukan main lemak lagi.. Minta hantarlah.. Minta temanlah.. Penatlah..

Kebetulan kakak bercuti hari ini (cuti sebab malas jumpa patient kot), so saya pun ambik peluang duduk-duduk kat dapur dengan ibu..

“Iyalah.. Ustazah pun tak semestinya semua baik.. Tengok orang juga..”.. Sambung ibu..

“Kamu tue bila nak cari orang baik-baik?”.. Tanya ibu setelah tengok saya diam memanjang..

“Nantilah bu.. Banyak benda lagi tak terbuat..” Jawaban standard..

“Eleh.. Nanti konon.. Jangan-jangan dah ada..” Kakak nie bukan boleh duduk diam.. Mesti ada-ada je nak menyakat orang..

Pok! Batang serai atas meja dapur ‘melompat’ tepat kat belakang kakak.. Tak sempat dia mengelak bila saya lempar dari belakang.. Eleh.. Tak sakit pun.. Kata kakak sambil jelirkan lidah nak bagi saya sakit hati lagilah tue..

Seronok juga main dengan kakak seorang nie.. Maklumlah jarang-jarang berjumpa..

“Sudah sudah.. Kang mak pinang budak sebelah rumah kita nie baru tau.. Selesai cerita..”

Haha.. Saya dan kakak ketawa.

Semenjak ketiadaan ayah.. Ibulah tempat kami bermanja.. Dialah tempat mengadu dan dialah juga penawar segala duka lara kami adik beradik.. Dan segala hal-ehwal hidup kami semuanya akan dimaklumkan kepada ibu.. Kata orang, macam ‘online report’.. Hilang selipar pun, ibu akan tahu..

Jadi, apatah lagi untuk hal-hal yang lebih besar..

****

Normal, setiap ibu-bapa akan concern masa depan anaknya.. Memangpun kalau kita tanya orang dulu-dulu, ibu-bapalah yang 100% berkuasa mutlak menentukan siapa calon pasangan hidup anaknya!

Tapi.. Sekarang dunia sudah berubah..

Kebanyakan ibu-bapa moden ‘menyerahkan’ tugas mencari jodoh tadi dengan anak-anak.. Bukanlah bermaksud untuk melepaskan tanggungjawab.. Tetapi, untuk meraikan pilihan mereka.. Adapun ibu-bapa, hanya jadi ‘tukang lulus’ sahaja..

Bagi sayalah.. Tak salah.. Nak jadi ‘tukang lulus’ pun jadilah.. Tapi, pastikan ada priority untuk ‘melulus’ atau nak ‘menggagalkan’.. Jangan nak lulus sokmo!

Berkahwin bukannya untuk memenuhi tuntutan biologi semata-mata..

Tapi, berkahwin bermaksud anda ingin dan bersedia bertanggungjawab kepada seseorang!

Masalah dia sekarang.. Ada di kalangan ibu-bapa yang ada kuasa ‘lulus’ sahaja.. Kuasa ‘gagal’ tiada langsung!

Walaupun pilihan si anak tadi tidak lepas piawai bagi seorang bakal suami atau isteri yang boleh menjamin keluarga islamiah.. Apa tidaknya.. Solat, 1 waktu sahaja itupun sekali setahun iaitu solat sunat Aidil-Fitri.. Nak puasa, tak boleh sebab kononnya dia kata ada penyakit dugal then boleh dapat rukhsah sepanjang ramadhan.. Macam-macamlah..

Kalaulah ada permohonan macam ini.. Ibu-bapa perlukan kuasa cop ‘gagal’!.. Berani buat keputusan demi kesejahteraan masa depan si anak.. Agama dulu barulah yang lain.. Ini tidak, mentang-mentanglah yang datang itu anak tuan pengarah, maka si ibu dan ayah tadi pun terus buta.. Buta dengan harta!

Keluarga sakinah bukan tiangnya harta.. Tapi, ugama..

Saya bukan berniat untuk bercakap atas perspektif seorang ayah mahupun ibu.. Tapi, kebetulan benda tadi perlu disentuh seketika..

Pengalaman yang banyak mengajar..

****

Saya selalu bertandang di pejabat majistret Syariah.. Kebetulan kakak saya yang nombor tiga bekerja di situ.. Dan.. Terus-terang saya katakan bahawa betapa pentingnya ugama tadi ada dalam diri setiap pasangan lebih-lebih lagi lelaki! Bukan sahaja ‘ada’.. Tapi mesti praktis sepenuhnya!

Kadang-kadang bila tengok statistik kes penceraian di pejabat kakak, kalau sayalah yang duduk di office ini mungkin tak boleh nak tidur malam.. Statistik yang meningkat setiap hari itu satu hal.. Ditambah pula dengan fail permohonan cerai yang berlonggok tinggi seperti kinabalu itu bimbang-bimbang akan menghempap kepala nanti!

Pemandangan saban hari itu banyak mengajar saya.. Lantas dengan pemandangan yang menyakitkan mata itu jugalah saya terpanggil untuk menulis!

****

Kita sebagai anak, walaupun ibu dan ayah dah bagi kelulusan untuk mencari pilihan sendiri.. Tapi, bukan maknanya boleh bawa anak orang atas motosikal sesuka hati.. Haram tetap haram! Hukum Allah nak letak di mana?

“Kami dah bertunanglah.. Family pun tak kisah..” pantas sahaja junior lelaki itu menjawab ketika saya ajukan soalan tadi dengannya.. Minah seorang tadi terkulat-kulat di belakang motosikal RXZ kepunyaan teman lelakinya.. Kalaulah ikutkan “metodology dakwah” di sekolah menengah dulu, rasanya kaki saya dah masuk mulut mamat nie dan minahnya sekali. Sabar!

Family pun tak kisah..”

Inilah masalahnya.. Dan memang inilah punca masalahnya.. Anak tidak hormat dengan batasan ugama sebab dia tahu “family pun tak kisah”! Tak kisahlah kamu nak cari di mana.. Macam mana kamu cari.. Apa yang kamu cari.. Apa yang kamu buat.. Tak kisahlah.. Yang penting datang bawa jumpa dengan mak, then mak bagi cop ‘lulus’. Dah boleh kahwin!

Semudahkah itu?

Ya.. Memang mudah bagi orang yang “tak kisah”.. Tapi, setiap bulan golongan orang yang macam ini jugalah membanjiri majistret syariah.. Baru kahwin 3 bulan, dah nak minta fasakh dari suami.. Habis.. Dah kena pukul macam kerbau selalu.. Pun, penyakit “tak kisah” jugalah puncanya.. Suami “tak kisah” nak pukul atau nak dera sebab dia tidak pernah belajar ugama.. Apa lagi bab-bab munakahat!

Akhirnya.. “Family pun tak kisah..” tadi makan diri tuannya jua.. Na’uzubillah. Minta dijauhkan dari kita..


Saya ambil sebagai nota untuk diri! ~Wallahu a’lam.

4 comments:

annisaNazifa said...

Salam'alyk

Posting kontroversi ya us... Yang penting jangan lupa hantar kadnya ya...

Cantik blog... Cuma ana cadangkan (tak terima pun tak pe) kalau bleh buat komen bawah blog dan buat read more ana rasa lebih menarik dan ekslusif skit. 1 lagi mungkin boleh hilangkan word verification untuk lebih mesra komen...

Http://fikrahnazifa.blogspot.com

Anonymous said...

best membaca tulisan anta. berapa lama anta mengarang ya? huhu..

Anonymous said...

salam,
Mahukah anda meletakkan sebaris ayat bagi membantu kami dalam blog ini? Kerjasama anda amat dihargai. Layari http://www.morhabshi.com untuk maklumat lanjut.

Terima kasih.

myikhwanfiideen said...

>Ustzh Nazifa..

walaikumussalam wbkth...

Syukran sbb ustzh sudi menyinggah di sini..

Ada kad.. Kad raya.. nak? ;)

mmg nk buat style read more.. tp,ilmu it x cukup lg.. so.. stkt ini shj yg trmampu nk bg..

word verification tue xpa.. nak halang spam masuk,,

>Al-Ayyubi...

Tengok ilham.. kalau terasa nk menulis.. Adalah posting tuk blog nie..

Sdg brusaha utk menulis dgn RASA..

>Admin Morhabshi..

Insya Allah.. Moga Allah permudahkn sglnya..