Sunday, August 30

Travelog: Bercinta demi Tuhan!

Imam Hasan Al-Banna sangat menitik beratkan ukhuwwah.. Bahkan bagi beliau, ukhuwwah adalah salah satu tunjang kekuatan Jemaah.. Tiada ukhuwwah, tiadalah kesatuan,, tiada kesatuan maka tiadalah kekuatan.. Dan, jemaah yang tidak punya kekuatan bisakah beroleh akan kemenangan?

Ketika Imam Al-Banna mendatangi suatu tempat.. Darul Jama’iyyah yang beratus kilometer jauhnya.. Dikisahkan tubuh sang imam ini sangat asing kepada tempat itu kerana beliau tidak pernah lagi membuat kunjungan sebelum ini.. Tetapi yang indahnya ialah, meskipun begitu nama dan peribadi Imam Al-Banna sudah mekar meniti dibibir-bibir mereka yang mencintai jalan dakwah dan mujahadah..

Makrifat cinta yang ditaut oleh akidah yang sorih!

Shiekh ‘Abbas As Sissi adalah kader Ikhwan yang baru berusia 17 tahun ketika itu menceritakan;

“Ketika al-mursyid (Imam Hassan Al-Banna) turun dari keretapi.. Kami berebut-rebut untuk mencium tangannya.. Tapi beliau melarang sama sekali.. Kemudian kami berjalan kaki bersamanya ke Darul Jama’iyyah.. Dan setelah tiba di sana, beliau melihat gambarnya diletakkan di atas podium tempat beliau akan membuat pengucapan umum..

Al-Imam menepuk bahu saya.. “Gambar siapakah itu?”.. Lalu saya menjawab dengan rasa hairan.. “Bukankah itu gambar Hassan Al-Banna??”.. Lantas beliau berkata, “Jika Hasan Al-Banna sudah datang ke sini,, apakah perlu lagi gambar itu? Pergilah turunkannya..”.

Itulah komunikasi pertama saya dengan al-Imam.. Sungguh perkenalan pertama itu sangat berbekas kepada hati saya.. Itulah juga pelajaran pertamaku darinya akan dakwah dan tarbiyah!”

Subhanallah.. Ziarah julung al-Imam yang disambut dengan penuh kecintaan dan degupan kasih dari para ahli Ikhwan.

Mereka menyanjungnya bukan atas dasar beliau adalah pemimpin yang mendambakan keagungan dan kemasyhuran duniawi.. Bukan juga kerana al-Imam itu punya harta yang boleh ditagih dan dibolot jika ketiadaanya.. Tapi demi Allah ‘azza wajaalla! Mereka mencintai dan mengasihi al-Imam sebagaimana mereka melayan sahabat-sahabat lain kerana itulah tuntutan jalan dakwah!

Renung sahajalah ucapan penutup pertemuan hari itu oleh al-Mursyid, Imam Hasan Al-Banna;

“Janganlah kamu sangka aku datang ke sini untuk mengajarkan Islam kepadamu,, kerana negeri kamu adalah lebih dulu menerima Islam. Jangan pula kamu sangka aku hadir di sini untuk mengajarkan apa itu halal ataupun haram,, kerana negeri kamu kaya dengan para ‘alim. Dan sesungguhnya binatang itu sekalipun kenal apa haram dan apa yang halal!

Tidak keterlaluan untuk aku ambil seekor kucing sebagai analogi mudah;

Seekor kucing datang menghampiri seorang dari kamu,, lalu dikalangan kamu yang bermurah hati memberinya sekeping roti.. Kucing itu pasti memakannya dengan aman dan tenteram.. Sebaliknya, jika kamu enggan memberikannya roti.. Lantas ia akan mencuri roti dari kamu lalu ia berlari menjauhkan diri dalam keadaan yang takut. Takut kerana ia mendapati roti itu secara “HARAM”.. Berbeza dengan kes yang pertama, iaitu roti yang diberikan kepadanya secara “HALAL”.

Kalaulah kucing yang tidak berakal itu sedar dan tahu apa itu halal dan haram, apatah lagi manusia yang berakal dan punya naluri perasaan?

Maka, atas sebab itulah kehadiran ku di sini.. Mengajak manusia untuk sama-sama kita mempraktiskan serta menghayati Islam dalam setiap segi kehidupan!”

