Thursday, May 28

Merawat Rindu..

Alhamdulillah..

Dua telapak kaki ini akhirnya jejak juga di bumi tercinta selepas 2 jam 30 minit melayang-layang di angkasa.. Balik sebentar menjenguk kampung halaman even PBL LAB tak habis lagi.. Kesian juga dengan teman-teman yang ditinggalkan (student SPACE) tapi takpelah lagipun minggu nie mereka dah final week

Yup.. Balik bukan bermakna KALAH, tapi balik untuk mengatur STRATEGI dan menyuntik ANTIBODI untuk sambungan perjalanan yang masih jauh lagi.. Semester akan datang yang jauh lebih mencabar! Tempoh dua tahun bukannya sekejap.

Itu sebab kepulangan kali ini membawa satu misi.. Antara misi yang perlu dilangsaikan ialah, MERAWAT RINDU..

Belum sempat lagi melepas penat, anak buah saya yang paling manja sudah merengek-rengek.. “Pakcik, Ewan nak pegi pantai.. Ewan nak pegi pantai..”.

Alhamdulillah..

Sekurang-kurangnya fatamorgana pantai sedikit-sebanyak merawat rindu ini.

apa yang ada jarang disyukuri
apa yang tiada sering dirisaukan
nikmat yang dikecap baru kan terasa bila hilang
apa yang diburu timbul rasa jemu
bila sudah di dalam genggaman

dunia ibarat air laut
diminum hanya menambah haus
nafsu bagaikan fatamorgana
di padang pasir

panas yang membahang disangka air
dunia dan nafsu bagai bayang-bayang
dilihat ada ditangkap hilang

Tuhan.. leraikanlah dunia
yang mendiam di dalam hatiku
kerana di situ tidak ku mampu
mengumpul dua cinta
hanya cintaMu ku harap tumbuh
dibajai bangkai dunia yang kubunuh

Ya Allah.. Moga kerinduan ini dapat dirawat dengan zikrullah.

Wednesday, May 27

ANAK: Amanah yang akan ditanya...

“Ya Allah.. Penatnyee..” getus pak cik technician ketika kami berdua mengambil breakfast. “Biasalah tue pak cik..” Saya memberi respon spontan sambil tersenyum.

“Penat bukan pasal kerja Zul.. Penat fikir pasal karenah anak-anak..” dia memberikan definisi penatnya yang sebenar.. “Hmm.. maca mana pula jadi macam tue cik ?” tertarik juga untuk membedah isu-isu macam nie.. Nak belajar pengalaman orang tua katakan..

“Kalau kamu dah ada anak nanti.. Baru kamu tahu..”. Pak cik technician sengaja menggantung jawaban seketika..

Insya Allah saya sedang tunggu cabaran itu”.. Saja tak nak kalah dan saya tak mahu dia memutuskan cerita..

“Saya bukan nak dari anak lebih-lebih” dia mula membuka cerita..

“Sekadar mereka jaga solat fardhu dan belajar betul-betul kat sekolah.. Tapi mereka nie LIAT sikit la.. Itu yang kita ibu bapa nie runsing sangat.. Takut-takut bila kat sekolah diorang tak solat langsung.. Kita bukan nampak. Depan kita pun kat umah susah nak solat apalagi bila duk kat belakang kita..

Bayangkan la Zul.. Bila waktu maghrib kat umah, sampai 5 kali kena cakap pasal solat.. Kalau diorang solat pun, dah dekat nak habis waktu..

Sebelum naik tingkat atas kita dah pesan, jangan lupa solat ye. Bila pak cik turun dari tingkat atas, tengok masih duduk depan tv.. Kita pun cakap.. Solatlah.. Kita pegi dapur pula.. Habis urusan kat dapur, kita keluar ruang tamu tengok diorang masih lagi depan tv. Solatlah.. Entah dengar entah tidk budak-budak nie.. Kita pegi bilik air then bila keluar bilik air tengok diorang masih lagi depan tv! Hmm.. Nie nak abah kenakan batang paip ke?? Haa.. Gertak macam tue baru diorang beranjak dari tv..

