Saturday, January 30

Belajar sesuatu...


-Dari kiri: Asyraf, Ewan, Syahirah, Luqman dan Syafiq.-

“Ke garisan.. Sedia,, Pretttt!”. Lantas, kempat-empat ‘askar’ kecil memecut laju. Cuma Ewan (berbaju oren) sahaja yang tak memecut langsung.. Kaku di garisan.

“Ewan. Apesal tak lari?”. Saya bertanya pendek. Sambil mengusap-usap kepala ‘botaknya’.

“Kenapa kena lari?”. Woit. Pelik juga soalan ni..

“Kan ni lumba lari..? Mestilah kena lari..”. Ewan diam. Angguk pun tidak. Geleng kepala pun tidak.. Saya ‘blurr’. Faham ke buat-buat tak faham?

“Ok.. Jom kita lumba semula ye.. Tadi tak ‘aci’.. Ewan tertinggal.. Mari..”. Saya mengarahkan empat orang ‘askar’ kecil yang baru pulang dari garisan penamat. Termengah-mengah..

“Ewan tak nak..”. Keluh Ewan dengan muka sugul.

“Ewan tak nak lumba lagi..”

“Ewan.. Kenapa ni? Jomlah.. Tak bestlah Ewan tak ikut..”. Syahirah memujuk sepupunya.

“Ewan tak suka.. Ewan kecik. Mestilah kalah..”. Hoho. Nak menang rupanya.. Budak kecil macam Ewan pun ada perasaan ‘kecik hati’. Saya geli hati.. Asyraf senyum.

“Haa.. Macam mana ni? Macam mana nak bagi Ewan menang kali ini..?”. Saya sengaja bertanya dengan empat orang ‘askar’ tadi. Kata orang, ‘ngetest’ je.

“Oh. Macam ni.. Macam ni.. Ewan lari dulu lepas tu kami semua ikut kat belakang..”. Cadangan ‘ikhlas’ dari Syahirah.. Tiga orang ‘askar’ lagi mengangguk patuh.

Saya biarkan mereka dengan ‘style’ lumba lari baru.. Si Ewan dengan wajah gembiranya berlari di depan dan empat orang lagi ‘askar’ menyusul ‘patuh’ di belakang.. Tak potong pun sampai ke garisan penamat!

Hati rasa disentuh seketika...

Anak-anak riang sekecil mereka kadang-kadang lebih faham makna ukhuwwah.. Lebih “BIJAK MENYUSUN RANTING UKHUWWAH” supaya jangan patah lalu kita semua bila-bila masa akan menjadi punah. Hilang kekuatan dan hilang taring upaya!

Jangankan memenangkan pendapat orang lain, meraikan pendapat sekalipun sukar untuk diterjemahkan oleh orang besar. Saya masih berfikir.. Susah sangat ke? Mungkin.. Tapi, mungkin TIDAK bagi mereka yang ‘berjiwa koloboratif’ seperti Syahirah. Win-win situation!

Kita jangan.. Jadilah seperti anak-anak kecil. Belajar untuk meraikan orang lain!

No comments: