Wednesday, August 12

H1N1: 'Bertopeng' atau 'berpurdah'?

Berada dalam perut “garuda merah” ini membuatkan seketika saya teringat akan satu kata-kata Allah swt,

“Apa juga kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau dapati maka ia adalah daripada Allah, dan apa jua bencana yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri..” –Surah An-Nisaa’:79

H1N1.

Tidak ada cerita yang paling hangat dan sensasi ketika ini melainkan dialah, encik H1N1.. Betapa ramai yang ambil peduli dari yang tidak mempeduli.. Sampaikan di pelusuk kampung ‘inderagiri’ yang nun jauh di sana sekalipun, semua mengkhabarkan betapa bahaya dan dahsyatnya si encik H1N1 itu. Cerita pasal dia ada di mana-mana!

Pelbagai respon orang pasal si H1N1 ini..

Ada yang buat selamba derk.. Ada yang bimbang semacam.. Ada yang terus ke klinik minta vaksin dan sanggup membayar berapa sahaja asalkan dapat disuntik.. Ada yang berjumpa bomoh dan dukun untuk minta pendinding.. Tidak kurang juga yang berkabung di rumah 24 jam semata-mata takut terkena penangan encik H1N1 itu.

Macam-macam gaya dan respon orang.. Tetapi sayang seribu kali sayang kerana;

Tidak ramai yang mempertingkat amal dan ibadat kepada Tuhan.. Tidak ramai yang menyuluh semula kesalahan-kesalahn lampau yang mungkin pernah diperbuat dan menjadi asbab kedatangan encik yang tidak diundang itu!

Sedangkan tuntas Allah sudah merakamkan dalam Quran bahawa setiap petaka yang menimpa manusia adalah tidak lain dan tidak bukan melainkan kerana kesalahan mereka sendiri!

Sejajal-jajal manusia bila datang ancaman kematian, pasti urat mareh dia berdenyut ketakutan. Memang pun begitu.. Kenapa semua orang asyik mengata encik H1N1, tidak lain kerana dia membawa impak kematian! Perbetulkan.. Salah tue.. Bukan encik H1N1 yang menentukan kematian.. Tapi Allah swt lah yang menentukannya..

Iya.. Manusia bila melihat ancaman di depan matanya.. Dia boleh berubah sekelip mata.. Dulu, bukan main lagi membenci orang berpurdah.. Tapi sekarang dialah yang menganjurkan orang supaya “berpurdah”.. Pelikkan? Siap marahkan lagi mereka-mereka yang tidak “berpurdah”! Walaupun anjuran itu hanyalah sekadar ‘purdah di atas tapi skirt di bawah’.. Na’uzubillah!

Manusia..

Mungkin betapa Iblis laknatullah ketawa terguling-guling bila melihat senario sebegini.. ‘Purdah di atas tapi skirt di bawah’.. Alangkah hinanya manusia di depan Iblis.. Alangkah sedihnya para Nabi melihat umat yang semakin hari semakin lari dari agamanya.. Nampak pandai tapi sebenarnya jahil!

(saya tidak bermaksud untuk menghina sesiapa.. Saya hanya bermaksud untuk mengkritik sikap manusia yang sengaja menjahilkan diri!)

Saya membaca newspaper..

Perangkaan setakat 5 Ogos 2009, negara kita sudah mencatat 1460 orang POSITIF virus H1N1 dengan 9 kes kematian! Kota Kinabalu sahaja, antara bandaraya yang terjejas teruk.. 164 kes. Menjadikan seluruh penduduknya asyik bertopeng siang dan malam.. Sampaikan nak tidur pun, masih bertopeng!

Preventation better than cure! Baguslah.. Bertopeng memang sepatutnya dibuat.. Bahkan, kalau tengok kaedah ugama sekalipun.. Ia boleh jatuh wajib bertopeng! Paling mudah kita bawa hujah dalam surah Baqarah.. “Jangan lemparkan dirimu kepada kebinasaan!”

Cuma.. Apa yang perlu difikirkan ialah.. Apakah sebenarnya NIAT yang kita letakkan..?

Kita bukan ‘Kumuragan’ ataupun ‘Swee Lan’ yang bertopeng kerana semata-mata kehadiran encik H1N1 itu.. Apalah maknanya kalau setakat itu niat kita di hati? Apalah gunanya kita ‘berkorban’ merelakan muka yang manis itu ditutup separuh dari manusia kalau hanya sekadar kerana encik H1N1? Tidaklah ia menjadi ibadah kalau hanya kerana itu alasan kita..

