Wednesday, January 13

"GRAND DESIGN"??

Subhanallah!!

Maha suci Allah SWT yang masih memberikan peluang pada tangan yang ‘kurus’ ini untuk terus mengetip papan keyboard.. Walaupun semakin hari masa terasa tidak kecukupan.. 24 jam itu terlalu singkat dan jarum masa yang berputar terasa sangat laju. Petanda kesibukan yang semakin ‘menggigit’!.

Sering saja saya ditinggalkan ke belakang..

Beberapa hari lepas saya mengendalikan suatu mesyuarat tertutup untuk membincangkan beberapa perincian tentang hala-tuju GAMIS (Gabungan Mahasiswa Islam) Negeri Johor. Banyak perkara yang sempat didiskusikan termasuklah perangkaan “GRAND DESIGN” yang baharu untuk sesi kepimpinan 2010.

Ada beberapa perkara yang saya sebutkan kepada rakan-rakan mahasiswa..

Bila sebut Grand Design.. Mana-mana pun pertubuhan ataupun Parti Politik di dunia ini, mereka pasti ada grand-design yang tersendiri.. Grand-design inilah yang menjadi rujukan untuk setiap aktiviti dan perjalanan keseluruhan organisasi untuk mencapai matlamat yang ingin dituju.

Gambar Hiasan.. -"Peristiwa di hujung Jari"-

Bahkan! Kadang-kala grand-design ini ‘dilakonkan’, seolah-seolah peristiwa yang berlaku itu adalah secara kebetulan.. Walhal semuanya sudah dirancang! Kronologi-kronologi tadi sudah disiapkan dalam bentuk ‘skrip drama’ yang akan ditonton oleh masyarakat luar yang tidak tahu apa-apa.. Masyarakat melihatnya sebagai peristiwa tapi sebenarnya itu hanyalah lakonan drama!

Di peringkat dunia..

Umpamanya sahaja, peristiwa cold war iaitu Perang Dingin yang berlaku antara Amerika dengan USSR ketika suatu masa dahulu yang kini terpecah dan memebntuk Russia.. Bukankah semuanya ini dicaturkan dan dilakonkan..? Tujuannya untuk menjadikan dunia hanya dikuasai oleh satu kuasa sahaja.. Kuasa Unipolar dan bukannya Bipolar! Semua ini terkandung dalam satu Grand Design yang lengkap dan cukup detail.

Itu di peringkat dunia.. Di peringkat negara kita pula macam-mana?

Ya.. Masih lagi menggunakan grand-design. Tapi, amat malang sekali kerana grand design yang dirangka bertujuan untuk menyelamatkan ‘mereka-mereka’ yang amat tamakkan kuasa! Termasuklah peristiwa 13 Mei.. Peristiwa berdarah yang sanggup melihat anak bangsa sendiri menumpahkan darah.. Itulah kehendak “pengarah skrip drama” ketika itu!

Era 1998..

Saya masih ingat tahun ini.. Tahun di mana saya akan dihantar oleh ayah ke sekolah berasrama penuh.. Tahun perpisahan dengan ibu yang mengandungkan saya.. Dan, ironinya tahun inilah juga ayah bercerita tentang perlucutan jawatan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri Malaysia atas perlakuan seks diluar tabi’i!

Dan selepas itu.. Tiba-tiba berlaku defisit ekonomi negara.. Inflasi melambung tinggi.. Sehingga memaksa kerjaan utnuk mengumumkan krisis ekonomi negara yang amat teruk sekali!

Apa yang berlaku?

Semua mata masyarakat dan kamera lensa media yang meneropong isu Datuk Seri Anwar sedikit sebanyak berkalih secara spontan kepada isu yang baru iaitu KRISIS EKONOMI negara.. Tambah pula fail ‘Grand design’ yang bertajuk Krisis Ekonomi Negara itu telah meletakkan pelakonnya sebagai hero yang akan memulihkan ekonomi negara tanpa meminjam kepada Bank Dunia (IMF). Spontan mulut rakyat mengatakan “Hebat!”—Sebenarnya “pengarah” yang hebat..

