FORMULA mendidik anak seringkali menjadi topik buah mulut orang.. Tak kiralah di peringkat ibu bapa, guru-guru, pakar-pakar motivasi dan hinggalah tokoh-tokoh ilmuwan yang terkenal abad ini.. Walaupun, kajian dan penelitian mengenainya sebenarnya sudah ditekuni dan diturunkan secara ta’lim oleh para Ulama terdahulu termasuklah Guru teragung kita, iaitu Nabi Muhammad saw..
Namun.. Kita kadang-kadang tertanya, mengapa isu serta persoalan remaja ini tidak kunjung selesai?
Tidak teringinkah kita mahu melihat anak yang comel wajahnya juga comel akhlaknya?
Pagi tadi, ketika saya berhenti di sebuah restoran di ibu kota.. Saya dihidangkan dengan pemandangan yang mengoyak hati.. Lalu mata saya tidak berkedip memerhati sekumpulan remaja siap dengan uniform sekolahnya sedang bercanda dengan pasangan masing-masing sambil tangan kanan si lelaki memegang seberkas rokok.. Yang si perempuan pula tanpa rasa segan dan malu membiarkan saja badannya disentuh oleh entah lelaki mana..
Aduh.. Anak siapakah itu??
TIDAK.. Itu memang bukan anak saya.. Tapi, bagaimana kalau YA? Monolog bernada sendu seperti ini saya lemparkan berkali-kali kepada diri untuk menerobos hati bagi mencari jawaban ikhlas setulus mungkin..
Na’uzubillah!
Hari ini kita mengimpikan anak-anak remaja seperti zaman para sahabat sehinggalah banyak program serta aktiviti pembangunan sakhsiyyah dibuat di mana-mana... Ya benar, bukan persamaan mimik muka yang kita tagih, tetapi kita menginginkan kualiti remaja seperti zaman para sahabat terdahulu.. Kualiti ilmu, akhlak, ibadah, dan segala-galanya yang ada..
Namun, apa yang kita perhatikan ialah.. Draf yang diuliti oleh permasalahan terkini remaja, menyebabkan purata dot kualiti itu semakin hari semakin menjunam ke bawah.. Tidak, seperti yang diharapkan. Bukankah ini senario yang dahsyat untuk diterima?
Saya selalu melemparkan kepada diri.. Beberapa soalan situasi yang mudah..
Kalaulah hari ini saya seorang bapa, apakah perasaan saya jika mengetahui yang anak saya sudah pandai berjinak-jinak dengan rokok di sekolah? Misalannya situasi begini..
“Saya dipanggil ke sekolah.. Kemudian, guru disiplin dengan nada yang serak-serak basah; Encik Zulhilmey, saya nak bagi laporan yang anak encik merokok di tandas sekolah.. Saya dapat tahu yang encik bekerja sebagai pegawai tinggi kerajaan.. Tapi, macam mana encik tak boleh nak didik anak ye?”
Ya Allah.. Dahsyat! Bagaikan seluruh bulu roma saya terlepas dari badan akibat rasa malu yang teramat sangat dicampur dengan rasa marah dan jengkel kepada si anak...
Dapatkah saya bertahan? Ataupun mungkin selepas peristiwa itu saya akan pulang lantas menampar-nampar muka si anak untuk melepas geram sebab dimalukan di sekolah tadi?? Lalu, saya sekaligus memukul isteri dengan alasan dia tidak tahu mengajar anak??? Terdidikkah anak dengan itu? Jadi baik tak keluarga selepas itu?
Persoalan berangkai yang sungguh rumit! Itu baru sebatang rokok.
Nah! Itu sebab ada seorang pakcik mengajarkan.. Saya masih ingat lagi kata-katanya.. “Ramai orang berstatus bapa, tapi sedikit sahaja yang betul-betul MAMPU bekerja sebagai bapa!” Dalam sungguh maknanya.. Dan, saya menyimpulkan sinergi ilmu dan pengalaman amat penting bagi sesiapa yang bergelar lelaki.. Ilmu sahaja tidak cukup jika tiada perkongsian pengalaman praktikal dari orang-orang lama yang ‘berjaya’..
Kenapa lelaki? Sebab kamulah ketua keluarga.. Pemegang ‘kuasa pemutus’ dalam rumah tangga!
Saya pernah bertanya dengan ibu.. “Apa akan jadi kalau kita SELALU merotan anak jika ia melakukan kesalahan?”.. Simple sahaja jawaban ibu.. “Jangan suka merotan, nanti anak akan jadi lali.”.. Ironisnya, bila saya menyelak kitab keibu-bapaan bertajuk “Mas’uliyyatul Abilmuslimi fi Tarbiyyatil Waladi” karangan Sheikh Adnan Hasan Shalih turut menyebutkan jawaban yang serupa mengikut pandangan jumhur Ulama.. Sehinggakan disebutkan, hukuman rotan mestilah dihentikan serta-merta jika si anak menyebut kalimah Allah.
Bila masa ibu menuntut dengan Sheikh Adnan Hasan?
Memang tiada.. Sebab ia berlaku akibat proses ulangan yang akhirnya dipanggil sebagai pengalaman.. Dengan namanya pengalaman, mereka-mereka menjadi jauh lebih pakar serta berpengetahuan berbanding kita yang hanya berkesempatan sekali sekala menadah kitab diwaktu senggang.
Kata orang, “Ilmu jangan diabaikan.. Pengalaman jangan dikesampingkan.”