Sebab ingatan dari Allah swt,

“Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya untuk menerima apa yang telah berlaku dengan tenang dan sabar; dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.” –Surah At-Taghaabun: 11

Terimalah dengan tenang dan sabar atas apa yang berlaku disamping kita mengkoreksi setiap diri agar apa juga tindak-tanduk kita menghadapi ancaman encik H1N1 itu terdasar sebagai ibadah.. Itulah yang dituntut oleh Allah swt.. Kerana setiap yang berlaku itu hanya dengan izinNya maka apa yng ditindak oleh kita mestilah kembali padaNya jua..

Tahniah buat wanita yang memilih purdah.. Anda sebenarnya lebih 'up-to-date' selama ini!

Maksud saya.. Kita bukannya sekadar ‘bertopeng’ di depan manusia tapi bahkan kita ‘berpurdah’ di sisi Allah swt.. Tuntas lelaki sekali-kali tidak akan mendapat ganjaran ibadah itu.. Hanya makhluk namanya wanita sahaja yang layak menerimanya!

So.. Mengapa masih bertangguh merebut ganjaran teristimewa dari Allah swt itu??


p/s-Cuaca langit tak berapa elok.. “garuda merah” asyik bergegar hinggakan tulisan saya jadi “cakar ayam”.

6 comments:

tasnim said...

Assalamualaikum...

Semoga Allah hindarkan kita semua daripada ujian/kemurkaanNYA ini..

Merujuk pada purdah, ana senang dengan pemakaian purdah akan tetapi kita perlu sentiasa ingat bahawa muka bukanlah bahagian yang wajib ditutup..ketika menunaikan ibadah haji juga dilarang muslimat menutup walau sebahagian daripada muka. Bagi yang memakainya Alhamdulillah teruskan..tapi tak boleh mewajibkan semua orang memakainya..(kecuali kes2 tertentu)

Wallahua'lam..

myikhwanfiideen said...

Walaikumussalam,,

Sdri Tasnim..

Syukran atas komentar anda.. Iya, moga kt semua trhindar dr bala/ujian ini..

Kt sm2 doa kpd Allah swt~

p/s-Isu purdah nie mmgla byk khilaf..Sy xnak menyentuh scr dlm akan itu..Semuanya ada prbhsn hujah masing2..

Apa yg sy nk kongsikn cumanya; at the moment kt 'bertopeng', why not kt x niatkn utk memakainya skaligus sbg purdah.. Mudah-mudahan pahala itu brlipat kali ganda hendaknya..

wallahu a'lam,,

Mujahidah Amar Ma'ruf Nahi Mungkar said...

slm
akhi,
ana tringin sgt nk pkai purdah ni..mmg niat dhati dah lme nk pkai..tp boleh ke kjap pkai,kjap x?mksudnye ble keadaan xssuai,kte bkk..cthnye brurusn ngn krajaan atau sudra mara yg xfhm..hmm..cnfuse..

Siti Hasunah Binti Mohammad said...

salam..alhamdulillah, apa yg nta fikirkan sama dengan apa yang ana fikir apabila pertama kali melihat manusia di sekeliling bertopeng setelah wabak H1N1 melanda hinggakan ana berdiskusi dengan adik-adik ana bahawa berpurdah itu banyak hikmahnya..:)

pergi PC Fair kene pakai purdah...banyak virus di udara...

myikhwanfiideen said...

walaikumussalam wbkth,,

Ukhti Syifa..

Sy fhm prsaan sdri. Antara KEMAHUAN dengan HAMBATAN yg sering menjelma di depan..

Dan,, soalan sdri sbnrnya dah pernah ditny oleh org lain kpd sy sblm nie.. Trus trg sy katakan, sy sbnrya masih mencari jwbn atas soalan itu..

Skdr pndpt,,

Beramallah ssuatu mengikut keupayaan dan kesanggupan diri..

Jgn memberatkan sehingga mengganggu urusan agama yg lebih aula utk dilaksanakn.. Dan, jgn pula meringankan sehingga menatijahkn kpd org lain bhw ia bukanlah benda yg 'penting'..

Wasatiah (bersederhana), itulah yg paling baik.

p/s-apapun,, kene refer org2 yg mmg dah boleh buktikn dan istiqomah dlm pemakaian purdah. Mereka lebih arif brbanding sy,, Syukran.

myikhwanfiideen said...

Walaikumussalam,,

Ukhti Hasunah..
Syukran atas komentar. Iya,, hikmah yg hnya akan dimengerti oleh manusia bilamana mengena kpd batang hidung sendiri,,

Moga kt ada kkuatan utk itu.. Ameen