Hari ini fail Grand design dibuka semula..

Isu enjin jet bukanlah isu yang termasuk dalam ‘skrip drama’.. Juga tiada dalam grand design yang direncana.. Tapi, isu ini adalah isu yang memang benar-benar pecah dan tidak disangka-sangka akan boleh terdedah kepada masyarakat umum.. Maka untuk mengatasinya, fail grand design dibuka semual.. Dengan tajuk yang lain.. Iaitu Kalimah Allah!

Saya tak pasti yang mana satu lebih terdahulu keluar.. Isu enjin jet atau isu kalimah Allah.. Cuma yang pasti, pengarah koordinasi kepada grand design kali ini bijak menggunakan isu yang sedia ada untuk melengkapkan skrip ceritanya.. Tahniah untuk anda!

Cuma.. Cuma.. Saya ingin memperingatkan anda..

Jangan terlalu memperkuda isu agama untuk menjadikan jalan cerita anda benar-benar complete dan seterusnya menyelamatkan sang penyangak harta negara untuk terus bermaharaja-lela!

Jangan membangkitkan perkauman dan prejudis agama semata-mata untuk menyelamatkan dua-tiga orang berbanding jutaan penduduk negara yang ada!

Jangan sampai mereka-mereka yang tidak bersalah menjadi ‘pelakon’ yang akhirnya sampai suatu masa terpaksa menumpahkan darah semata-mata untuk menjadikan ‘skrip drama’ anda benar-benar sempurna jalan ceritanya!—Tolong ingat akan amaran saya.

Isu kalimah Allah..

Siapa yang tidak mahu kalimah Allah ‘disucikan’ oleh segenap manusia dimuka bumi ini? Semua Muslim yang baik pasti mahu kalimah Allah tidak dikaitkan dari mana-mana unsur yang menyengutukannya.. Baik ia unsur ‘Duality’, ‘Trinity’, ataupun apa sahaja.. Allah punyai zat yang maha Esa!

Tapi.. Sedarkah kita? Berapa ramai umat Islam sekarang ini yang menyengutukan Allah SWT dalam keadaan SEDAR mahupun buat-buat LUPA?? Mengabdikan diri pada sesuatu ‘ilah’ sehingga satu tahap meletakkannya sama taraf dengan Allah ‘azza wajalla bahkan kadang kala lebih tinggi lagi! Nauzubillah.. Tapi, kita tak pernah kisah bukan?

Ada satu orang sahabat yang mengikut saya balik ke Sabah 5 tahun lepas.. Ketika kami berjalan-jalan;

“Uiii.. Banyaknya gereja... Dahsyat!”—Ini lontaran kata-katanya.. Mungkin bimbang dengan pemandangan ‘banyaknya’ gereja itu.. Dia melihat itu suatu ‘ancaman’ barangkali.

Kemudian.. Saya diberi peluang 2 tahun lepas untuk mengikutnya balik ke kampung.. Berbalas kunjungan. Ketika kami berjalan-jalan;

“Uiii.. Banyaknya masjid. Tapi, tiang lagi banyak dari orang. Dahsyat!”—Entah, automatik terlontar dari mulut saya.. Dia tergamam. Mungkin otaknya mengimbas kata-kata yang pernah dilontarkannya beberapa tahun lepas.

Alhamdulillah.. Dia bermuhasabah dan saya juga bermuhasabah..

Begitulah.. Jangan minta agama lain bermuhasabah tanpa kita juga sebagai umat Islam tidak bermuhasabah.. Mengkoreksi diri sendiri.. Benarkah yang berlaku itu benar-benar sebagai ancaman? Apakah ancaman yang paling DAHSYAT.. Merekakah atau umat kita sendiri yang sebenarnya mengancam??

Wallahu a’lam.

No comments: