Sunday, January 3

masih prejudis?

Firman Allah SWT:

“Wahai manusia, sesungguhnya kami jadikan kamu dari lelaki dan perempuan, dan kami jadikan kamu bersuku-suku dan berbangsa-bangsa supaya kamu berkenal-kenalan.. Sungguh! Orang yang paling mulia di kalangan kamu ialah orang yang Bertaqwa!”—Quran..

"Kita bukan prejudis!". Mungkin itu bicara dua bayi di atas.

Maaf. Tak berniat untuk ‘menusuk’ soalan seumpama ini kepada saudara/i pengunjung laman sesawang ini.. Sekadar lontarkan ia sebagai wacana minda.. Teka-teki yang mungkin anda atau saya ada jawabannya.. Pasti!

Masih prejudis??

Maaf sekali lagi.. Sebelum pergi lebih jauh lagi berwajaran untuk kita lihat seimbas, prejudis yang macam mana sebenarnya? Barangkali saya ada tanggapan kendiri tentang prejudis yang bagaimana? Begitu juga saudara/i.. Pasti ada teropongan makna yang tersendiri lain dari apa yang saya fikirkan.. Bahkan, kemungkinan juga lain dari apa yang ‘kita’ maksudkan. Itu sudah pasti!

“A prejudice is a preconceived belief, opinion, or judgment toward a group of people or a single person because of race, social class, gender, ethnicity, sexual orientation, age, disability, political beliefs , religion, line of work or other personal characteristics.”—Wikipedia.

Prejudis kepartian? Prejudis perkauman? Prejudis kenegerian? Prejudis agama? Prejudis gender? Prejudis antara “jemaah”? Dan.. Pelbagai definisi lagi!

“Seorang perempuan India (beragama Hindu) sanggup berhujan keluar dari rumah untuk mengambil pakaian jiran sebelah rumah yang berbangsa Melayu (beragama Islam) kerana bimbang pakaian jirannya akan basah.. Pakaian jiran dulu barulah pakaian sendiri!”—Kita masih perlu prejudis?

Prejudis perkauman!

“Kita dipecahkan secara geografi oleh koloni kepada negara.. Kemudian terpecah lagi kepada agama.. Kemudian terpecah lagi kepada ideologi.. Kemudian terpecah lagi kepada beberapa jemaah.. Kemudian terpecah lagi kepada beberapa kelompok seperti buih-buih di lautan..”—Kita masih perlu prejudis??

Prejudis sesama “jemaah”!-opps.. topik yang panas.

Banyak lagi pengalaman yang menepuk kepala sendiri.. Dan, tak perlu nak dikongsi semua kerana semua ada pengalaman masing-masing. Atau bayangan yang memanggil kembali rasa manusiawi dalam diri..

-Sampai bila mahu 'gadoh'??-

Semalam sempat menonton teater ‘Gadoh’.. Kisah nyata yang tersembunyi disebalik 'senyum' ahli-ahli politik.. Hakikatnya, Prejudisme lah yang menjadi punca sengketa.. Api perkauman yang masih tak kunjung malap sehingga kini.. Bak api dalam sekam! Selesai dalam cerita ‘Gadoh’, tapi belum tentu selesai dalam masyarakat kita.. Sebab, masih ramai yang prejudis!

Firman Allah SWT:

“Dan janganlah kamu BERBAHAS dengan Ahli Kitab melainkan dengan cara yang terbaik... Dan katakanlah: “Kami beriman kepada (Quran) yang diturunkan kepada kami dan kepada (Taurat dan Injil) yang diturunkan kepada kamu. Dan Tuhan kami, juga Tuhan kamu, adalah SATU. Dan kepadanyalah kami patuh serta berserah diri.” Al-Ankabut : 46

Masih prejudis?

Buang prejudis! Ambil jalan penyatuan.. Cari ‘satu’ titik pertemuan.. Pandang mereka sebagai MANUSIA yang punya hak untuk hidup! Juga sebagai ‘objek dakwah’ yang WAJIB untuk didekati!

No comments: