Sunday, March 8

Ayuh! Kita tawan puncak itu...

Bismillahi La Quwwata Illa Billah

Semester ini antara semester yang sangat sibuk! Kekangan masa dan juga tugas yang melimpah-ruah walaupun secara zahirnya nampak tidak kelihatan.. Namun realitinya.. Pabila kita dalam kondisi mendaki tangga kehidupan.. Hakikat bebanan tidak boleh dinafikan.. Semakin tinggi kita mendaki, maka semakin cerun jalan yang dilalui.. Tanah yang lembut pada mula pendakian, semakin bertukar menjadi keras ironis dengan ketinggian kita berada.. Dan, air yang turun dari gunung kehidupan semakin lama semakin mengecil.. Tidak sama dengan situasi kita berada sewaktu di kaki gunung awal-awal dulu.. Bahkan.. Sampai satu ketika bekalan air boleh terputus! Terpaksalah kita berkongsi bekal air dengan teman-teman seperjuangan.. Beruntunglah jika ada teman dalam perjalanan jauh menuju puncak!

Air mencurah-curah di kaki gunung... Tapi, jangan disangka ia kekal sampai ke puncak..

Longlai.. Sakit kaki.. Lapar..Dahaga.. Penat.. Kecewa.. Itu sememangnya asam-garam mendaki.. Ya.. itu sebab kita kena ada training sebelum mendaki, itu pesan dari mulut Abi (murabbitun[link]).. Dan, sesekali tidak wajar bagi mereka yang telah bersumpah setia tetiba mahu menarik diri dalam pendakian ini.. Apa mungkin dengan alasan kecewa kita sudah putus asa? Tidak! Tidak sesekali harus ada fikir sedemikian.. Kita adalah ummah yaang kuat.. Ummah yang berwawasan.. Ayuh! pandanglah kepuncak.. Walaupun puncak belum kelihatan... Walaupun puncak masih kelam atau terlindung dengan kayu-kayan.. Tapi, kita adalah ummah yang ada Iman.. Mengimani bahawa janji Allah pasti akan datang.. Kita ummah yang OPTIMIS! Ummah yang YAKIN! Masakan kita boleh meyakini akan syurga mahupun neraka walhal belum dilihat dengan biji mata?

Cerita pasal YAKIN...

Kekadang timbul kehairanan di hati.. Kehairanan melihat rakan-rakan dan teman dalam NGO-NGO yang berjuang.. Contohnya rakan saya Chen Zen (saya pernah cerita kisah Chen sebelum nie[link]) dalam Suara Rakyat Malaysia (SUARAM).. Ataupun rakan-rakan non-muslim dari Suruhanjaya Hak-hak Asasi Malaysia (SUHAKAM), Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Gabungan Mahasiswa Mansuhkan AUKU (GMMA), dan banyak lagi NGO lain.. Mereka ini sangat bersemangat.. Sangat yakin.. Sangat Optimis.. Sangat tekun.. Demi mencapai sebuah matlamat.. Matlamat ideologi kemanusiaan katanya.. Solidarity.. Justice.. Freedom.. Human Rights.. Itu slogan mereka.. Walhal matlamat sebegitu hanya valid di dunia sahaja..

Berbeza dengan kita..

Kita berjuang kerana melihat hidup ini ada dua dimensi.. Duniawi dan juga Ukhrawi.. Dunia tempat mencari bekal untuk kehidupan infinite di akhirat.. Dunia tempat berjuang untuk rehat panjang di akhirat.. Dunia tempat bersusah untuk senang-lenang di akhirat.. Dunia tempat menanam untuk menuai hasil di akhirat.. Konklusinya.. Segala apa yang dilakukan adalah semata-mata inginkan imbalan terbesar dari Allah buat keselesaan hidup kita di akhirat kelak! Itu sebab slogan yang kita bawa bukan setakat justice.. Freedom.. Solidarity.. ataupun human rights.. Bahkan slogan kita ialah Allah matlamat kami.. Jihad jalan kami.. Mati Syahid cita-cita kami !.. Persoalannya.. Mengapa kita kalah dengan mereka? Mengapa kita lemah dan mereka kuat? Mengapa kita lesu dan mereka pula bersemangat? Mengapa kita berpecah lalu mereka pula boleh bersatu? Dan.. Mengapa kita masih tidur dalam ketika mereka sudah bangun? Apakah mereka lebih YAKIN??

Beramal untuk Islam suatu TUNTUTAN FARDIYY..

