Monday, March 23

Just a little bit "sharing"..


Bismillahi La Quwwata Illa Billah.

Apa khabar rakan-rakan semua? OK ke KO?

Insya Allah sihat harapnya… Sihat ‘fizikal’ mahupun ‘rohaninya’.

Saya baru balik (tue pun nak kecoh!)

Saya baru balik daripada industrial visit di Lumut Perak. Terasa sangat lama rasanya berpisah dengan blog tersayang (walaupun bukannya best sangat pun, ^^).

Alhamdulillah pagi nie baru ada kesempatan nak menjenguk saudara-saudara semua.

Hmmm… banyak sebenarnya nak dikongsi (walaupun takde orang nak baca) sepanjang pengalaman bermusafir. Even musafir yang tak seberapa jauhnya (yela, sekitar malaysia jer) tapi asalkan berjumpa dengan manusia maka pasti ada ceritanya... Cerita dan ragam yang tersendiri. Lalu ragam tadilah yang memberikan pengajaran buat hati yang memerhati.

Ibarat kita melihat binatang..

Let say binatang kat zoo lah (tapi saya tak pegi zoo).. Bila kita nengok ragam binatang dalamnya pasti kita ada something cerita yang boleh dikongsi.. Ala.. Kalau kita tengok singa umpamanya, singa tue kan GANAS! So pengajaran dia, walaupun singa ganas tapi ‘pak dia’ tetap tahu nak jaga anak! Bukan macam sesetengah ‘pak manusia’.. Anak dibuang dalam tong sampah! (boleh terima ke?? Ala.. Tak kisah la.. Suka hati aku nak tulis apa..)

First time visit site ngan member-member sekelas..

Nie project ape plak nie? Hmm..Entah apa-apa ntah la budak2 nie..

Macam-macam manusia yang ada. Dan semestinya macam-macam ragam dan tabiat yang terkeluar (buang tabiat pun ada!).. Saya pun terpaksa layan.. Layan je (yang tak betul, saya tak layan la).. Alahai Zul... Bila lagi nak enjoy?? Kan dah nak tahun akhir nie.. Hmm, pandai diorang sakat aku heh.. Aku pun perli balik la.. Hmm, takdelah pula Tuhan cakap.. Kalau kamu tahun akhir, so dosa dan pahala KIV sebentar!

Selesai industrial visit.. Saya memilih jalan sendiri meninggalkan kekawan yang berkarenah dalam bas.. Saya menyinggahkan diri ke KL.. Kuala yang banyak Lumpur itu..^^..(dulu KL terkenal dengan lumpur sebab tempat lombong.. Now, lumpur ape plak ada kat KL ek? Lumpur m*****t kot.. Kawan cakap.. Bukan saya. Orang KL, jangan marah saya..)

Kawan baik saya kahwin! Akhirnya si Hafiz yang ramai peminat itu bertemu jodohnya =)... Ini antara sebab saya memaksakan diri untuk menjejak kaki ke tempat yang berLumpur itu. Melihat kawan baik kahwin.. Harap-harap ‘berkat’ tue turun kepada orang yang hadir.. Jadi, sekaligus saya pun akan terkena ‘berkat’. Ceh! Pungguk rindukan bulan nie (Saya bukan pungguk.. Saya manusia)..

1-0..

Kau cabar aku Fiz..? 1-0 kamu kata?.. Huhu.. Tengoklah nanti.. Saya akan bolos kamu 2-1.. Hehe.. Takldelah fiz.. Aku mengaku kalah la.. Sekali-sekala kalah takpa. Sebab aku dah puas menang selama nie. So, part nie aku bagi kau menang pula.. Sebab aku kesian nengok kau. Asyik2 kalah! (Ceh! Pandai sungguh aku kilas.. Walaupun asalnya terkebil-kebil juga tengok dia. Saya doa kamu berdua sentiasa bahagia ya!)