Bila sebut tentang ilmu pula.. Sekali lagi rasa sayu dan sendu menerobos jiwa kita.. Apa tidaknya disipilin ilmu Islam dalam menggarisi proses pendidikan anak-anak semakin hari semakin dipinggirkan orang.. Bukan orang lain.. Tapi, orang islam sendiri! Teori dan konsep Barat lebih disenangi dan diterima pakai sebagai pemandu.. Bahkan, ada yang sanggup mengakui keabsahan Teori Freud!
Jadi dimana sebenarnya perdu kaki kita bertapak? Benarkah masih dengan Quran dan Sunnah?
Sedikit perkongsian,,
Rasanya saya dah menghabiskan beberapa buah buku tentang keibu-bapaan dan sampai sekarang saya belum pernah berjumpa dengan metodologi pendidikan acuan Barat yang setanding dengan Islam! Sebabnya, acuan Barat hanya menyandarkan pendidikan kepada apa yang dinamakan sebagai logika akal, prinsip nilai, dan falsafah manusiawi yang diterima zaman.. Apakah ia layak bertanding dengan uslub pendidikan Islam yang meletakkan sandaran tertinggi iaitu Allah swt?
Pasangan ibu bapa akan meletakkan Quran sebagai rujukan pendidikan hanyasanya jika ikatan CINTA mereka juga didasarkan kepada kitabullah itu!
Lihat sahajalah kalimat masyhur Luqman Al-Hakim ketika beliau menasihati anaknya dengan bait-bait ini,
“Wahai anakku! Sungguh, jika ada perbuatanmu seberat biji sawi, dan berada dalam batu di langit ataupun di bumi.. Nescaya Allah akan memberinya balasan setimpal! Ingatlah! Allah itu Maha Halus lagi Maha Teliti sifatNya.”-Luqman: 16
Tuntas, tidak ada lagi sehingga ke hari ini sejarah manusia yang boleh menandingi kemasyhuran kisah Luqman Al-Hakim dengan anaknya.. Sampaikan dipilih oleh Allah untuk diajarakan kepada sekalian manusia melalui kitab Al-Quran.. Semua proses didikan adalah disandarkan kepada Allah yang punya sifat "ABADI".. Anak merasa sekecil-kecil perbuatannya akan diawasi oleh Allah swt.. Bukan mak bapa atau orang keliling!
Inilah yang sepatutnya diajarkan dan diterapkan sebagai “fundamental basis”. Kerana, inilah jua FORMULA kita yang sebenar!
myikhwanfiideen.
Kuala Lumpur, 19 Ogos 2009.
2 comments:
Assalamualaikum..
Harap-harap apa yang Akhi bayangkan tu tak terjadi pada kita semua.InsyaALLAH.
~Formula terbaik mengikut pendidikan yang diajarkan oleh Rasulullah~
~Ajarlah anakmu untuk hidup di zamannya, bukan dizamanmu~
Ana Teringat peristiwa bertemu dengan seorang ibu yang datang ke sekolah sebab nak tahu mengenai anak perempuannya. Sedih si ibu bercerita pada ana; "anak saya tu sekarang dah pandai berbohong cikgu,saya sibuk tak sempat nak uruskan semua halnya".
Anaknya ponteng sekolah n melencong bersama "teman". Ana sekadar mendengar, kesian pada mak cik tu..bukan tak ambil berat pada anak, sanggup bercuti datang ke sekolah memantau anak.
Tapi mungkin method@pendid.awalnya tak berapa sesuai, penekanan dan penghayatan Islam amat kurang... dan persekitaran yang kurang sihat. Rasulullah sendiri dihantar ke kawasan pdlaman ketika kecil bagi menghindarkan pengaruh yang tidak baik di kota.
# cuba carikan persekitaran yang terbaik untuk anak-anak.
Wallahua'alam
Walaikumussalam wbkth..
Syukran atas komentar dan nasihat tambahan..
"Dekadensi moral" nie mmg trsgt-sgt dahsyat.. Kt x merasa sbb kt mgkn belum jd ibubapa.. Tp, bkn brmakna kt boleh pinggarkn trus prsoalan ini.. Kata org, takkan nk tgu terhantuk baru nk tengadah..
Dunia pendidikan Islam sbnrnya trsangat kaya dan subur dgn metodologi pendidikan.. karya-karya Ulama agung sprt Al-Ghazali dlm Ihya Ulumuddin mmg amat brkesan utk dijadikan modul APLIKATIF dlm mendidik.. Tp, malang dewasa ini, karya sprt itu semakin dipinggir org.. Trmasuk org yg mggubal dasar!
Persekitaran?
Ya.. Ini juga mengundang seribu satu prsoalan.. Adakah psekitaran kt masih KONDUSIF utk menghasilkn anak-anak seperti Al-Fatih, si pemimpin Agung? x usah nk debat pjg.. Buka jendela, then ckuplah tgk di keliling rumah..
Anak kt bukan Rasul.. Rasul yg boleh bangun dlm kegelapan umat lalu menyinari kejahilan dan membuka lembah kegemilangan.. Semuanya itu sbb terpimpin scr lgsg dr Allah swt..
Tapi, anak kita insan biasa.. Perlukan didikan guru dan sekitaran yg kondusif utk mmbesar menjadi insan yg boleh dilteladani.. Persoalannya.. Adakah sekitaran kt kondusif utk itu?
Saya masih trus berfikir dan berfikir..
Post a Comment