Monday, January 25

Segenggam Fikrah. (siri 1)


Mustahilkah bertaut atas Fikrah yang satu?

“Bang, minggu nie i nak ajak abang pergi supermarket..”. Zara (bukan nama sebenar) memancing suaminya yang sedang khusyuk membaca buku.

“Bang.. oo bang.. isk. I macam cakap dengan dinding je..”. Dengus Zara.

Hilmi (bukan nama sebenar) senyum. Buku dilipat perlahan. Cermin mata dibuka dan kemudian diletak di atas meja ruang tamu.

“Hmm.. Sayang, i bukan tak dengar .. Cuma, minggu nie kan i ada program. Program dengan anak-anak yatim kat hujung bandar tue. Takkan dah lupa kot.”. Hilmi pandang wajah isterinya. Sudah 5 tahun mereka bergelar suami-isteri. Hakikatnya, masih banyak perangai isterinya yang dia tak faham hingga kini.

“Asyik-asyik program..”. Bebel Zara.

“i dah tua sayang. Tak dengar ape yang you cakap.”. Hilmi saja buat-buat tak dengar.

“Takde.. Abang tue. Hujung minggu je program. Kalau jadi jutawan dengan program tu takpelah juga. Ini tidak. Keluar duit adelah..”. Zara dah tak tahan petang tue. Terasa nak luah segalanya.

Hilmi tersentak. Tak sangka isterinya berani bersuara sebegitu rupa.

“Zara, apa yang you cakap nie?”. Keras suara Hilmi.

“Bang, dah 5 tahun kita kahwin. Anak pun dah dua orang. Tapi, abang tue macam tak serius. Tak pernah nampak bersungguh pun nak bagi kebahagiaan.”. Serentak dengan itu Zara menangis tersedu-sedan.

“Astaghfirullah al-‘aziim. Kenapa dengan you ni?”

“Abang jangan tanya Zara kenape.. Abang fikirlah sendiri. Setiap minggu abang pergi program. Abang tak pernah kisah Zara ngan anak-anak. Jangan kata nak pergi melancong sama-sama, nak pergi supermarket pun selalu tak sempat. Program program program!”

“Kalau macam nilah.. Baik Zara...”

“Zara! Jaga sikit mulut you tu. Jangan cakap yang bukan-bukan lagi.”. Hilmi memberi amaran. Pantas Hilmi tinggalkan isterinya sendirian di ruang tamu. Keluar mencari kedamaian. Ya Rabbul ‘izzati..

***

5 tahun dulu.

“Ummi.. Hilmi taknalah dengan budak tu. Hilmi tak berkenan..”. Bulat mata Ummi Khursiyyah dengan kata-kata anaknya, Hilmi.

“Eh, apa masalahnya dengan Zara tue. Pakaiannya ada ciri muslimah.. Bertudung labuh.. Siswazah luar negara.. Lagi pula, wajahnya ayu. Ada ciri keibuan.. Apa lagi yang tiada.. Semua ada.”

“Itu Hilmi tahu ummi.. Tapi..”. Macam mana nak terangkan?

“Tapi apa lagi nak.. Kamu ni kan.. Jangan memilih sangat.”.

“Ummi.. Jiwa kami lain.. Fikrah kami tak sama.. Cita-cita kami berbeza. Takut-takut hujung perkahwinan nanti ada masalah ummi.”

“Hilmi.. Ummi ni dah tua. Kepingin sangat tengok menantu ummi. Kamu nak suruh ummi tunggu sampai bila?”. Hilmi terdiam. Tak sampai hati nak menolak keinginan ibunya yang tersayang.

“Ikut ummilah. Kalau itu yang ummi rasa ok. Hilmi ikut je.” Ummi Khursiyyah tersenyum lebar.

Oh ummi!

Kalaulah ummi masih hidup.. Ummi tahulah apa yang berlaku sekarang. Zara menantu ummi nak menuntut kebahagiaan. Hilmi dah bagi kebahagiaan atas perspektif Hilmi. Kebahagiaan bagi Hilmi, bahagia dengan erti kata hidup mesti memberi.. Berilah sebanyak-banyaknya dan bukan kepingin menerima sebanyak-banyaknya.

Tapi ummi, Zara lain. Sudah 5 tahun kami bersama.. Zara terasa rugi jika masa dihabiskan dengan orang lain. Zara tak terasa pentingnya hidup memberi pada orang lain. Zara tak faham cita-cita hilmi. Zara tak faham jiwa Hilmi. Zara tak faham hala-tuju Ummah ini. Tuntas, fikrah kami tak bersatu ummi!

***

Empat pasang mata memerhati.

“Tujuan Hilmi datang ke sini sebab nak bincang masalah Hilmi dengan Zara tempoh hari.”. Berat rasanya untuk berkata.

“Kalau boleh, biarlah hari ini kita dapat keputusan. Especially dari Zara sendiri.”

Datuk Johari menarik nafas. Datin Saloma memeluk Zara Fatin Nabila sejak dari tadi. Tertunggu-tunggu kata dari anak tunggal mereka ini.