***

Firman Allah swt:

“Muhammad itu utusan Allah. Dan orang-orang yang bersamanya adalah bersikap TEGAS kepada orang-orang yang engkar, tetapi BERKASIH-SAYANG sesama mukmin. Kamu melihat mereka rukuk dan sujud mencari kurnia Allah dan keredhaanNya...”—Al-Fath: 29

Mahabbah dan ukhuwwah, dua benda yang tidak boleh dipisahkan dari seorang mukmin kepada seorang mukmin yang lain.. Ia adalah bunga-bunga yang mekar di dahan serta ranting-manting akhlak.. Dahan akhlak yang terjulur keluar dari pepohon amal yang terdasar dengan akar iman..

Seorang mukmin amat dituntut untuk menyuburkan bunga mahabbah ini agar ia tidak layu dek terik mentari sepanjang berjalan di dunia perjuangan.. Siapa yang tidak arif dengan dunia ini?? Adakalanya mentari memancar terik yang bersangatan.. Adakalanya pula hujan renyai-renyai yang memuram durjakan setiap orang.. Cuaca yang tidak menentu!

Tapi, cuaca itu bukan sandaran untuk kita tidak bermahabbah lagi.. Bukan juga alasan untuk kita menanggapi bahawa ukhuwwah itu suatu yang retorik.. Bukankah bunga mahabbah dan ukhuwwah itu asal mulanya adalah dari akar iman? Demikianlah jika kita memperlekeh keduanya itu samalah juga kita memperlekeh akan iman..

Apakah kita sanggup punya iman yang ‘selekeh’?

***

Alhamdulillah.. Hari ini perdu kaki saya telah diberikan kekuatan oleh Allah swt untuk melunasi ‘hutang jemputan’ dari sahabat-sahabat yang bermastautin di bumi timur Malaysia.. Khasnya bumi penyu, Terengganu Darul Iman. Negeri yang penuh dengan limpah keimanan.. Ameen.

Bercinta demi Tuhan!

Moga kunjungan ‘curi’ diwaktu senggang ini bukan sekadar dapat melunasi ‘hutang jemputan’, tapi harapnya juga dapat menyubur dan mengetatkan lagi ikatan mahabbah dan cinta yang didasarkan pada Allah yang maha Kasih serta maha Penyayang. Inilah juga sunnah para Anbiya, iaitu menghidupkan amal ziarah sesama makhluk yang bernama insan. Melalui ziarah ke rumah lah kita dapat ‘bertaaruf khususi’ dengan sahabat yang selama ini menjadi peneman setia di jalan perjuangan.

Taaruf, tafahum, dan takaful.. Itulah rukun cinta kita!

Ya.. Betullah tekaan yang selalu melantun-lantun di benak hati saya.. Sahabat-sahabat yang tekun menghunjam sujud Qiamullail di kala dinihari malam pastinya lahir dari rumah yang penduduknya juga rajin membangunkan malam! Itu hukum kelaziman. Dan, memang saya menyaksikan sendiri.. Opah, tok wan, abah, ummi, pak su, mak su, dan segala gelar kepada isi rumah yang ada tidak ketinggalan untuk membangunkan malam-malam mereka dengan rintih tangisan mengharap setitis redha Rabbul ‘Izzati.

Sekadar mahu mengadaptasi kata sang guru tadi; “Saya datang bukan nak mengajar.. Saya juga datang bukan nak memberitahu.. Kerana negeri kamu lebih kaya dengan ilmu dan ulama.. Tapi, saya datang untuk berkongsi kasih dan belajar untuk mempraktiskan Islam dalam diri, keluarga, masyarakat dan seterusnya untuk watan kita yang tercinta ini.”

Oh sahabatku! Terimalah cinta ini demi Tuhan!

Salam Ramadhan al-Mubarak dari bumi penyu..

myikhwanfiideen

9 Ramadhan, Negeri Darul Iman.

3 comments:

LegendZ said...

salam ukhuwah buat sahabat yang berada di bumi penyu dari sahabat di bumi hang tuah ..

panod said...

Salam pantai barat ke pantai timur..
wah...
gambar mahal ni akhi..
xnk bwk lek ke penyu tu?
hehe...

myikhwanfiideen said...

Mr Aizatt;

Salam ukhuwwah kembali.. nantikan siri travelog y seterusnya.. "Bumi jasa Hang Tuah"

Bro Panod;

Bkn gamba nie.. Lukisan 3D.. :)

Nak bawa gak.. Tp, bkn penyu yg nie lah.. Penyu lain..