Saudara.. Beramal untuk Islam adalah dalam erti kata membawa maksud untuk melahirkan satu individu yang beriltizam dengan akidah mahupun akhlak Islam.. Dengannya akan mewujudkan sebuah masyarakat yang mempraktikkan Islam sebagai cara hidup.. Kemudian sampailah kepada manifestasi penegakkan daulah islamiyyah yang mempraktikkan hukum Allah sebagai sumber perundangan tertinggi.. Seperti yang pernah dulang pandang oleh bapa Tamadun Islam; Ibnu Khladun dalam bukunya Civilization, iaitu memberikan kepada Allah semula akan HakNya! Firman Allah:

“Maka demi Tuhanmu, mereka sebenarnya belum lagi beriman hinggalah mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa dalam hati mereka suatu keberatan terhadap keputusan yang kamu berikan dan mereka menerima dengan sepenuh hati” (surah Al-Nisa’ : Ayat 65)

Ketahuilah.. Tiada siapa yang boleh berlepas tangan dari tanggungjawab ini!

Melalui lisan Nabi, Allah berfirman..

“Setiap diri akan bertanggungjwab atas apa yang diperbuatnya” 

(Al-Muddathir: Ayat 38)

“Dan tiap-tiap mereka akan datang menghadap Allah dengan bersendirian” (Maryam: Ayat 95)

“Jika kamu berbuat baik, maka kamu berbuat baik untuk dirimu sendiri” 

(Al-‘Isra: Ayat 7)

“Dan seseorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain” 

(Al-An’am: Ayat 164)

“Dan barangsiapa yang berJIHAD maka sesungguhnya (ganjaran) ia berjihad adalah untuk dirinya sendiri” 

(Al-‘Ankabut : Ayat 6)

Maka oleh itu, tanggungjawab beramal dan menjadi pekerja untuk Islam adalah merupakan kefardhuan bagi setiap muslim jika dikupas dari sudut taklifi... Ia sama seperti tanggungjawab syariat yang lain di mana adanya; investment PAHALA bila ia dilaksanakan dan sebaliknya investment DOSA bila diabaikan!

Ayuh! Kita tawan puncak itu...

Saudara.. Hakikat turut membenarkan bahawa kehidupan ini adalah suatu competition.. Kita tidak boleh lari dari pertandingan.. Persaingan.. Sama macam hakikat kehidupan alam haiwan.. Siapa yang kuat maka dia yang hidup.. Dia yang memerintah.. Cuma berbeda dengan binatang, manusia itu bertanding dengan menggunakan AKAL, HUJAH dan KUALITI manusiawi..

Hakikatnya semua sedang mendaki... Dan selalunya kumpulan-kumpulan pendaki itu terbahagi seperti ini.. Ahmad, fatimah, Abbas satu group... Ah Chong, Mei Lien, Chen Zen satu group.. Ramasamy, Letchumi, Sivarasa satu group.. Islamist, Christian, Hindu, Buddhist, Free Thinkers, masing-masing dengan group yang lain.. Senang cakap banyak group la.. Dan bila wisel marathon dibunyikan.. Semuanya mendaki.. Berlumba siapa yang akan sampai dulu ke puncak! 

Siapa yang lebih tekun dalam KERJAnya maka dia sampai dulu.. Siapa yang lebih kerjasama KUMPULANnya maka dia akan sampai dulu.. Siapa yang lebih kelengkapan ALAT dan BEKALnya maka dia akan sampai dulu.. Dan siapa yang lebih kualiti AHLInya maka dialah yang akan sampai dulu..

 myikhwanfiideen

Puncak Gunung LedanG

-Altitude 1276 metres from da sea Level-

3 comments:

Anonymous said...

salam..
gunung..bekal..optimis.. cantik kupasan tu..
semakin tinggi kita daki.. semakin terserlah keagunganNYa..

slamat mendaki n melepasi check points2 kehidupan yg Allah aturkan untuk anta daki n lepasi..

# Jadi budak kecil sbenanye xde maslah pun.. tp jgn jd budak kecil yg biase,, jd lah budak2 kecil yg BESAR jiwanya seperti Kanak2 d Palestine..BESAR jiwanya..

Nurul 'Uyun Binti Ahmad said...

nasib baik cut gambar di bahagian yang sepatutnya. Selalu optimis

myikhwanfiideen said...

cik mutiara

Syukran..

Kanak-kanak Palestina mmg dah dididik semcm itu.. Hasil didikan mak-ayah mybbkn jiwanya menjadi BESAR.. Tiada takut tiada gentar.. Wlupun simbahan darah yg menjadi teman dlm berjuang.. Tapi, tetap OPTIMIS pada janji kemenangan!

cik N.U.

'Nasib baik'...Hmm.. Siir wa hazar.. Islam itu ada istilah aurat.. Jangan membungkus diri secara ekstrem dan jangan pula menelanjang diri mendedah segalanya.. wasatiah.. berwasatiah dlm siir wa hazar! Syukran..

Blog Archive