3 orang 'jejaka' kat belakang tue tak malu ke tumpang sekaki..?

Habis majlis saya pun bercadang untuk pulang. Sebelum tue sempat kirimkan ucapan buat Ibu tersayang di kampung. Kirim melalui adik. Adik balik untuk cuti yang panjang until july (Seronok lah tue!)..

Tapi kembara tidak habis di situ..

Kebetulan seorang sahabat ajak saya melawat makciknya dekat Kajang. Ziarah sambil makan malam katanya.. Makan? Macam best offer nie. Ok.. Layan juga la (yang tak betul; maaf saya tak akan layan). Wow! Subhanallah!.. Saya teruja.. Really excited. Bukan excited tengok anak dara dia (Astaghfirullah.. Budak-budak nie selalu fikir benda lain).. Saya teruja tengok rumah makcik tue yang penuh dengan rak buku. Rak buku yang dipenuhi buku (kalau rak buku yang kosong buat ape?).

Makcik.. Buku Shiekh Sayyid Nasih ‘Ulwan nie cerita pasal apa? Saya sengaja ‘ngetest’. Saja nak tahu makcik tue kategori “baca buku” atau “pamer buku”.. Tapi.. Aduh! Saya salah orang nampaknya.. Bukan setakat dia bagitahu sinopsis, siap berceramah panjang dengan saya. Pakcik sahabat saya tadi seronok tengok saya diceramah!

Kamu pernah baca Quran? (Aik.. Nie soalan bola tanggung nie). Mestilah makcik.. Saya baca Quran hari-hari! (Saya menjawab dengan ‘poyo’. ‘Poyo’ bersebab kata sahabat saya.. Ek eleh, dia tue lagilah—diam seribu bahasa). Kamu paham apa yang kamu baca?? Hmm.. Bolehlah sket-sket.. Nah! Kamu bukannya betul-betul membaca Quran. Sebenarnya kamu mengeja Quran!

Orang yang membaca ialah orang yang memahami apa yang dia baca. Contoh.. Kalau kita sebut pen.. Kita boleh bayangkan rupa bentuk pen tadi. Kita tahu apa fungsi pen buat manusia. Senang cakap, kita boleh kenal dan arif akan benda yang kita ungkapkan.. Itu barulah membaca! Tapi, kalau setakat boleh sebut tanpa faham.. Itu mengeja namanya.. Ibarat seorang budak yang belajar mengeja B.U.—bu, K.U.—ku; buku. Tapi sayang, si anak tadi tak ‘kenal’ apa itu buku..

Saya diam.. Menjadi Pak Fikir sebentar. Mengimbas lalu memateri hikmah yang dilontar oleh makcik tadi ke dalam hati. Ya.. Saya manusia yang percayakan bahawa hikmah itu boleh datang dari mana-mana makhluk yang punya ilmu.. Hikmah bukan milik orang PHD sahaja. Bahkan, hikmah boleh keluar dari seorang tukang sapu DBKL!

Jadilah kita ‘pemungut hikmah’! Macam mana nak kenal benda tue “hikmah” atau “sampah”?? Nie pun satu persoalan juga.. Hmm.. Hanya pakar yang boleh mengenal manikam. Hikmah itu ilmu. Maka ilmu jugalah yang bisa mengenal akan ilmu. Maka.. Jadilah pemungut hikmah yang berilmu.. Upgrading Ourself!

Sebelum balik makcik menghulur satu buku.. Wah! Sekali lagi saya teruja (Asyik-asyik guna bahasa teruja.. Habis? Dah perkataan nie je yang aku tahu..). Saya dihadiahkan buku yang sudah lama saya cari-cari.. (Makcik nie macam tahu-tahu jer isi hati saya =).. Perasan! Kata sahabat saya). Alhamdulillah buku BEDIUZZAMAN SAID NURSI—Sejarah Perjuangan dan Pemikiran pasti menjadi teman saya atas bas malam nie! Lagipun buku nie susah nak cari sebab dia hanya release melalui penerbit UKM..

|Puduraya, 11 malam|

Lemas dengan gelagat dan ragam manusia.. Saya pun melilau mencari kedai-kedai buku yang best sekitar Pudu (Hmm.. mulalah lah tue.. Mula la buang tabiat kata kawan saya).. Ya, perangai membeli buku walaupun kekadang tak sempat dibaca sudah menjadi tabiat saya. Harapnya keturunan saya pun berkongsi tabiat yang sama. Ini bukan tabiatlah.. Ini Budaya.. Cewah! ^^ (Kalau ada duit takpa.. Entah berapa ringgit je kat poket tue.. Eh! Ko sibuk apesal??. Hehe..)

Satu RASA dua HATI—Ust Pahrol Mohd Juoi.. Erm.. Macam pernah tengok buku nie.. Kat mana ye? Owh ya.. Abi Saif pernah sentuh isi buku nie dalam satu entry beliau.. Hmm. Patutlah.. Saya pun membelek buku Ust Pahrol then buat screening sat.. Best! Memang bagus.. Santai tapi bolehmenusuk kalbu dan mampu mencanai sikap! “Persediaan mesti dibuat sekarang bukannya nanti!” Itu prinsip..

Membaca tue budaya dan bukannya buang tabiat! Biar miskin harta asalkan kaya akal!

Saya seluk poket.. Ada duit ker?? Kuikuikui.. memang duit tak cukup.. Alhamdulillah duit tak cukup. Adalah hikmahnya tue.. Pok! Tetiba bahu saya disentuh seseorang.. Eh Syukrani rupanya (sahabat lama). Nak beli buku ker? Yup.. Tapi duit tak cukuplah (nada sedih dan muka seposen).. Nah! Ambik nie.. Ye? Saya buat-buat tak percaya (padahal mahu, itu strategi supaya tak kantoi). Alhamdulillah.. Syukreye! Duit sudah cukup! Adalah hikmahnya tue.. Hikmahnya—Allah memang nak saya baca buku nie!

|Puduraya,11.30 malam|

Saya naik bas (kawan kehairanan nengok saya jinjing satu buku baru..). Dari mana dapat duit? Dari langit! Allah turunkan manna wa salwa! (Huh, puas hati aku..(“,) ).

-myikhwanfiideen-

Copyright reserved.

9 comments:

Muhammad Hafiz said...

Zul...zul...

Ana pasti nta tahu apa ana nak tulis.
Jgn tunggul zul.

Seperti dalam 7th Habits, you must be PROACTIVE...

Moga Allah permudahkan segala urusan nta...

Anonymous said...

salam..
nape cover satu rasa dua hati tu lebih cantik dari ana punye..
ana punye wane putih bersih..

nway sharing is caring

moga Allah pmudahkan urusan anta n sahabt2..
amin..

Unknown said...

waaa....beznya lawatan itu..=)
n smoga abg zul dpt"rahmat" itu jgk...hehe..jan lupa jempot...
krm salam sma razey ey...bez la razey cuti dah...maybe ada masa sy dtg la kb lawat2 dia..hehehe...

myikhwanfiideen said...

Hafiz@Imam besar yg tak besar;

Mana mungkin ana nak pastikan apa yang enta nak tulis..=)

Tapi bolehlah agak sket2..

Hmm.. PROACTIVE? Tapi ana rasa yg lebih kritikal difikirkn ialah PRODUKTIF... Itu pendapat saja..

I'Allah.. Urusan enta pon. Enta tue belum stabil lg. hehe

-------------------------

cik mutiara yg bernilai;

Sebelum tue nak tnya dulu.. Apesal guna id mutiara bernilai? Ada apa2 maksud kah? Explain sket..=)

Cover tue lagi cantek sbb design khas utk ana.. huhu.. Xdelah.. Itu cover utk cetakan ke2.. 2009. Ana dah tengok..

sharing is caring?? wat u means??

I'Allah.. Urusan ukhrawi terutamanya..

p/s- Maaf sy tak sempat reply msg.. Bukan tak sempat sbnrnya.. Tapi mmg dah 3 hari takde kredit.. Economical Crisis.. bukan sy.. Ekonomi dunia tapi effect pd sy.. haa.. samalah tue! =)

---------------------------
Mr. Farid yg best;

Xdelah best sangat.. Tapi, dah WAJIB apa nak buat.. hehe.. Lagipon mkn free.. Itu penting..=)

Bole2.. Nanti abg buat announcement kat BLOG:

"Tuan-tuan yg mulia anda dijemput ke ....." Bolehkah begitu.. Haha.. Jgn berangan-anganlah.. Nanti jadi mcm mat jenin..

Yaa.. Razey syok lah tue kat umah.. Dia ambik lesen keta cuti nie.. Huhu.. Dah tua bongkok baru nak ambik lesen.. Farid, ketawakan dia ya kalau jumpa.. hehe

Jemput2.. Abg jemput pegi KB.. nanti kita main lumba kuda ya.. Ada berani?? =)

Anonymous said...

hidup tanpa identiti? @ tak nak mencari publisiti?

haha2... apa pun nanti ana nak pinjam buku tu.. boleh?.. kalo nta x nak kasi pinjam, nta kene syarahkan kat ana kandungan buku tu..

Unknown said...

berani2...m,msti sahut cabaran abg zul neh(wlpn sy x pena g nek kuda)=P..hehehe...

boley bha lao abg zul...bwt aja entry jemputan kawen...mesti meletop..=0

laa..bru ambk lesen rpnya razey 2..hihi..ingt after spm 2 dah ambk..t sya sy joke2 sma dia..XD
razey lama ey x update blognya...bz kot kat uia 2...huhu...

well,abg wish u luck 4 ur final exam k...do d besh as u owez do..=)

Anonymous said...

salam,tq promot diri ini.Odeng

myikhwanfiideen said...

Anonymous 1 yg kantoi dgn aku;

Bukankah manusia itu perlu identiti??

Kalau tidak perlu, masakan sunnah Nabi mengajar umatnya memberi nama yg baik2 buat anak-anak..

Bukan itu anjuran supaya kita punya identiti yg baik2 ?

Mau pinjam buku??

Bole.. Tapi kene mai secawan dulu utk ana.. Tempat biasa.. Ana pasti 'on call' punya.. I'Allah..

----------------------------
Mr Farid yg tambah2 bestnye;

Ala senang je naik kuda tue.. Kalau tak pun.. Naik sambil ikat Farid atas kuda.. Hehe.. Bukan apa.. Takut jatuh.. nanti satu KB ketawakan..=)

Entry kawen? MeletOp! Uih.. Bahaya tue.. Kesianla pc kwn2.. Hmm. Byk lagi entry yg penting dari itu.. Tapi, kalu farid mau.. abg bole tolong promote utk Farid.. Amacam?? Ada berani? hehe

Bukan buzy dik.. Pura2 buzy.. Biasalah mahasiswa nie.. Meetg macam tgh tadbir negara.. haha

Kamu juga dik.. Gud lak utk exam dan apa shj urusan hidup!

------------------------
Anonymous 2, Mr Odeng pakar Nuklear;

Aik.. Itu jer.. huhu

Sekadar nak promote diri buat apa pak odeng.. Bagi lah tasji' sket..

p/s-tapi jgn ajar org buat nuklear plak.. nanti tak pasal2 kita masuk ISA! =)

Anonymous said...

salam..
owh.. 2nd edition rupeny..
nick mutiarabernilai tu ade seseorang bagi kat ana..
dah almost 4 years..

p/s : xpe2.. ana faham sbb ana pun tkena tempias krisis ekonomi ni..

Blog Archive