Sunday, January 24

Retreat PASTI.

.. RM 10 untuk PASTI..

1. Saya berkampung di Batu Pahat untuk progran retreat PASTI Negeri Johor. Tampaknya dalam keadaan demam saya masih berpeluang 'cuti-cuti Malaysia' yang pastinya dipadatkan dengan pelbagai hidangan diskusi dan pengalaman yang mengujakan. Itupun saya masih gentar dan kurang yakin.

2. Sekali-sekala tidak salah untuk memaksa diri.. Paksa diri anda untuk membuat lontaran idea dan wacana minda walaupun diri terasa amat kerdil. Apatah lagi bila dikeliling insan-insan yang cukup hebat mujahadahnya dalam perjuangan.

3. Saya banyak belajar. Terjumpa Cikgu Sarah iaitu Penasihat MGP (Majlis Guru Pasti) seluruh Johor. Beliau sungguh baik.. Penyayangnya lagak sifat ibu saya. Terima kasih ‘ummi’ Sarah yang banyak mengajar sepanjang pertemuan ini. Saya belajar ABC dan D!

4. PASTI, sudah pasti ia mesti lebih baik dari mana-mana pusat asuhan anak-anak yang ada. Tapi, hakikatnya masih banyak yang perlu diperbaiki. Terutamanya sistem pengurusan pembekalan yang masih bermasalah. Alternatif perlu dicari. Mungkin boleh belajar dari sistem pengurusan ‘TOYOTA’.

5. Duit juga menjadi salah satu isu. Benarlah kata seorang rakan, “Duit bukan segala-galanya.. Tapi, segala-galanya perlu duit.. Saya tambah; iya, kecuali mati!”. Hakikatnya, masalah seperti kewangan inilah yang menjadikan kita kuat. Allah menapis ramai pendokong agama di sini!

6. Guru adalah entiti yang terpenting dalam proses pendidikan. Tidak boleh dinafikan yang ini! Bukan hanya bunyi mulutnya, bahkan gerak tari dan lenggok pusingnya semua akan dinilai dan diikuti oleh anak murid. Itulah guru.. Guru bukan hanya mengajar tapi guru juga mendidik. Mengajar tidak semestinya sudah mendidik!

7. Tiba-tiba saya takut.. Dan, saya rasa anda pun perlu takut. Betapa ‘canggih’ silibus yang dipraktiskan di peringkat asuhan anak-anak tetapi ia tidak berlaku kesinambungan. Akhirnya nanti mereka dicorakkan dengan ‘warna-warni’ yang menakutkan apabila melangkah ke sekolah rendah dan kemudian menengah. Beranilah untuk takut!

8. Perbahasan masih diteruskan.. Pengerusi PASTI negeri masih tidak berpuas hati dengan presentation kami. Ada kumpulan yang masih termangu-mangu. SWOT masih tak lengkap. Pelan strategik masih goyah. Time-line tak sesuai.. Pesan saya, anda belajarlah kesemua ini kerana sampai bila pun ia tetap akan digunakan!

9. Saya dilantik sebagai Ketua Kumpulan 2. Entah kenapa saya kaget malam ini? Bukan kerana tiada ilmu. Bukan kerana tidak mengerti. Saya cuak membentang didepan insan-insan yang saya kasihi. Yang saya segani. Bonda Sarah contohnya yang sudah 30 tahun hidupnya diinfakkan untuk PASTI. Mereka kaya dengan keikhlasan. Mereka kaya dengan kesungguhan. Saya? Hanya anak muda yang penuh dengan idealisme dan semangat baran. Orang muda...

10. Ucapan penangguhan sudah kedengaran dari Encik Faizul. Pembentangan setakat ini sahaja. Tugasan untuk esok ialah menyempurnakan takwim PASTI Negeri Johor. Sebelum keluar, Ummi Sarah berbisik dengan saya.. “Duduk Johor terus.. Nak? Boleh belajar lebih lagi dalam PASTI”. Saya tersenyum seorang.

11. Masa untuk ‘ibadah senyap’. Kami pohon doa anda!

No comments: