Friday, January 1

espitimology.

Ingatan dari Allah SWT:

“Dan boleh jadi kamu BENCI kepada sesuatu padahal ia BAIK bagi kamu dan boleh jadi kamu SUKA kepada sesuatu padahal ia BURUK bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.”—Al-Baqarah 216

Dalam kembarasanghamba ini, adakalanya kita merasa kecewa.. Kecewa sekali! Barangkali, ada sesuatu yang hilang dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai, kenyataan yang tidak sesuai harapan.. Akhirnya, angan tadi berpusuan lari meninggalkan citra diri. Ahhhh… Sungguh, semua itu telah menghadirkan ketidak-puasan yang begitu menggelora dalam jiwa!

Dan sungguh! Sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran.. Masih punyai KEKUATAN untuk terus ISTIQAMAH melangkahkan kaki menuju majlis-majlis Ta’alim, majlis-majlis Usrah yang akan membawa kepada ketenteraman jiwa. Alhamdulillah, beruntunglah manusia-manusia yang begini!

Saudara,

Hidup ini ibarat belantara.. Tempat kita memburu pelbagai keinginan.. Dan memang manusia diciptakan untuk berkehendak, serta pasti ada keinginan.. Tetapi, ingatlah bahawa tidak setiap yang kita inginkan boleh terbukti, tidak setiap yang kita inginkan dapat tercapai! Maka, tidak sepatutnya kita MENANGISI apa yang bukan menjadi hak milik kita! Kerana, hakikatnya tidak semua janji dalam kehidupan ini : harus berjaya, harus bahagia atau harus-harus yang lain!

Betapa,

Ramai orang yang BERJAYA.. Tetapi lupa bahawa hakikat kejayaan itu adalah anugerah Allah SWT.. Lantas ia menyombong diri dan bertindak sewenang-wenangnya.. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan benar. Padahal ‘dimensi tauhid’ dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang “BUKAN HAK KITA”! Sebabnya ia milik orang lain..

Apa yang memang sudah dijanjikan buat kita di Luh Mahfuz Allah, sama-ada ianya berupa rezeki, mahupun jodoh, ataupun kedudukan, pasti semuanya itu Allah SWT akan lunaskan.. Allah tidak pernah memungkiri janjiNya! Tetapi ingat.. Apa yang memang bukan milik kita, ia tidak akan dapat kita miliki.. Meskipun ia nyaris menghampiri kita ataupun kita yang bermati-matian mengejarnya...

Kadang,

Tanpa sedar kita seperti ‘memberi arahan’ kepada Allah SWT tentang sesuatu yang kita pingin.. Yang kita citakan.. Bukannya meminta yang terbaik dalam istikharah kita.. Tetapi, lantas benar-benar seperti ‘mengarah’ Allah ‘azza wajalla!

“Semestinya ‘itu’ ya Allah.. Mesti ‘itu’! Kerana aku sangat memerlukannya...”—Rintih tangis yang seakan kitalah penentu segalanya. Kita meminta dengan paksa! Dan akhirnya, walaupun Allah SWT memberikannya tetapi hakikat tidak semestinya itu yang terbaik buat kita! Kerana.. Boleh jadi Allah tidak menghulurkannya dengan kelembutan, tetapi melemparkannya dengan ‘marah’ asbab cara pinta kita yang sudah ‘tercemar’!

(Baca lebih lanjut entry saya yang terdahulu [link].)

Duhai jiwa yang masih bergundah-gulana.. Dengarkan ini sekali lagi ingatan dari Allah:

“Dan boleh jadi kamu BENCI kepada sesuatu padahal ia BAIK bagi kamu dan boleh jadi kamu SUKA kepada sesuatu padahal ia BURUK bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.”—Al-Baqarah 216

Ayuh! Sudah-sudahlah.. Usah ditangisi apa yang bukan milik kita.. Jangan berhanyutan dalam nestapa jiwa berpanjangan.. Tuntas, masih banyak kerja-kerja Islami yang perlu dilangsaikan.. Takbir!!

Allahu Akbar!

1 comment:

annisaNazifa said...

“Dan boleh jadi kamu BENCI kepada sesuatu padahal ia BAIK bagi kamu dan boleh jadi kamu SUKA kepada sesuatu padahal ia BURUK bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.”—Al-Baqarah 216

Hidup ini adalah percaturan, dan percaturnya tidak lain adalah kita..cuma fahami dan redhai..tidak semua percaturan itu milik kita...kerana Allah lebih tahu yang terbaik