Kalau kita tengok bola, let say Manchester United la sebab ramai peminatnya kat Malaysia... Kita akan lihat strategi yang diguna pakai Sir Alex Ferguson ialah very offensive start dari minit pertama wisel dibunyikan.. Kubu lawan akan diserang dari bermacam sudut serta pattern one-two... Figure sepeti Rooney, Tevez atau Ronaldo sudah semestinya ditakuti dan mereka akan dikawal rapi oleh back lawan.. Pun begitu gol tak semestinya datang dari figure-figure tadi.. Vidic walaupun dia pemain defend, oleh sebab offensive yang diguna pakai, Vidic kekadang yang akan menyumbat gol!
Offensive itu menyerang.. Menyerang sepenuh hati... Semua akan berfikir, gol mesti dibuat..
Jarang-jarang sekali orang guna defendsive.. Defendsive ini strategi orang yang dah selesa.. Bila MU sudah sumbat 4 gol, biasanya mereka akan defendsive.. Dah selesa.. Ronaldo akan keluar.. Rooney akan keluar.. Pemain defend macam Hargreaves akan masuk.. Tugasnya, hanya mengawal tiang gol sambil menunggu refree tiup wisel penamat.
“Kamu jangan terpengaruh dengan racun dalam dunia globalisasi abad ini!”
“Lindungilah anak muda kita dari serangan fikiran dan fitnah yang dilontarkan buat dunia Islam”
“Mari pertahankan akidah yang suci ini dari propaganda barat!”
Selalunya inilah nada dan bait kata-kata dari sebilangan besar penceramah...
Jarang sekali yang berbunyi seperti ini..
“Mari kita guna globalisasi untuk menghantar propaganda dakwah kepada blok barat!”
“Anak-anak sekalian. Anda adalah generasi baru yang akan menjadi counter-attack kepada serangan pemikiran dari barat”
“Mari kita serang barat dengan message kebenaran akidah Islam!”
Selalunya seruan defendsive yang kita dengari.. Dan amat jarang kita mendengar seruan dan ajakan yang bersifat offensive.. Selalunya liqo’ dan muktamar Islam akan membincangkan bagaimana untuk bertahan.. Dan sukar mencari liqo’ mahupun muktamar Islam yang mencari jalan dan strategi untuk menyerang balas! Realitinya semcam kita ini umat yang bertahan sahaja kerjanya.. Hilang taring untuk menyerang balas..
Media barat sudah berkurun menyerang kita.. Pernahkah ada counter-attack dari media kita..? Kapitalisme sudah lama menabrak ekonomi kita.. Pernahkah ada upaya menabrak mereka semula dengan sistem ekonomi Islam kita? Jika akidah kita diserang.. Pernahkah ada serangan balas dari kita?
Kita lalai dalam posisi bertahan.. Kita rasa selesa berada pada posisi ini.. Walhal semua pemain lawan dah berkumpul dalam kotak penalti kita.. Hebat mana pun goal-keeper macam Van der Sar, lambat laun akan gol juga kalau dah bertalu-talu diserang!
Sedikit refleksi dari sirah...
Nabi SAW memperkenalkan dua jenis KUASA (man-power) yang dibangunkan melalui fasa makiyyah dan madaniyyah. Kuasa NILAI dan kuasa STRUKTUR.. Keimanan itu sebahagian dari entiti Kuasa NILAI dan Negara itu salah satu lambang kuasa STRUKTUR.. Kuasa nilai diupayakan oleh baginda Rasul ketika di Mekah. Masyarakat dibentuk dengan nilai-nilai Islam termasuklah pengukuhan Iman kepada Allah SWT menjadi salah satu ramuan terhebat dalam sejarah sistem nilai yang tiada tolok bandingnya.. Pemantapan kuasa nilai ini menjadi proses fundamental Nabi sebelum ke arah pembinaan kuasa Struktur yang sebenar.
Selama 13 tahun di Mekah, Islam menjadi sebuah kuasa tanpa wilayah.. Ketiadaan wilayah tidak menghalang Islam di Mekah membuat hubungan diplomatik dengan kawan mahupun lawan.. Lihat sahaja bagaiamana Nabi membuat perjanjian dengan Negus dari Habsyah dan bagaimana kronologi sekatan ekonomi dikenakan kepada bani Hashim melalui Parlimen Musyrikin. Bahkan Allah turut mengajar umat ketika itu supaya cakna dengan isu yang melibatkan empayar berkuasa yang ada di sekeliling seperti Rom dan Parsi!
Kemudian, fasa Madinah mempertontonkan kepada kita akan kewujudan satu lagi kuasa baru yang boleh dilihat secara zahiriyyah.. Itulah kuasa STRUKTUR! Negara Islam yang didirikan oleh baginda Nabi SAW adalah mencakupi seluruh struktur yang utama seperti struktur pentadbiran, perundangan, ketenteraan, ekonomi dan masyarakat. Tuntasnya kecemerlangan kuasa STRUKTUR gagasan Nabi ini adalah ditunjangi oleh kegemilangan kuasa NILAI yang telah dipandu oleh wahyu Allah SWT!
Bagaimana strategi Nabi?
Serangan dari musuh pasti berlaku.. Serangan tidak akan berhenti.. Di mana sahaja ada Rasul diturunkan disitu pasti ada serangan dari musuh yang berupa manusia dan syaitan! Serangan yang dihalakan kepada ummah abad ini adalah rentetan serangan sama yang pernah dihalakan kepada Nabi SAW dahulu..
Sebagaimana diskusi kita seawal tadi bahawa Islam itu didirikan dengan paksi kuasa NILAI dan kuasa STRUKTUR, maka musuh akan menyerang dua benda pokok ini.. Lalu apa tindakan Nabi? Menunggu sambil bertahan sepenuh masa? Offensive.. Ya, Nabi menggunakan strategi ini..
Sepanjang hidup Nabi, sebanyak 68 ekspedisi ketenteraan telah dibuat! Misi ekspedisi dirancang untuk melemahkan pihak musyrikin Mekah yang cuba mengumpulkan potensi bagi menyerang negara Madinah. Dalam pemikiran strategik hari ini, kita melihat bahawa serangan dimulakan sebelum pihak musuh mendapat posisi terbaik untuk menyerang.. Mempertahankan kuasa struktur yang ada dengan melemahkan struktur musuh.. Bukan menunggu diserang.. Begitu juga fathu makkah, Nabi telah menggemparkan musyrikin kota Mekah dengan operasi mengejut secara besar-besaran yang dilancarkan!
Konklusinya...
Apa yang nak diwacanakan disini bukanlah soal peperangan bersenjata sebagai medan pilihan buat masa sekarang untuk kita menyerang balas.. Bergantung kepada ancaman yang dikenakan oleh musuh. Hakikatnya hari ini sistem nilai kita bertalu-talu diserang sehinggakan menghakis nilai acuan Islam yang telah ditanam pada ummah oleh Rasulullah 1400 tahun dahulu.. Ini realiti yang memang sudah nyata di depan mata.
Oleh yang demikian kerangka idea yang nak dibawa ialah, perlunya kita merancang strategi untuk menyerang balas! Wajaran untuk ‘counter-attack’ melalui persenjataan nilai Islam sebenarnya mempunyai potensi untuk mengurangkan ancaman dari pelbagai penjuru. Musuh pasti akan tersentak secara tiba-tiba!
Defender lawan pasti akan berlari semula ke posisinya setelah 80 minit duduk di kawasan penalti kita.. Apatah lagi kalau counter-attack yang dibuat mendatangkan gol walaupun sebiji.. Itu sudah memadai buat masa sekarang untuk mendown-rate musuh!
2 comments:
salam buat kamu ...
namun,apa yang berlaku sekarang adalah kita semakin lemah...jangankan bermain di bahagian offensive,yang mahu dan berani turun padang sendiri pun boleh dikira dengan jari....huhu astaghfirullah..
Salam keDAMAIan...
Betul.. Situasi itulah yg menyebabkan kt terpaksa guna option bertahan..
Sy akui..
Tp kalaulah kita ada peluang.. Kt kene gunakan.. Maknanya dlm masa kita bertahan, pemain kene set minda bila ada peluang je kt kene serang habis-habisan..
Walaupun ia agak idealis.. Tp,ia bknlh suatu prkr yg mustahil..
Syukran atas refleksi fikir yg dilontarkan..
Post a Comment