Monday, March 30

Jadilah sang pemberani!

"sang pemberani"
-Gambar adaptasi dari seorang read indian yang berjuang menuntut kemerdekaan-

"
Keberanian adalah suatu ilmu yang istimewa. Ilmu bagaimana untuk takut apa yang perlu ditakuti dan tidak takut kepada perkara yang tidak perlu ditakuti."

[Coventry Patmore]


"Tanpa ketakutan, seseorang itu tidak akan memahami erti keberanian."

[Hukama']

"Keberanian bukannya pada pakaian.. Tapi, keberanian itu pada hati.. Keberanian tidak boleh dipinjamkan kepada orang, tapi ianya boleh dibangun bermula dari hati lalu mengalir ke urat jasad manusia."

[myikhwanfiideen]

mencari keberanian dalam diri
kadangkala tidak jumpa walau sekelumit
menjadi takut untuk lemah
menjadi takut jika akan dimusnah

berani bukan dengan lantang membabi buta
berani bukan terjah membuta tuli
berani bukan mengganas hingga orang lain menjadi takut

berani kerana benar
oleh itu mencari keberanian mestilah dulu mencari kebenaran
itulah jalan berani sebenar
adakah kebenaran itu suatu yang perlu dipaksa-paksa?
tidak..
kebenaran itu adalah suatu yang jelas
maka apabila muncul kebenaran
siapa saja akan tahu yang mana pula kebatilan
inilah jalan keberanian
inilah jalan kebenaran

jalan apabila semua orang berpesta tidak tentu hala kita teguh menjauhi kemaksiatan
jalan apabila semua orang tunduk dan sujud menyembah manusia,
kita berpaling dan tunduk menyembah Allah
jalan apabila seluruh manusia mengancam jika kita tidak menuruti mereka
kita pula membalas dengan penuh kasih sayang mengajak menuruti Allah
jalan apabila kita dicemuh,diejek,diketawa,dihina,dimarah oleh manusia
kita tetap berbaik sangka dan berbuat kebajikan hingga tiap seorang manusia itu mendapat manfaat dari kita

beranilah kita andai kita teguh berpijak di atas landasan Islam
beranilah kita andai tawadhuk tunduk pada Allah dan sedar kehambaan diri
beranilah kita andai tidak takut menyahut seruan jihad melawan musuh
beranilah kita andai menempah susah dan payah dalam berjuang
beranilah kita apabila tidak menjadi masyhur di mata manusia kerana mahu masyhur di sisi Allah
beranilah kita andai menempuh hidup penuh ranjau dengan semangat tanpa putus asa
beranilah kita andai sanggup meninggalkan zon selesa dan berhijrah untuk menjadi pejuang agama Allah

beranilah kita andai memilih jalan berani ini
dan bukan jalan berani yang mereka tawarkan
iaitu jalan berani menurut hawa nafsu marah
tanpa langkah tersusun dan teratur
beranilah kita andai bersiap siaga mengatur langkah dan senjata diri
sedang ramai yang lain sudah merempuh perjuangan tanpa berfikir
kerana mahu jalan singkat ke syurga

teguhkanlah hati dengan jalan keberanian
dengan jalan kebenaran
kelak tidak susah lagi mahu mencari jalan berani
dalam hati..

"Pemberani" 1-

"keberanian bukan bererti tanpa rasa takut, kerana jika perasaan takut itu tiada, maka itu tidak LAYAK untuk dikatakan BERANI,
keberanian adalah rasa takut yang diiringi keinginan untuk tetap ke depan,dan akhi
rnya TETAP melangkah."

~ mutiarabernilai ~


"Pemberani" 2-

???

1 comment:

Anonymous said...

keberanian bukan bererti tanpa rasa takut,kerana jika perasaan takut itu tiada,maka itu tidak LAYAK untuk dikatakan BERANI,
keberanian adalah rasa takut yang diiringi keinginan untuk tetap ke depan,dan akhirnya TETAP melangkah..


p/s : perkongsian anta ni sdikit sbanyak menjawab persoalan 'panglima dan anak buah' dahulu. Cuma tiada perkongsian mengenai perbezaan semasa menjadi panglima dan sesudah menjadi anak buah..erm.. Ketua Panglima barangkali.. apa2 pun mutiara tetap sama,anak buah dan juga panglima..

Blog Archive