Malam semakin pekat membungkus makhluk yang diulit mimpi.. Unggas dan ungka yang sejak tadi galak bergelak ketawa sudah tidak kedengaran lagi. Sudah terlelap barangkali..
Entah.. Malam ini agak susah nak tidur.. Dari tadi memaksa mata.. Tapi mata asyik berdegil untuk ditutup.. Rasanya dah berpuluh kali saya mengalih posisi badan untuk mencari keselesaan.. Mengharap si mata akan terlelap.. Namun, tidak juga berhasil.. Peristiwa petang itu tetap menghantui kepala otak saya..
“Assalamualaikum.. Eh, Elfira (bukan nama sebenar) kan?”
Adik itu senyum sahaja.. Hanya mampu mengangguk-angguk kepala.. Malu barangkali dengan penampilannya yang agak ‘comot’.. Dah namanya duduk stesen minyak.. Nasiblah tadi saya terperasan kerana tudungnya yang labuh.
“So.. sekarang nie Elfira dimana?”.. Sebenarnya pertanyaan itu ialah, ‘so sekarang nie dah tak belajar ke? Memang kerja tetap di sini?’. Berlapik..
“Saya di sini sahaja akhi.. Mak sakit.. Tak mampu nak masuk matrik..” Serius.. Ada nada getar dalam jawaban telus tadi..
“Iya...? Sejak bila lagi? Kenapa tak bagi tahu dengan abang atau akak yang ada..?”
Busy body..
Memang saya agak “busy body” kalau berdepan kisah-kisah yang penuh ranjau seperti ini.. Lebih-lebih lagilah kalau orang yang terlibat adalah mereka-mereka yang saya kenali.. Apatah lagi adik-adik yang rajin turun program yang membuatkan mereka sangat dekat dihati.
Mereka sakit, saya pun ikut sakit sekali.. Ibaratnya begitu.
Perlahan-lahan saya buka tingkap bilik.. Menyedut sepuas-puasnya bayu kampung yang segar itu.. Saya merenung jauh di depan.. Mengintip bayang si Kinabalu yang masih setia menjaga makhluk-makhluk yang sudah diulit mimpi enak-enak..
Dalam kegelapan malam yang memekat itu.. Saya berfikir seketika..
Allah SWT sangat adil dengan hambanya.. Tiada satu makhluk pun yang hidup melata di dunia ini yang tidak diadili dengan seadilnya oleh Allah.. Meskipun seorang pengemis yang datang terhencut-hencut ketika kita sibuk menyuap makanan di warung lantas dia juga menyibuk sekali dengan menadah tangan.. Itupun sudah diadili selayaknya oleh Tuhan. Kita jangan jadi makhluk yang suka mempersoalkan...
Allah tahu apa yang terbaik buat kita!
Macam adik itu tadi.. Dia mungkin lahir serba kekurangan.. Kais pagi makan tengah hari.. Kais petang tak dapat-dapat dan berlapar sepanjang malam.. Ibu pula selalu jatuh sakit.. Nak harap kasih sang ayah.. Ayah ada di mana? Dalam kubur tidak bergerak-gerak lagi.. Nak harap siapa? Adik-adik pula ramai.. Mereka merengek minta disuap.. Mereka menghentak-hentak kaki minta macam-macam..
Siapa lagi nak diharap kalau bukan kakak??
Maka.. Kakak pun galas tugas ibu.. Dan ambik tugas ayah sekali.. Siangnya bergaji di stesen minyak.. Malamnya minta upah di rumah-rumah jiran.. Tinggallah sekolah.. Tinggallah tawaran matrikulasi.. Dan.. Paling sedih.. Gelaplah potensi untuk terus kedepan. Sedangkan, dengar khabar dulu budak ini adalah best student sekolah..
Kemiskinan yang menghambat!
Tanpa sedar dan dipaksa.. Terasa ada air jernih lagi sejuk terjun dari pipi saya.. Kinabalu yang menjadi teman malam itu juga bersedih sama.. Kinabalu seperti faham apa yang berlaku.. Apa tidaknya, dia lagi lama duduk kaku disitu memerhati manusia sejak sebelum saya tiada lagi..
Angin malam terus menampar-nampar wajah saya..
Malam yang sepatutnya dihabiskan dengan memeluk bantal busuk untuk melepas rindu dengan “ketenangan kampung” setelah berminggu bosan dengan “kebisingan kota”.. Hajat tadi tak kesampaian.. Fikiran masih berkocak dengan peristiwa petang tadi.
“Nanti ikut saya isi borang bantuan kat pusat zakat.. Boleh?” Kebetulan minggu ini saya berulang-alik ke Pusat Zakat, Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri.. Nak uruskan bantuan untuk adik-adik mualaf.. So, tahulah sedikit prosedur yang boleh dibuat untuk memohon bantuan pendidikan.
Adik itu diam sahaja.. Kasut putihnya yang sudah hitam legam itu menguis-nguis tanah.. Entah apa yang bermain dalam benaknya?
“Ana bukan apa akhi.. Takut menyusahkan orang.. Mak tak bagi..” Ya Allah.. Apalah yang menyusahkannya..
“Susah apanya.. Bukan saya nak angkat kamu pegi sana.. Naik kereta then datang sana temankan isi borang je..” Saya cuba berjenaka.. Tak mahulah sedih-sedih nie..
“Cuma kena janji dengan saya.. Kalau dapat bantuan nanti, sambung belajar ye.. Bagitahu mak nanti..” Itupun sahaja yang termampu saya bantu.. Bukan membantu pun.. Hanya memberi cadangan jalan..
Mudah-mudahan dalam kesulitan ada kesenangan!
“Ok.. Terima kasih akhi.. Terima kasih..” Entah.. Kenapa tiba-tiba dia pula menangis kesedihan.. Sudah.. Part nie yang saya tak sanggup nak tengok.
“Ok.. Dah dah.. Saya nak balik nie.. Nanti lambat pula sampai kampung”. Sengaja melarikan diri.. Bukan apa.. Takut nanti airmata ini jatuh sekali.. Malu dengan pekerja stesen minyak lain yang ada di situ! Lelaki menangis? Ishx3..
Segenggam tabah!
Saya belajar sesuatu yang berharga dari peribadi adik itu.. Tabah yang digenggam dengan kedua belah telapak tangan.. Sehingga dia mampu sembunyikan segersang duka disebalik senyum tawa di muka cerianya.. Tiada siapa yang menyangka bahawa dia ada masalah sebesar gunung.. Bahkan, saya berani berkata yang tauke stesen minyak itupun tidak tahu menahu langsung perihal kesusahannya..
Itu sebab bila masalahnya dikongsi bersama, dia tak dapat menahan sedih..
Iyalah.. Siapa tak sedih.. Tika mana semua rakan-rakan dah melangkah kaki ke ‘kaki gunung’ menara gading.. Matrikulasi.. Dia pula masih tersekat di sini.. Terpaksa bekerja demi sesuap nasi untuk adik beradik yang kelaparan di rumah. Bukan senang nak menelan kepahitan semacam itu!
Tapi.. Tabahnya dia tidak meminta-minta dengan orang.. Dia tetap mencuba untuk bekerja dengan tulang kering yang ada.. Tidak mengemis di tepi jalan atau terlentang sahaja sambil menghitung nasib yang tidak sebaik orang lain..
Itulah T.A.B.A.H!
Tekad, Azam, Berani, Ampuh, Hidup!
Entah pukul berapa saya terlelap.. Tahu-tahu tangan mak dah menepuk kaki.. Dah masuk subuh katanya.
****
Pagi yang nyaman!
Usai solat subuh di surau sebelah rumah.. Saya sekali lagi membuka tingkap.. Kali ini bukan pekat malam yang menyapa.. Tapi, bunyi kicauan burung mengucap salam pagi riuh kedengaran di luar rumah..
Bunyi ungka berwirid panjang pun sudah kedengaran semula.. Dah bangun rupanya makhluk Tuhan ini!
Kinabalu mula menyerlahkan kecantikannya di pagi hari.. Pesonanya memikat para petani yang subuh-subuh lagi turun ke sawah menghalau pipit yang kedegilan. Anak-anak kecil mereka yang berlarian di atas batas, sekonyong-konyong gedebuk jatuh ke dalam tali air. Pemandangan biasa dari jendela tempat saya membesar ini!