Hai Zul.. Takkan lah hari-hari nak macam tue.. Kita pun tak sedap juga duduk kalau asyik dengan gertakan baru anak-anak nak dengar cakap..”.

Saya terdiam.. Terdiam bukan kematian idea.. Tapi terdiam kerana pattern masalah seperti ini terlazim sekali dijumpai.. Masalah anak yang LIAT!

“Insya Allah pak cik.. Anak-anak pak cik dalam PROSES.. Semalam dan hari ini adalah hari-hari yang teramat sukar tapi HASILNYA pasti akan kelihatan esok!”. Saya cuba meyakinkan walaupun saya belum pernah masuk apa-apa kategori dalam keibu-bapaan samada beginner atau amateur. (Cakap belum tentu serupa bikin!)

Moga semua Ibu-bapa atau bakal-bakal Ibu-bapa bersabar atas PROSES yang TERAMAT sukar ini!

Sebelum kami balik ke office, saya sempat menggerling longgokan newspaper yang dijual di sebelah kami.. Muka depan: Anak RAJA PETRA ditahan polis! Cerita pasal anak juga!

Cerita pasal anak..

ANAK. Amanah yang akan ditanya oleh Allah di akhirat kelak...

Status BERJAYANYA karier seorang ayah ataupun suami bukanlah diukur dengan kemampuannya mewariskan harta yang berjuta harganya buat anak-anak dan isteri..

Tetapi sebenarnya umum bersetuju bahawa status karier ayah atau suami yang BERJAYA ialah, mereka yang dapat membimbing dan memberi teladan kepada anak dan isteri sehingga berjaya di Dunia dan Akhirat! (Bergantung kepada tasawwur kita berfikir)

Persoalannya.. BERSEDIAKAH??

Saya teringat satu firman Allah dalam surah Baqarah yang menyentuh soal kemampuan ini..

“Acuan Allah. Dan siapa lagi yang lebih baik acuannya selain daripada Allah. Dan kepada-Nyalah kami menyembah (menaruh segala haraapan)”—Surah Al-Baqarah : 138

Perkataan ‘sibghatallah’ atau maksudnya ‘Acuan Allah’ dalam ayat ini membawa satu terminologi yang sangat menarik untuk direnung dan diteliti..

Kalaulah kita seorang suami atau ayah yang mahukan produk output dari tulang sulbi kita membesar sebagai seorang anak yang SOLEH dan SOLEHAH harapnya.. Adakah diri kita sebagai IBU-BAPA sudah bersedia sebagai acuan yang juga SOLEH mahupun SOLEHAH ? Bak kata pepatah, bagaimana acuan begitulah kuihnya!

Inilah antara persoalan yang perlu difikirkan SEKARANG.. Bukannya nanti.. Tapi persediaan itu mestilah bermula sekarang!

Kenapa?

Sebab saya teringat suatu kisah masyhur mengenai seorang anak yang boleh menjadi jawaban kepada teka-teki di atas.. Cerita pasal IMAM SYAFIE.. Siapa yang tidak mahu anak seperti beliau? Seorang anak yang dilengkapi dengan kebijaksanaan, kealiman, kefakihan, keluhuran akhlak, dan boleh dikatakan sempurna serba-serbinya.. Bahkan dalam usia belasan tahun, beliau sudah BERFATWA untuk menyelesaikan masalah fikah!

Satu hari.. Ayah kepada Imam Syafie ditanyakan satu soalan. “Bagaimana Tuan mendidik anak sehingga menjadi ulama besar buat umat?” Jawaban dari ayah Imam Syafie .. “Saya sudah mula mendidiknya puluhan tahun sebelum beliau lahir lagi”.

Dalam erti kata lain..

Sebelum lmam Syafie lahir, ayah beliau sudah mendidik dengan menyediakan ACUAN terbaik buat anaknya.. Acuan IMAN dan AKHLAK. Siapa acuan bagi anak-anak? Tidak ada lagi jawaban yang lain melainkan IBU-BAPA! Ini kerana dua insan inilah yang mereka dampingi bermula dari buaian sehinggalah mencapai tahap seorang yang sudah mukallaf.. Ataupun dalam teori psikologinya, proses ini dinamakan sebagai proses PELAZIMAN iaitu anak-anak akan meniru sikap teladan yang terhampir dan terkerap ditemui!

