Sunday, March 15

Sekejap, kejap, jap...-Akhirnya SAKIT!

Jom dengar kuliah kat Masjid… -Kejap!

Bangun.. Bangun.. Dah dekat nak subuh dah.. -Jap!

Eh.. Dah azan dah nie.. Jom pegi surau. -Sekejap!

Kejap

Jap

Sekejap

Selalu tak kita ucapkan perkataan ini ataupun sewaktu dengannya? Kalau pun jarang, tapi pasti pernah bukan?

Lumrah!

Lumrah pada mulanya.. Tapi ia bisa menjadi penyakit kata Dr. Yusuf Al-Qaradawi.. Dari simptom bertangguh akhirnya jadi penyakit malas yang pasti akan membantutkan kerja!

Mungkin kena minta 'ubat malas' dari Dr. Semut...

Imam Hassan Al-Basri berpesan:

Awas dari tangguh menangguh! Hari esok belum tentu! Jika besok harimu, jadilah besok seperti hari ini. Jika besok bukan harimu, jangan menyesal kerana kecuaianmu hari ini!

Penyair terkenal Al-Mutanabi merakamkan:

Kenapa leka dari beramal,

Di hari Mahsyar perlu membekali,

Berbekallah sebelum mati,

Sebelum berkumpul di Mahsyar nanti.


Di masa hidupmu tiada bertani,

Waktu menuai menyesal di hati,

Kerana cuai leka dan lali,

Waktu menyemai nanti-menanti!

Suatu hari Amiirul Mukminin ‘Umar Abdul Aziz keletihan kerana membuat kerja sepanjang hari.. Lalu datang seorang menterinya memberikan nasihat;

Tuan yang mulia.. Patik cadangkan kerja ini ditangguh ke hari esok..

Jawap Khalifah.. Bagaimanakah pula jika kerja-kerja ini terkumpul dalam masa dua hari??

Penyair Arab As-Syauqi ada mengingatkan;

Kerja hari ini jangan dilewati,

Kerana malas menyusuk diri,

Di hari esok kau belum pasti,

Mungkin lemah datang lagi.


Selesaikan kerja hari ini,

Jangan ditangguh sampai ke pagi,

Siapa jamin di besok hari,

Malang tak berbau datang kemari.

Dan Rasulullah telah bersabda kepada umat;

Manfaatkanlah lima waktu sebelum datang lima waktu yang lain;

Masa kamu hidup sebelum kamu mati

Masa kamu sihat sebelum kamu sakit

Masa kamu lapang sebelum kamu sibuk

Masa kamu muda sebelum kamu tua

Masa kamu kaya sebelum kamu miskin.

Alhamdulillah beberapa ubat penawar ini masih mampu ditemui dalam waktu kelemasan yang semakin menghimpit.. Penyakit selalu menyerang.. Ibarat demam yang mendatang tanpa diduga.. Yang penting kita jangan lupa ‘minum ubat’!

Syukran ya Rasulullah.. Syukran ya Shiekh As-Syauqi.. Syukran ya Amiirul Mukminin.. Syukran ya Shiekh Mutanabi.. Syukran ya Imam Hassan Al-Basri.. Syukran ya Dr. Yusuf Al-Qaradawi.. Syukran buat semua sahabat-sahabat..

Syukran sudi menghulur ubat!


Myikhwanfiideen

“Klinik Iman”, Masjid As-Syaakiriin..

KLCC, Kuala Lumpur.

4 comments:

Mohd Syauqi said...

salam. nama saya Syauqi. tapi sy pun spesis yg suka cakap "karang lah". hei, bila lah mau berubah?

myikhwanfiideen said...

Salam kembali...

Ya sdr Syauqi... Kebetulan nama tue sama ek..=)

Insya Allah. Kt sama2 mujahadah.. Lps nie "Karang lah" akan jadi "ok bah"

"Aku hanyalah hamba Allah'-Byk kupasan ilmiah dlm blog nie.

TQ.

Anonymous said...

salam.. bila bc article ni,, dush!! kene muka sendiri.. thanx ya.. but kita x blh minta ubat malas dgn Dr semut.. nanti tambah malas.. cz malas bertambh sihat. kena minta ubat hapuskn malas.. mcm ridsect.

myikhwanfiideen said...

Salam buat NFO bukan UFO..=)

Tengah cari nie kat KL ubat malas.. Tapi, aduh bukan ubat yg dijumpa tapi racun..

Nyesal turun KL..=)

Blog Archive