Saturday, March 28

[UTM: 42nd ConvocatioN] Salam TAHNIAH dari saya...

Salam Tahniah!

Salam tahniah buat para graduan yang menapak kaki ke atas pentas pertabalan siswazah.. Ini suatu permulaan buat anda. Dunia mahasiswa sudah dibelakang dan sekarang anda rasmi menjadi ahli dunia siswazah.. Berkhidmatlah dengan penuh itqan buat agama.. Itu yang kritikal untuk difikirkan.. Bukannya harta dan wang.. Agama dulu.. Islam dulu.. Barulah yang lain..

Abang dan akak, graduan yang diangkat darjatnya..

"Kerana Tuhan untuk manusia"

Allah telah sebut dalam Quran.. Orang yang berilmu dilebihkan dengan beberapa darjat.. Allah sebut secara umum.. Maknanya, siapa sahaja yang berilmu tidak kira ia bukan Islam maka pasti punya kelebihan.. Itu memang sudah janji.. Janji yang maha adil dari Allah.. Cuma apa yang nak dikontraskan ialah, bagaimana kita sebagai graduan islam yang berilmu sedar akan hal ini.. Bagaimana kita yang dijanjikan kelebihan darjat punya cita-cita dan daya untuk mengangkat darjat ummah ini setelah darjat kita diangkat Allah!

Ya sudah pasti.. Ummah ini perlukan anda untuk bangun.. Atau kita turut hanyut dengan kehendak dan nafsu diri.. lalu tugas membangun ummah terbengkalai begitu saja..

“Moga anda graduan ummah yang bergraduasi di dunia lebih-lebih lagi di akhirat..

Kita usaha sama..”

Salam Tahniah!

Salam tahniah buat para guru dan mu’allim yang tidak jemu mendidik manusia.. Anda sangat mulia.. Tidak ada kemuliaan yang boleh menandingi tugas anda.. Beruntunglah para guru yang mengikhlaskan kerjanya semata kerana Allah.. Jawatan ‘prof’ ataupun ‘prof madya’ itu hiasan cuma.. Tapi, apa yang penting ialah niat mendidik itu didasarkan kerana Allah.. Disitulah pahala kepada anda dan barakah kepada anak murid anda!

Pahalah dan barakah inilah yang diabai berabad-abad sehingga kini dari sebuah institusi yang bernama Universiti.. Maka, jangan hairan bila orang berilmu pada sijilnya tapi binatang perangai pada akhlaknya! Na’uzubillah.

Tahniah juga ditujukan khusus buat Al-fadhil Ustaz Hafiz bin Abdullah atas khutbah peringatan jumaat lepas.. Ini barulah khutbah yang sebenar! Khutbah yang tidak ‘berbunga-bunga’ sehingga kita lalai memahami maknanya.. Khutbah ustaz direct to the point.. tup,tap kena pada batang hidung ‘beberapa orang’.. tup,tap kena pada penggila hedonisme.. tup,tap semua orang tersedar sehingga ada kawan saya bertanya.. Eh, siapa bagi khutbah ek..? Beraninya..

tup tap kena pada batang hidung 'orang-orang itu'.. tup tap kena pada 'penggila hedonisme'..

Beraninya..? cuba anda analisis perkataan ini.. “Beraninya”..

Adakah para guru dan mu’allim di dunia ilmu kini memang sudah hilang “beraninya”..? Adakah para guru atau dalam bahasa arabnya—ulama yang punya krediabiliti di mata masayarakat sudah tidak “beraninya” menegur salah? “Beraninya” untuk berkata benar sudah menjadi suatu kepelikan di kaca pandang manusia kini.. Ini suatu yang menakutkan! Salah siapa? Salah masyarakat yang “rosak” atau salah ulama yang “diam” membatu?? Atas alasan.. Dakwah mestilah berhati-hati.. Ya memang betul.. Berhati-hati tapi jangan sampai membatu diri!

Saya rindukan ulama yang “beraninya” berkata benar..

“Kita sepatutnya ngeri bila masyarakat sudah berani mempersoalkan “beraninya” seseorang yang memang sepatutnya kena berani berkata benar!

Ia semacam indeks KPI yang terkandung seribu makna..”

Salam Tahniah!

Salam tahniah buat ayahanda NC dan ayahanda TNC yang baru.. Mungkinkah pertukaran sekaligus dua jawatan tertinggi universiti pada tahun ini menjadi petanda aras yang baik buat para pencinta ilmu.. Malang bagi penggila hedonisme kali ini.. Moga budaya pertabalan seperti ini disuburkan.. Prinsip kita, “kerana Tuhan untuk Manusia” itu mesti diselaras dengan majlis yang dianjur.. Bumi ini lembah ilmuan dan bukannya pentas akademi fantasia!

Kami memahami situasi anda duhai ayahanda.. Bukan kita yang nak, tapi ‘orang-orang’ itu yang mahu.. ‘orang-orang’ itu yang memaksa.. Tapi, apakah demi ‘orang-orang’ itu kita sanggup menggadai anak sendiri..? Sanggup membinasa anak kandung jagaan kita..? Mahasiswa itu ibarat anak manakala NC dan TNC itu mak pak kepada anak-ank tadi.. Tuntasnya, mak pak lah yang lebih berautoriti.. Kita tahu apa yang terbaik buat anak.. Kita arif apa yang tidak boleh bagi anak-anak kita..

Bukankah ayahanda pernah menyebutkan, mengangkat martabat sebuah IPTA itu perlukan kepada suatu elemen yang terpenting iaitu proses transformasi diri. Tranformasi yang terkandung perubahan minda, nilai hidup dan keutamaan terhadap pemartabatan budaya ilmu.. Bukannya dengan menggilai hedonisme ataupun menyuburkan budaya ampuisme! Kalau tidak, kita tidakkan dapat menapak lebih jauh dari sekarang.. Apatah lagi nak bersaing dengan universiti terkemuka seperti Cambridge dan Harvard!

“Islam telah meraih zaman kegemilangannya apabila para pendokong akademia memahami dan menghayati gagasan ilmu ideal mengatasi kepentingan peribadi, kebendaan dan kedudukan duniawi.”.
[S.A Ashraf: Cambridge—The Islamic Academy]

Salam Tahniah!

Salam tahniah buat seluruh warga UTM tidak kira ia pelajar, pendidik, staf penuh ataupun sokongan.. Termasuklah staf kontrak seperti para tukang kebun yang bagi saya turut berfungsi dalam usaha memacu Universiti.. Tahniah kerana bersempena konvo kali ini, sekali lagi UTM meraih anugerah Harta Intelek Negara! Setahu saya, sudah beberapa tahun UTM menyandang anugerah R&D (Research and developement) seperti ini di peringkat negara dan tidak ada lagi pesaing setakat ini..

Anugerah Harta Intelek Negara, Universiti Teknologi Malaysia.

Apapun yang paling utama ialah kecemerlangan seperti ini perlu diteruskan.. Hala tuju mencapai gagasan pengajian 2020 melalui 7 Teras Pelan Pengajian Strategik Negara jangan disia-siakan.. Jangan dicemari oleh budaya negatif yang melambatkan lagi proses ini.. Sebab kalau budaya ilmuan yang menjadi tradisi ditong-sampahkan dan hanya bergantung dengan sistem semata, kita takkan ke mana.. Sistem bukanlah elemen mutlak penentu kecemerlangan!

Buktinya.. Saya terkejut dengan maklumat dari Oxford (salah sebuah 5 IPT terbaik dunia)...

Oxford tidak punya persijilan ISO (International Organization for Standardization)! Begitu juga kebanyakan IPT dunia lain yang tersenarai dalam 200 universiti terbaik di bawah WUR (World University Rangkings).. Itulah.. Kita terlalu mengejar ISO sehingga elemen tradisi budaya ilmuan terpadam dan tidak diendah.. Hakikatnya, universiti dunia yang unggul seperti Oxford sendiri pun tidak bergantung dengan ISO!

Jadi apa rahsianya..?

Bukan sekadar nilai dan budaya akademik, bahkan teras keimanan juga memainkan peranan dalam konteks kecemerlangan yang sebenar!

Rahsianya ialah kualiti manusiawi.. Kualiti akademia professor dan juga kemantapan ilmu serta pengamalan tradisi budaya keilmuan di kalangan mahasiswa. Itulah rahsianya.. Dia akan pusing balik kepada ilmu.. Ya, dengan ilmulah martabat orang ditinggikan.

“Kemajuan ilmu yang sebenar bukan hanya menjurus kepada kualiti jiwa, minda, aspirasi,cara hidup, dan kemahiran para graduan.. Tetpi juga merangkumi sikap mereka terhadap ilmu, sumber ilmu, bahan-bahan ilmu dan golongan ilmuan!”
[Wan Mohd Nor Wan Daud: Kuala Lumpur—Penjelasan Budaya Ilmu]


myikhwanfiideen, Pencinta tradisi keilmuan.

2 comments:

Nafsah Dulajis said...

tahniah setinggi2nya...
mari menghayati ilmu!

myikhwanfiideen said...

syukran wa jazakallah!

Na'am.. ilmu perlu dihayati.. dan diamalkan..

Blog Archive