“Selagi abang tak berhenti berprogram ke sana ke mari selagi itulah Zara tak nak balik rumah.”

“Zara.. Itu yang you nak dari abang ke? You nak abang berhenti buat program?”

“Ya.. Zara nak abang tinggalkan kerja-kerja tak berfaedah tu!”. Ya Allah.. 5 tahun kita bersama, awak masih rasa kerja ni tak berfaedah?

“Baik.. Kalau macam tu yang Zara nak, mulai hari ini kita bukan suami-isteri lagi..”. Noktah.

“Hilmi...!”. Datin Saloma terkejut. Datuk Johari sesak nafas. Bagaikan ada petir dari langit menyabung rumah banglo 3 tingkat itu.

“Hilmi, awak sanggup tinggalkan isteri awak semata-mata kerana program-program hujung minggu itu? Apa sebenarnya yang istimewa sangat?”. Terketar-ketar Datin Saloma bersuara..

“Ibu.. Ayah.. Mana ada lelaki yang mahu menjadi duda. Mana ada lelaki yang mahu kehilangan isteri.. Tapi, kalaulah bulan sekalipun diletakkan di tapak tangan untuk Hilmi tinggalkan kerja-kerja dakwah. Tidak ibu! Tidak sesekali..”

Beberapa butir ‘air panas’ mula mengalir dari pelupuk mata Hilmi. Syakira dan Humaira, pasangan kembar yang keasyikan bermain sejak tadi datang memeluk Hilmi.

“Papa.. Kenapa dengan papa? Kenapa papa menangis?”. Mulut montel Syakira mencium pipi Hilmi.

“Akira.. Papa tak menangis. Papa cuma teringat ayat Quran yang papa pernah ajar ngan Akira dan Maira dulu. Surah At-Taubah ayat 111.”.

“Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).”

-Insya Allah. Bersambung-

5 comments:

Anonymous said...

salam,
wah menarik cerpen ini, tetapi masih ada unsur idealis. Terlalu awangan , rasanya si penulis dalam konflik? Konflik bimbang mempunyai isteri seperti watak di atas.
Tahniah, cerpen yang menarik, lagi berkesan sisi pengajaran tidak terlalu idealis.

Peminat faisal tehrani

myikhwanfiideen said...

Walaikumussalam wbkth..

1stly, syukran sudi memberi tunjuk ajar n komen..

Idealis atau awangan? Mungkin.. tapi hakikat ini pernah terjadi.. Tp masih terpencil n barangkali masih sukar diterima atau dimengerti oleh umumi..

Mgkn bisa jg sidang komentator sbutkn bhgn mana yg nmpk idealis itu. Bisa utk sy perbaiki dikemudian hari..

apapun terima kasih.. Sy amat hargai pndgn anda. Kritikan yg membina. sy suka.

myikhwanfiideen said...

satu lg. ayat Quran itu sy trsilap. Bkn Taubah 111. Tp, surah Taubah ayat 24.

mohon maaf.

nessa syahirah said...

salam
ustaz, seorang siswi, akan pulang kerumah keluarganya setiap dua minggu selepas dia memperuntukkan hujung minggu setiap dua minggu adalah untuk kedua ibu dan bapanya, kebetulannya ada mesyuarat penting berkaitan dakwah dikampus, adakah siswi terbabit termasuk dalam golongan dalam ayat Al- Quran diatas jika dia memilih untuk pulang? bagaimana pula dengan hadith yang menyuruh seorang pemuda menjaga ibunya yang sudah tua terlebih dahulu sebelum memilih untuk keluar berjihad? dan bagaimana pula jika dikatakan jihad untuk wanita adalah haji, bermakna tidak jatuh wajib atas siswi tersebut untuk pulang, benarkah pendapat saya? namun jika saya , akur untuk wala' pada pimpnan, namun sekadar betanya pendapat yang lebih arif tentang persoalan diatas.

Nafsah Dulajis said...

Salam perjuangan.

Tidak berniat untuk terlalu serius dalam memberi pandangan, kerana tulisan sebegini juga sepatutnya santai dan bermain-main antara realiti dan fantasi. Itu bezanya fiction dan non-fiction writing, memberi kelonggaran buat kita berkarya. Jadi hak untuk mereka cerita terpulang kepada penulis, sedangkan dalil dari Al-quran dan sunnah harus dipertimbangkan supaya tidak celaru dengan realiti zaman.

Tidak mahu menafikan bahawa perbezaan fikrah mampu meretakkan, kerana ini realiti. Cuma saya sedikit terkilan dengan kenyataan "pergi supermarket pun tak sempat", kerana rumahtangga dibina dengan rasa tanggungjawab, saling memberi untuk memenuhi keperluan.

Jangan disempitkan perjuangan agama ini pada program-program semata-mata; kerana Islam itu luas.

Tulisan yang bagus, tidak sabar menantikan kesudahannya.

Jazakallah.