Gambar dari jendela rumah.
Saya kegelian dari jauh..
Dulu-dulu sewaktu kecil, memang itulah rutin kami adik-beradik seharian.. Berlari atas batas dan sengaja gedebuk menjatuhkan badan ke dalam petak sawah. Seronok bermandi dengan selut! Apatah lagi kalau musim menuai.. Gedebuk jatuh ke petak, terus dighaibkan oleh padi yang tumbuh meninggi.. Lepas itu siaplah telinga dipulas oleh mak.. Manalah kami mengerti rupanya main sorok dalam padi boleh jejaskan hasil sawah nanti!
Budak-budak.. Yang ditahu, asalkan seronok bermain!
Apa yang menarik di pagi nyaman ini adalh pemandangan yang memberitahu bahawa masih wujudnya kelompok manusia yang menggenggam tabah! Menarah cita-cita dengan bekalan cekal di dada!
Inilah yang paling berharga buat saya.. Menjadi penonton dari jendela rumah..
Menonton petani yang berpagi-pagi sudah muncul di sawah.. Tanah tempat mengadu nasib sesuap nasi untuk anak isteri di rumah.. Kais pagi ini, tidak akan dapat hasilnya di petang hari.. Hasilnya perlu ditunggu 2 hingga 3 bulan lagi.. Itupun rezeki dikongsi bersama tikus dan pipit.. Tapi, kais tetap kais.. Yakinnya mereka bahawa rezeki tetap Allah akan hulurkan jua!
Anak gadis tidak ketinggalan.. Tiada istilah berbedak atau berhias di rumah macam anak gadis kota.. Setiap hari telapak kaki tetap akan menjengah juga rumput kasar di sawah.. Ibu ayah mesti dibantu.. Cukuplah semampu menarik tali ‘telinting’ (sejenis kaedah menghalau pipit) dari pondok di tengah sawah padi.. Berbaloilah untuk berkongsi rasa susah dengan ibu dan ayah..
Itupun.. Masih menjinjing buku nota untuk dibaca! Motivasi secara tidak langsung bagi mereka barangkali..
Saya pun termotivasi seketika.. Inilah seronoknya kalau balik kampung.. Allah bagi rezeki untuk berjumpa orang-orang istimewa..
Disinilah saya bermula.. Dan insya Allah janji saya, di sinilah juga nanti akhirnya saya kembali untuk memberi khidmat.
Untukmu orang-orang yang TABAH!
4 comments:
salam ya akhi..
seronok membaca tulisan akhi, penulisan yang sempoi hingga menusuk ke dalam hati..mampu menggamit keinsafan..
p/s: tak terfikir nak buat buku?
salam...
betul cakap kak sunah..
gunakanlah kelebihan yang ada untuk sentuh hati2 yang memerlukan..
ZUl...
sastera2 ana, sastera lagi enta..hauhauhauhua..
Baik enta buka Kontrak dengan Telaga Biru...atau PTS?
Ana akan bantu?
Amacam>?
walaikumussalam wbkth ukht Sunah..
Syukran.. Baru nk bljr2 utk menulis dgn RASA..
Buat buku? erm.. Jgnkn trfikir.. Tringin pun ada..
Cuma.. Bhs maci x ckup lenggok dia lg.. Masih ada 'koyak' di sana-sini.. Perlu ditampal dlu, barulah boleh berani utk menulis senaskhah buku..
p/s-syukrn cdgn.. Kalau ada partner menulis, mgkn bole dicuba.
Sdri Nurul...
"Menyentuh hati" manusia dgn tulisan mgkn bisa dibuat oleh tangan manusia..
Tp.. "Menggerakkan hati" manusia utk memperbuat apa yg ditulis, itu hanya mampu dgn kuasa Tuhan.
Akhi Syukrani..
Sudah ada offer dari PTS (shhh.. rahsia).. Cuma, mslhnya masih brgelumang dgn thesis master.. So,tiada masa utk bg tumpuan wat proposal buku..
Takpalah.. Ana tgu buku enta kuar dlu. ;)
Post a Comment