Kalaupun tidak menjadi setanding As-Syafie tapi sekurang-kurangnya semirip pun dah kira alhamdulillah..

Itu sebab..

Itu sebab hari ini kita wajar melontar beberapa refleksi muhasabah buat diri sendiri.. Antara refleksi yang saya boleh kongsikan..

Kita mahu ANAK yang taat dan patuh kepada kita sebagai ibu-bapa.. Tapi, hari ini adakah kita sudah benar-benar taat dan patuh kepada ibu-bapa sendiri?

Kita mahu ANAK yang tak pernah tinggalkan SOLAT dan tidak LIAT melakukan IBADAH.. Tapi, apakah hari ini kita sudah sempurna semua solat serta rajin dalam beribadah??

Dan banyak lagi refleksi yang saya dan anda boleh eksplorasi sendiri kerana kitalah jua yang tahu menilai diri kita sendiri bukannya orang lain!

ANAK bukan hanya AMANAH tapi ianya juga ANUGERAH!

Apapun..

Kesolehan seorang anak itu adalah ANUGERAH istimewa dari ALLAH.. Allah boleh beri sesiapa yang Ia kehendaki.. Ini adalah fakta yang tiada siapa boleh nafikan!

Maksudnya.. Walaubagaimana caranya kita berusaha menjadi ACUAN yang terbaik tapi tidak semestinya PRODUK yang terhasil sebaik acuannya.. Sebab.. Ianya anugerah! Apa yang kita boleh buat hanyalah.. USAHA serta TAWAKKAL!

Iya.. Konsep inilah yang sebenarnya tidak dapat dterangkan secara sempurna oleh mana-mana tulisan pakar psikologi pendidikan barat yang hebat-hebat.

Contohnya..

Saya pernah mengenali anak kepada salah seorang pakar motivasi keibu-bapaan yang terkenal dalam negara (kebetulan duduk satu kampus).. Apabila saya cuba membandingkan antara ACUAN (pakar motivasi tadi) dengan PRODUK (rakan saya tadi), sangat jauh bezanya..

Adakah pakar motivasi tadi tidak mampu menjadi acuan yang terbaik? Tidak.. Bahkan beliau sangat dikagumi dan disegani oleh masyarakat kerana personaliti yang cukup baik.. Tapi, mengapa produk yang beliau hasilkan adalah sebaliknya?

Jawabannya adalah kerana ACUAN tidak semestinya menjamin spesifikasi PRODUK yang terhasil kerana semuanya bergantung dengan ANUGERAH pilihan Allah.

Maka.. Dari sinilah perilaku TAWAKKAL sebagai elemen yang dikesampingkan secara total oleh pemikir-pemikir barat yang hanya bergantung kepada elemen USAHA sebagai faktor keberjayaan dalam mendidik anak-anak.. Buktinya.. Masakan Nabi mengajarkan kita suatu doa yang cukup terkenal dan lazim diungkapkan setiap hari;

Allahumma hablana min azwaajina wa zurriyyaatina qurrata a’yun waja’alna lil muttaqiina imaama!

Moga Allah berikan ANUGERAH sebagaimana yang dipohonkan dalam untaian kalimat doa di atas.. ANUGERAH masa depan atas USAHA serta DOA kita untuk menjadi ACUAN yang terbaik bermula pada detik ini!

Ameen..

P/s-Faktor sibghah/acuan ini bukan hanya tertakluk kepada PERSONALITI seorang Ibu atau Bapa.. Ia juga mencakupi soal METODOLOGI, HAMBATAN KELILING, RAKAN SEKOLAH, dll yang tidak disentuh oleh penulis..

Tuesday, May 19

PREVIEW: Road Tour bersama YB Husam

Alhamdulillah..

Segala kesyukuran dipanjatkan buat Allah SWT yang sentiasa melorongkan ruang masa kepada hamba-hambanya yang ingin bermujahadah pada jalanNya..

