Sunday, March 8

Pesanan 'Orang Tua'...

Bismillahi La Quwwata Illa Billah…

Bertemu dengan ‘Orang tua’… Sejuk rasa hati…  Jiwa terasa diisi.. Walaupun hanya secubit tazkirah.. Tapi, bila ianya datang dari namanya ‘orang tua’… Terasa secubit yang diberi mampu membaja jiwa muda yang masih kekontangan.. Kata orang.. Jiwa muda ini masih belum betul-betul stabil.. Itu sebab ia perlukan tangan-tangan untuk membimbing.. Mencedok pengalaman serta ‘ibrah perkongsian dari ‘orang-orang tua’...

Banyak yang dikongsi malam tadi...

'Orang tua'.. Ayahanda Ustaz Awwaluddin 

(Persatuan Ulama Malaysia)

Saya teruja bertemu dengan ‘orang tua’ yang tidak disangka punya ilmu dan pemikiran high class.. Kritikan membina beliau buat seluruh ahli gerakan yang punya cita-cita mahu melihat Islam berada di puncaknya semula.. Ya, kita ‘bercermin diri’ agar kelemahan bisa dinilai dan dikoreksi.. Saya ada buku Dr. Yusuf Al-Qaradawi berkenaan tentang MUHASABAH UMAT SE-ABAD 21.. Bagus buku itu dibaca oleh semua.. Baru kita tahu di mana sebenarnya silap dan lemahnya kita selaku Ummah yang sepatutnya memimpin dunia..

Tapi.. Apa yang paling penting ialah strategi PENYELESAIAN.. Tidak guna kita membentang berjilid jurnal sekitar kelemahan.. Lebih baik kita tumpu akan strategi kedepan.. Penyelesaian.. Perubahan.. Penambahbaikan.. Ummah ini perlu kedepan.. Perlu ada daya saing.. manfaatkan setiap ruang dan potensi yang ada.. Dan, semuanya ini perlu kepada satu kata kunci.. “SATU HATI”..

Mengapa tiada kekuatan?

Perkara termudah iaitu pesan Rasul tercinta.. Amalkanlah basmallah dalam setiap permulaan perbuatan kamu.. Itupun, kita tidak mampu praktikkan dalam kehidupan seharian.. Mengapa? Mengapa sunnah yang ‘mudah’ itu sukar bagi kita? Adakah memang itu kualiti umat sekarang? Ataupun kita masih tidak yakin dengan apa yang ditinggalkan oleh Nabi.. Sedangkan Nabi pernah berpesan kepada ummah ini.. Aku tinggalkan kamu dua perkara, jika kamu ikut akannya, nescaya kamu tidak akan sesat.. itulah Quran dan Sunnahku..

Solat umpamanya.. Ramai lagi dikalangan kita sebagai ahli gerakan yang kononnya mahu memperjuangkan Islam, masih melalaikan solat.. Ahli gerakan Islam tue.. Cuba kita koreksi sebentar.. Tak usah tengok akan tahap khusyuk kita dulu.. Cukuplah dengan komitmen kita berjemaah dan mengangkat takbir pertama bersama imam.. Amacam...? Boleh dapat tak satu minggu full yang kita komited ?.. Tepuk dada.. Tanya Iman masing-masing.. Sedangkan dengan jelas dalam Surah Al-Ma’uun.. Neraka wail bagi mereka yang melalaikan solat..

Panjang Al-Ustaz cerita pasal neraka wail..

Kerak Neraka.. Itu neraka wail.. Kerak nasi di mana? Dasar periuk nasilah.. So... Orang melalaikan solat di mana? Dasar neraka lah.. Nabi mentarbiyyah sahabat dengan Solat.. Pernah satu ketika Abd Rahman ‘Auf tertinggal takbir pertama bersama Imam kerana urusan niaga.. Tapi ingat.. Urusan niaga untuk Islam juga.. Lalu, Abd Rahman mengadu dengan Nabi.. Bukan saja-saja mengadu.. Sahabat nabi ini infak 50% hartanya sebagai menebus kecuaian beliau.. Tapi, apa jawaban mendidik dari Nabi..? Kalaulah engkau menginfakkan 100% harta sekalipun tidak akan sama dengan pahala takbir bersama Imam!.. DISIPLIN dan KOMITED sebenarnya yang Nabi nak terapkan.. Kerana tuntasnya.. Ummah yang berjaya adalah Ummah yang berdisiplin dan komited pada kerjanya.. 

Kubah MASJID dan Kubah BESAR...

Saya terkesima dengan idea pandang Ustaz.. Ya, kita selalunya kisah bila berada di bawah kubah masjid.. Tapi sering terlupa apabila berada di luar masjid.. Sedangkan realitinya kita tetap berada di bawah kubah yang sama.. cuma ianya lebih besar.. Langit.. Dan sudah pasti kedua-dua tempat tadi kita masih terikat dengan pemerhatian Allah.. Tapi sayang.. Ramai dari muslim seolah mengimani bahawa ‘CCTV Allah’ itu hanya setakat di Masjid sahaja..

Lihat sahajalah Sambutan Maulud kali ini..

Indah dan cantik sungguh puan-cik putri yang datang ke masjid.. Maulud nabi katakan.. Tapi bila berada di luar masjid.. Hmmm.. Kesian.. Ya, sekadar berarak membawa sepanduk tanpa ada natijah pengisian yang lebih baik dari semalam. Kalaulah kita berbangga dengan menyambut Maulud.. Bolehkah kita fight dengan kebanggaan Abu Lahab menyambut kelahiran Nabi? 100 ekor unta disembelih asbab gembira sungguh tika menyambut kehadiran Nabi di Dunia.. Ada muslim sekarang yang sanggup buat begitu?? Tiada.. Hatta negeri Johor yang kaya pun, tak sanggup membuat Maulud semeriah itu..

Tapi.. Apa yang berlaku..?

Sambutan sekadar sambutan.. 4o tahun selepas itu, Abu Lahablah yang paling menentang usaha dakwah Nabi.. Walhal dulu dialah yang paling sayang dengan Nabi.. Nak buat macam mana.. Tanpa penghayatan.. Cuma ironisnya kekadang Abu Lahab agak lagi bagus.. Yela.. Selepas menyambut Maulud, 40 tahun lepas tue barulah beliau menentang Nabi.. Tapi umat hari ini.. Malam nie sambut Maulud, esok dah lawan cakap Nabi.. Na’uzubillah..

'Orang tua' dan myikhwanfiideen
PEJABAT SEKRETARIAT 
Persatuan Ulama Malaysia (PUM)
Cawangan JOHOR 

2 comments:

Anonymous said...

wah2,bgus tulisan abg 2.sy jelas maksudnya...tp len mcm je abg 'mewatakkan' sy ye....kpd sume pembace,watak sbnr yg diceritakan itu 20% je yg leh cy,lg 80% phm2 je la...tokok tambah je 2...haha.nway sy sokong kandungannye...stuju murid2?TETUJU cikgu!!!!

Anonymous said...

pembetulan 'SETUJU', bkn TETUJU ya....haha tulis kul 3pg...huhu..

Blog Archive