Sunday, August 2

"Kamu nak jadi apa?"

Pernah satu petang.. Duduk sembang-sembang dengan beberapa orang rakan sambil mengunyah pisang goreng panas.. Ketika itu semua asyik bercerita tentang perjalanan hidup masing-masing. Kebetulan pula ahli syura petang itu semuanya bakal graduan.

Tinggal nak habiskan pengajian dalam masa beberapa hari lagi..

“Ana tak sangkalah boleh masuk U”.. “Dulu tak terfikir langsung boleh masuk.. Tapi tetiba dah nak kuar U plak..” Kata seorang sahabat..

“Iyalah.. Tak pernah terlintas boleh masuk UTM.. Then ambik kos mekanikal.. Lepas tue boleh pula sambung master.. Lps tue boleh pula ditawarkan kerja Pensyarah.. Entah lepas nie jadi ape plak..” Seorang sahabat menambah ‘ramuan’ sembang petang itu.. Nak bagi sedap lagi.

“Entahlah lepas nie nak jadi apa pula.. Tak boleh nak tekalah..” Sambung sahabat di sebelah.. Sambil mulutnya penuh dengan pisang panas..

“Eh.. Siapa suruh main teka-teka.. Semuanya kena usaha.. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.. Obama pun pernah sebut time kecik-kecik dulu.. Dia nak jadi Presiden US. See.. Sekarang dah jadi seperti yang dia nak.. Optimislah”

“Eleh.. Optimis konon.. Kalau ana soal enta nak jadi apa lepas nie.. Boleh jawab? Entah-entah bukan optimis tapi angan-angan mat jenin” Sahabat seorang tadi tidak mahu mengalah..

“Ana nak jadi jutawan umur 30 tahun.. Setanding dengan Tan Sri Bukhari.. Lepas tue nak derma kat orang miskin.. Anak-anak yatim.. Bla bla bla..” Habislah.. kawan seorang nie dah ‘khayal’ dah..

“Sudah sudah.. Fokus kepada goreng pisang! Ana tak nak ada yang meninggal tercekik pisang goreng nanti.. Malas nak sumbang berita murahan dalam metro..”

Ketawa berderai.. Diskusi ‘Nak jadi apa?’ terhenti seketika untuk memberi laluan kepada si goreng pisang.

Imbas kembali masa kecik-kecik dulu..

“Nanti besar mahu jadi apa?” Tanya nenek (sudah meninggal dunia) yang sudah lanjut usianya.. Petang-petang nenek akan turun di depan halaman rumah.. Melayan cucu-cucunya yang galak bermain.

Saya bangga benar bila ditanya soalan itu. Nenek orang yang sangat disegani oleh kami masa itu.. Apalagi.. Dengan memegang pistol mainan dan memakai topi kerja ayah, saya pun berlakon gaya-gaya seorang askar.

“Nek, saya nak jadi askar!”

“Saya pun nek!” Adik di belakang pun sama juga.. Nak jadi askar sokmo.

Nenek hanya tersenyum.. Kemudian nenek usap rambut kami sambil berkata.. “Jadi askar bukan mudah.. Kena masuk hutan waktu malam.. Kena tahan gigitan nyamuk. Kena berlapar dalam hutan.. Kamu sanggup ka?”

Saya dengan adik terkebil-kebil sahaja.. Ahh.. Masuk hutan? Kena gigit nyamuk? Fuuh.. Siapalah sanggup.. Kan hutan tue banyak hantu (fikiran budak-budak kecik)..

Esoknya..

Peng.. Peng ..Peng.. Bunyi dentuman pistol mulut kedengaran di bawah rumah.. Nenek turun menjenguk cucu-cucunya yang khusyuk ‘berperang’.. Budak-budak nie, kalau tak kena gigit lipan tak habis diorang berperang..

“Nenek.. Kami tak mahulah jadi askar.. Kami nak jadi polis pula.. Polis tak perlu masuk hutan.. Tak perlu kena gigit nyamuk..” Entah dari mana adik dapat idea bernas itu.. Saya pun tak tahu.. Ilham kot.

“Hai.. Nak jadi polis pula dah..? Apa-apalah... Jangan kena gigit lipan bawah rumah tue sudah..” Pesan nenek..

Macam-macamlah cita-cita masa kecik dulu.. Nak jadi askarlah.. Polislah.. Dan bermacam-macam lagilah.. Setiap dua jam tukar cita-cita! Hebat..

Cuma, setakat nie tiada pula kanak-kanak yang bila ditanya nak jadi apa, “Nak jadi Presiden US!”.. Itu dah masuk kategori anak ajaib..

Kenapa nak jadi polis?

Sebab mahu tembak orang jahat.. Itu jugalah jawaban standard yang diberi.. Bangga kot bila jadi hero yang tugasnya asyik selamatkan orang je..

Kalau difikir-fikirkan.. Memang Allah anugerahkan jiwa dunia kanak-kanak nie dengan firasat yang suci.. Sebab apa.. Sebabnya benda-benda yang elok nie senang sangat melekat dalam hati.. Naluri mereka dipandu oleh ilham yang baik-baik.. Kecualilah anak-anak yang memang duduk dalam environment yang kurang baik.. Itu lain cerita.

Apa tidaknya.. Semua jawaban yang diberi ‘ikhlas-ikhlas’ belaka.. Nak tangkap pencuri.. Nak lawan orang jahat.. Dan tidak ada pula jawaban, nak duit banyak! So.. Kalaulah bersempena hari Pahlawan ini ada anugerah ‘Pahlawan ikhlas’.. Saya sangka ramai kanak-kanak yang layak untuk menerimanya..

Hari ini ‘Pahlawan Berani’ senang dicari tapi ‘Pahlawan Ikhlas’ tue agak payah..

Lama juga saya mengelamun..

Kalaulah hari ini nenek masih hidup.. Kemudian nenek bertanya soalan yang sama.. “Nak jadi apa nanti?”.. Saya rasa mungkin tidak untuk menjawab, nak jadi askar! Juga tidak mungkin untuk menjawab, nak jadi polis! Kalaupun perlu menjawab soalan nenek, saya rasa jawaban saya agak skema.. “Nek, saya nak jadi orang yang ada manfaatnya kepada orang lain..”.

Cukuplah.. Dan saya rasa nenek pun akan setuju.. Mungkin itulah yang nenek mahukan. Bukan mungkin.. Itulah yang sepatutnya!

Kamu nak jadi Jutawan?

Nak jadi Engineer?

Nak jadi Guru?

Nak jadi askar wataniah?

Nak jadi apa lagi.. Terpulanglah.. Teruskanlah! Asalkan matlamat akhirnya nanti ialah.. Dapat memberi MANFAAT kepada orang lain!

Sebab bagi sayalah.. Kejayaan seseorang itu bukanlah diukur melalui “jenis” PROFESION seseorang.. Tetapi sejauh mana profesion yang dia ada mampu memberi manfaat kepada orang keliling..

Apalah gunanya seorang YB (yang dipuja saban masa), kalau isu kemiskinan orang kampung sendiri tidak kunjung selesai..

Apalah gunanya title seorang Doktor, kalau makcik yang sakit sebelah rumah pun tak dijeling langsung..

Apalah guna juga awal namanya Ustaz, tapi isterinya sendiri pun tak berani nak ditegur!

Apakah kalau kita punya jenis profesion adalah yang ‘besar-besar’.. Lalu kita pun terus rasa besar?? Jangan.. Beristighfarlah.. Kerana takut-takut kita sudah jatuh dalam perangkap RIAK!

Saya respect dengan burung.. Tinggi mana pun terbang ke langit biru, ia tetap balik semula ke sarang.

Saya cuba beri satu analogi..

Katakan anda sudah jadi Jutawan.. Macam sahabat saya tadi, Jutawan Muda.. Umur 30 tahun, poket sudah berisi bukan ribuan tapi jutaan.. Kemudian anda menunggang kereta mewah, tak kiralah Mercedes atau BMW model yang terbaru.. Kebetulan pula anda mahu mengisi minyak.. Then, di stesen minyak tempat anda berhenti tadi anda berjumpa seorang ‘budak pam’..

Kalaulah waktu itu ditanya.. Apa tanggapan kamu dengan si budak pam ini? Mungkin ada yang jawab (harapnya tidak).. “Ala.. Budak pam je.. Bangla pula tue” (Maaf, bukan nak menghina)..

Berhati-hatilah! Once sahaja kita ada rasa ‘besar’ berbanding orang keliling.. Nah, itu sudah petanda ada unsur riak.. Walaupun tiada suara keluar dari mulut.

Itu baru satu contoh..

Jangankan jadi jutawan, kadang-kadang ada duit dalam poket RM 10 pun dah jalan lain macam.. Apa punya jenis orang nie?

Itu sebab Hujjatul Islam, Imam Ghazali mengajarkan..

“Bila jumpa orang muda, anggaplah dia lebih baik dari kita.. Kerana dosanya masih sedikit berbanding kita yang lebih tua.. Kemudian, bila jumpa orang tua, anggaplah juga dia lebih baik dari kita.. Sebab pahalanya lebih banyak berbanding kita yang masih muda..”

Hakikatnya.. Hari ini dunia dipenuhi penyakit MATERIALISTIK dan hal-hal ‘tik’ yang lain termasuklah ‘mistik’.. Jangankan ajaran ulama, sabda Nabi pun orang sudah tidak ikut.. Siapa paling berduit, dialah yang hebat.. Siapa paling kaya, dialah yang paling gagah.. Dan siapa yang paling berharta, maka dialah yang paling indah di mata orang!

Walaupun lokek tahap dewa, apa tidaknya nak sedekah RM 50 untuk masjid pun dah nak gugur airmata.. Sayang sangat dengan duit!.. Sampaikan pak bilal pun hanya mampu geleng kepala tengok tangan Jutawan tadi gementar bila dilorongkan tabung masjid.. 50 ringgit je bukan banyak pun..

Itu sebab.. Kalaulah nenek atau siapa-siapa tanya saya hari ini.. Kamu nak jadi apa sebenarnya?? Nak jadi Hamba Allah yang bermanfaat kepada orang lain!

Nek, inilah jawaban saya...

2 comments:

treasurer said...

salam ukhuwah..apa khabar?
bagus la klu niat nk memberi manfaat kepada org lain..
saya nk jadi FRU...bermanfaat x utk org lain?bkn ke dia bermanfaat untuk pimpinan kerajaan dan org-org besar?
satu lg,nk tny tentang hujjatul Islam,dr imam ghazali..ada lima golongan kan klu kita jumpa 5 golongan tue perlu dimuliakan..just nk kepastian..wallahu'alam

myikhwanfiideen said...

salam ukhuwwah fillah buatmu..

alhamdulillah khier..

apesal plak nk jd FRU.. ;) nie mesti kes x puas hati sbb kena water cannon nie kot..