Dalam kekalutan dan kelemasan mengendali PROGRAM BASED LEARNING (PBL LAB) untuk pelajar-pelajar SPACE, saya bersyukur kerana masih sempat terjun bersama rombongan YB Datuk Paduka Husam Musa bersempena Road Tour beliau ke negeri Johor.

Dalam siri 'kembara' kali ini, kami meninjau beberapa kawasan 'panas' di Johor dan sempat beramah mesra dengan mendengar keluh rintih penduduk sekitar..

Ikuti PREVIEW yang saya sediakan..

1. Ketibaan Yb Husam di Masjid Tun Sri Ainuddin, Skudai..


YB Husam disambut oleh YDP Kawasan, Hj Dzul dan Ketua Pemuda, Ust Zaifidi.. Berehat sebentar di masjid sebelum mneruskan perjalanan ke Pusat Pentadbiran Negeri Johor.

2. Tiba di "PUTRAYA JAYA" Johor..

Lebih kurang 30 minit perjalanan, kami tiba di "Putra Jaya" negeri Johor.. Tempat pentadbiran rasmi yang baru disiapkan dan beberapa fasa lagi masih dalam pembinaan.

"Cantek tempat nie.. Boleh try buat kat Kelantan pula" seloroh YB Husam.. Kelihatan dalam gambar, blogger terkenal kickdifella yang ditahan polis beberapa bulan lepas..

Bangunan Dewan Undangan Negeri yang tersergam gagah.. Menjadi mercu tanda 'kekuasaan' dan 'penaklukan' mereka terhadap rakyat..

Pejabat MB Johor yang tersangat besar dan indah mata seolah cuba menzahirkan semangat ketelusan dan integriti pemimpin yang berada di dalamnya.. Persoalannya bolehkah integriti boleh dibuktikan dengan hanya wajah bangunan baru sahaja??

3. Meninjau tapak projek PUTERI HARBOUR!

"Wahh.. Saya sudah sampai di Pearl Harbour!!" Kata ust Zaifidi.. Subhanallah.. Tengoklah signboard projek yang dipaparkan.. Begitu hebat! Tapi sebenarnya disebalik kehebatan bangunan mewah yang didirikan.. Ia telah dibayar dengan air mata rakyat sekeliling..

Kita tengok selanjutnya..

Sayang kami tidak dibenarkan mendekati kawasan dan bot-bot mewah yang ditambat.. Hanya dapat meneropong dari jauh.. Terfikir juga.. Apakah pelaburan maha kaya ini mampu memberi impak positif kepada orang melayu khasnya..? Mampukah orang kampung menukar sampan buruk kepada bot-bot mewah selepas ini? Kalau tak mampu.. So, projek ini pulangannya kepada siapa..? Adakah sekali lagi taukeh-taukeh Singapura yang kaya-raya meraih untung di bumi ini??

4. Merapati duka penduduk Kg. Tebing Runtuh

Inilah kisah disebaliknya..

Ketika mana tadi kita melihat bangunan-bangunan kerajaan tersergam gah dan Puteri Harbour yang mengasyikkan.. Duka dan tangis rakyat tiada siapa yang menghirau.. Mereka menangis memohon simpati supaya tanah sekangkang kera tidak diratah..

Rumah-rumah sekitar Kg. tebing Runtuh ini hanya terletak di belakang "PUTRA JAYA" dan Puteri Harbour! Tak sangka bukan?

"Saya tidak akan pindah!!" Tegas salah seorang penduduk kampung.. "Kalau saya pindah nak kerja apa?? Kalau saya di sini.. Saya boleh menjadi Nelayan.. Biarlah dengan pendapatan RM 10 sehari.. Saya dah anggap itu rezeki tetap dari Tuhan.."

RM 10 sehari??

Para Datuk dan Orang besar yang meraih untung di atas angin pernah tak rasa-rasanya terfikir derita ini.. RM 10 sehari.. Kalau ada 10 orang anak macam mana? Cukup tak RM 10 itu?

Indah..

Memang sangat indah kawasan ini.. Dengan kedudukan bukit dan landainya serta pukulan ombak pantai yang menenangkan perasaan..

Mustahil para DEVELOPER tidak terliur!

5. Bersampan ke Kg. Pendas Laut..

Rombongan RAKYAT..

Dari Rakyat kepada Rakyat!

Membelah Selat Tebrau.. Selat yang menyaksikan berbagai peristiwa bersejarah sepanjang kewujudannya..

Second Link yang menghubungkan dua negara.. Malaysia dan Singapura. Muhasabah bersama.. Adakah ikatan kerjasama Malaysia-Singapura sekukuh jambatan ini??

Pemandangan tanah pulau Singapura dari Selat tebrau..

Kg. Pendas Laut melambai-lambai kedatangan rombongan RAKYAT.

Bot para nelayan berlabuh kemas.. Walaupun tidak semewah kapal-kapal Layar di Puteri Harbaour, tapi keringat para nelayan itu lebih mahal dan tiada tara nilainya..

Mendengar rintihan rakyat..

Wakil kaum Tiounghua.. Belaiu mengadu mengenai tanah jirat (perkuburan) cina yang tidak selesai-selesai walaupun dah beberapa kali diadukan kepada pihak berkuasa..


Bergambar sebelum balik.. "Ini bukan pertemuan terakhir.. PRU 13 kita akan perintah Johor" kata YB Husam..

TakbiR!

DARI RAKYAT KEPADA RAKYAT!!

Monday, May 18

Muhasabah 5 minit...


Muhasabah?


Muhasabah datang dari kata arab HISAB.. Maksudnya KIRA.. Kan dulu-dulu, subjek matematik juga dipanggil ilmu hisab.. Ilmu kira-kira..


Makanya bermuhasabah membawa suatu makna kita TIMBANG-KIRA amal yang ada dengan umur yang dah berlalu..


Ya.. Penting sangat..


Kalaulah muhasabah boleh dibuat setiap malam lagi baik..


Tak perlu ambil masa yang lama..


Cukuplah selepas solat sunat dua rakaat sebelum tidur, kita ambil sedikit masa duduk atas sejadah.. Merenung, mengira, menilik, dan menilai segala amal yang dilakukan seharian.. Jika ada amal yang BAIK, maka berjanjilah untuk menambahinya esok.. Jika ada amal yang BURUK pula, berjanjilah juga.. Tetapi, janji untuk tidak sekali-kali mengulanginya!


Janji dengan Allah.. Tuhan sekalian alam!


Bukankah kisah Khalifah Umar masih segar dalam ingatan kita.. Bagaimana beliau bermuhasabah di tengah malam dengan sebatang rotan.. Sehinggakan ketika kematian beliau, jelas kelihatan kesan-kesan rotan pada belakangnya! Hebat sekali kesungguhan MUHASABAH beliau..


Sesungguhnya..


Seorang hamba yang amat cinta dengan Penciptanya pasti ia merasakan getaran yang maha dahsyat tatkala menghadap kekasihnya di sepertiga malam.. Apatahlagi jika kekasihnya tadi ‘mempersoal’ segala dosa-dosa yang dilakukannya di siang hari ketika sesi muhasabah.. Hamba yang bertakwa ini pasti menangis dengan penuh rasa kesal dan bimbang.. Bimbang apa? Bimbang takut-takut dosanya menjadi pemadam kehangatan cinta mereka.. Cinta Hamba dengan kekasihnya (AllaH ‘azza wajalla)..


Macam mana RASA cinta macam nie..?


Yup.. Benda nie sangat subjektif untuk diterangkan.. Ia bergantung dengan iman dan amal seseorang.. Setiap orang punya tahapan masing-masing.. Manakan sama tahap iman seorang umum dengan seorang ulama misalannya.. Manis cinta itu adalah anugerah yang berbeza-beza dari Allah.. Iya.. Bergantung dengan usaha kita mendekatiNya..


Sekadar renungan..


Seorang teruna yang ketagihan kasih dan belaian si dara.. Dia akan sanggup menunggu berjam-jam lamanya duduk bersama.. Berbual entah apa entah.. Sembang tak habis-habis sampai ke pagi.. Bermula dari lepas maghrib sehingga lepas isyak tak berhenti lagi.. Pukul 1 pagi beli makanan untuk sahur, eh ada lagi mamat dengan minah nie kat kafe.. Bercanda-candaan tanpa ada rasa jemu, mual, penat, dan sebagainya.. Kenapa?? Sebab.. Itulah pukulan CINTA..


Tapi.. Malangnya.. Masa dan tenaga yang dilabur untuk cinta spesis ini tidak mengundang apa-apa faedah.. Air liur terbazir begitu sahaja.. Bahkan! Ancaman Allah menunggu di akhirat sana..


Cinta yang sekejap.. TIRUAN.. Dah berkahwin nanti tahulah apa jadi.. Bosan tak tahu nak sembang apa.. Yelah.. Modal cerita si teruna dah habis time bercouple dulu!


Menyimpang jauh nie.. Tadi kata nak cerita pasal cinta ASLI antara hamba dengan pencipta.


Ok.. Saya suka ulangi bahawa benda nie sangat subjektif.. Bergantung dengan iman dan amal seseorang.. Tapi, kita cuba untuk definasikan melalui perspektif yang umum yang mudah untuk difahami..


Contoh.. Pernah tak satu hari tue kita rasa malas sangat untuk solat berjemaah.. Lagipun bukannya wajib solat berjemaah! Solat kat bilik dahlah.. Rasa surau tue terlalu jauh walhal hanya depan kolej saja.. Tak sampai 10 minit pun kalau berjalan kaki.. So, masa tue ada dua keadaan orang..


Orang yang pertama.. Orang yang kalah dengan nafsunya.. Lantas, tidak ada upaya dan daya untuk mengatur langkah ke surau.. Orang macam nie tidak menghargai ikatan CINTAnya dengan sang Pencipta.. Bukankah sewajarnya ia patut pilih yang paling disukai oleh Allah?? Bahaya tabiat seperti ini.. Sebab takut-takut lambat laun rasa cinta dengan Allah akan terhakis!


Orang kedua.. Macam tadi jugalah.. Rasa malas tue ada.. Tapi, oleh sebab ia pendamba cinta dari Tuhannya maka ia gagahkan juga untuk menapak ke surau.. Menyahut panggilan mu’azzin sebagai ‘tukang seru’ Allah di muka bumi.. Walaupun usaha itu kelihatan sedikit.. Tapi akhirnya, KREDIT CINTA yang akan digunakan untuk menghubungkan antara Hamba-Pencipta dapat ditambah sedikit demi sedikit.. Orang kata, top-up!


Itu hanya 1 per sejuta contoh yang ada..


Realitinya..


RASA bercinta dengan Tuhan bukan boleh dibina dalam masa satu hari! Bukankah Imam Nawawi pernah ditanya.. Bilakah tuan merasa benar-benar khusyuk dalam solat? Jawab beliau.. Aku merasa benar-benar khsyuk dalam solat ketika umurku mencecah 40-an..


Nah.. Sedangkan para ulama besar-besar sekalipun mengikat cinta dengan Tuhan sehingga berpuluh-puluh tahun.. Inikan pula kita hari ini? Itu sebab saya analogikan usaha-usaha amal yang sedikit di mata manusia yang kita perbuat hari ini sebagai suatu usaha menambah KREDIT CINTA kepada Allah.. Sikit-sikit moga ia menjadi bukit!


Insya Allah satu masa nanti rasa BERCINTA yang sebenar-benarnya akan kita kecapi dalam segala gerak-geri kehidupan seharian!


Berbalik kepada perihal MUHASABAH tadi.. Apa perkaitannya dengan cerita cinta yang dibincang?


Senang sahaja.. Dari muhasabah harianlah kita tahu dimana takat cinta kita dengan Allah.. Adakah cinta kita dengan Allah cinta ASLI ataupun TIRUAN? Kalaulah kita sanggup berjam-jam lamanya menghadap kekasih yang berwajah makhluk mengapa pula kita tidak sanggup berjam-jam lamanya duduk bermuhasabah dengan Khalik??


Itu sebab Allah berfirman dalam Surah Syams..


“Maka Allah mengilhamkan kepada manusia dua jalan, jalan kejahatan dan ketaqwaan. Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwanya. Dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotori jiwanya!”


Mari bermuhasabah agar ESOK kita lebih baik dari SEMALAM!!