AWAS... Ini hanyalah monolog HATI!
Maaf jika ada menyentuh mana-mana sensitiviti perkauman, agama, jantina atau lain-lain. Harap maklum. TQ
Geram pun ada.. Sakit hati pun ada.. Sakit otak apatah lagi… Sakit mencari jawapan!
Bukan nak menghukum.. Aku tak hukum diorang pun. Aku hukum diri sendiri.. Aku lemah, aku tak mampu nak cakap.. Nak explain.. Takut dia kata menyibuk. Aku punya suka la.. Kau peduli apa?? Haa.. kalau dia jerkah macam tue.. Amacam?
Itu yang aku meluah kat blog nie.. Meluah perasaan.. Tekanan.. Himpitan.. Jerutan.. Entah macam-macam punya jenis pressure la.. Sampaikan Pascal pun tak boleh explain unit pressure mana satu yang boleh diguna pakai..
Ingin sahaja aku mendiamkan monolog ini.. Tapi, apakan daya sudah tak tertanggung!
Bayangkan...
Pagi-pagi aku naik bas.. Pegi kuliah. Nie aku.. Aku cakap diri aku.. bukan orang. Tiada kaitan dengan orang..
Naik bas sebab dah memang takde transport.. Habis nak naik apa? Naik kaki? Jauh tue.. Kesian ngan kaki.. Nanti patah, orang kata kufur nikmat pula.. Okla.. So, keputusannya naik bas lah.. Kena naik bas jugalah.. Walaupun aku start tahun satu dah taubat tak nak naik bas lagi!
Sekarang dah tahun akhir pusing balik pula.. Naik bas.. Kawan cakap.. Takpa shiekh.. Tarbiyyah.. Tarbiyyah tarbiyyah juga, tapi hakikatnya ancaman iman ada juga!
Iman kau terancam..? Yela, dah iman setebal kulit bawang.. Mestilah terasa diancam. Melainkan kalau kau punya iman setebal papan prospect projek aku yang susah nak digergaji tue.. Itu golongan wali lah.. Aku bukan wali.. Kalau aku wali, dah lama aku naik awan guling atau zam-zam ala kazzam macam P Ramlee pegi kelas!
Sempit, rimas, padat, hangat..
Macam-macam lagilah cabaran naik bas pegi kuliah nie.. Pegi kuliah tue.. Dalam Universiti tue.. Bukan kat KL. Bukan naik LRT atau komuter ke seremban.. Hebat kan!
Entahlah.. Hari tue kalu tak silap, dah ada orang persoalkan masa dialog kolej.. Napa bas kita tak boleh buat asing? Bas perempuan dan bas lelaki asing.. Tapi tahu tak apa ‘orang-orang’ tue cakap?? Dia tak cakap la.. Dia senyum dan sengih ala-ala menghina.. Mungkin soalan tue sangat hina kot.. Tak layak sebuah universiti yang maju tetiba nak asing pula bas lelaki dan perempuan.. Tak lojik! Mungkin.. Mungkin itulah dalam kepala otak dia..
So.. So..
So, aku lah yang jadi mangsa keadaan.. Aku tahu bukan aku seorang.. Tapi, realitinya aku antara mangsa! Panasss.. Tak puas hati nie.. Ya, ramai lagi yang tak puas hati..
Bayangkan...
Dengan gaya lenggang-kangkung then, selamba jer duduk sebelah.. Eh, kan banyak lagi tempat kosong kat belakang sana..? Aku tak kisah la kau nak duduk sebelah.. Tapi, please jangan makan ruang.. Aku dah la terhimpit kat tepi tue.. Tak kesian ker..? Dah la bau macam-macam.. Kan dah Nabi explain dalam hadis apa hukum perempuan memakai wangian yang semerbak! Aku memang nak tutup hidung.. Tapi, sampai manalah nafas aku boleh tahan.. Perlukan oksigen juga..
Bila aku stay kat tepi tue.. Aduh, makin ambik ruang pula minah nie.. Apalagi, aku pun tarik muka masam la.. Ek eleh.. Boleh dia senyum dan gelak ngan kawan dia.. Suka la tue.. Apa?? Kau ingat aku takut ngan kau ker?? Aku menyempit kat tepi tue sebab aku takut ngan Allah lah! Bukan dengan kau.. Perasan!
Bayangkan...
Nak keluar dari bas tue punya lah payah.. Payah memang payah sungguh.. Kena guna teknik menyelit ala-ala Robinho! Apa taknya.. Nak mengelak halangan-halangan yang merbahaya.. Merbahaya pada iman!
Selalu berlaku..
Aku sudah cilok baik punya tapi sampai satu part tue aku jam.. Sempit sungguh.. Tak berani nak cilok.. Robinho pun takkan lepas.. 1/2 jengkal! Bayangkan.. Mana lah nak muat.. Saja jer timah tue buat dont know.. Ingat badan aku papan lapis ke? Meluat sungguh aku..
Kalu ikutkan darah muda, sudah aku terajang minah tue supaya dia paham nak ke tepi.. Tapi fikir juga.. nanti jadi isu pula.. Masuk bicara universiti pula.. Then masuk metro pula.. Seorang siswa menerajang siswi kerana tidak diberikan laluan keluar dari dalam bas! Jangan.. jangan kejam.. Dia mad’u kita.. Oklah.. Saya akur dengan nasihat akal.
“Cik, boleh tak bagi laluan besar sket.. Maaf ye”
Tapi kalaulah ada 7 orang siswi berdiri dalam bas.. Takkan 7 kali nak ulang.. Jenuhlah nak cakap macam nie.. Tolonglah paham-paham sendiri.. Entahlah.. Aku pun dah bingung.. Kenapa semudah itu engkau biarkan orang menyentuh tubuh mu?? Ya Allah.. Peliharalah imanku.. Peliharalah umatmu.. Peliharalah kesucian para muslimah.. Janganlah engkau jatuhkan maruah mereka asbab diri mereka sendiri..
Sedih.. Aku sedih..
Itu baru cerita dalam bas.. Cerita luar bas belum lagi.. Cerita kat kolej.. Cerita kat fakulti malam-malam kononnya nak study.. Cerita kat kafe.. Cerita bonceng.. Cerita kantoi.. Cerita luar Universiti.. Cerita kat sekolah menengah.. Cerita.. Cerita.. Aku lemas!
Jangan salah paham yer.. Kisah nie bukan nak tuju ngan perempuan jer.. Lelaki pun sama..
Dah perempuan bagi ‘peluang’, yang lelaki pula tak usah nak cakap la.. Peluang percuma pasti disambar!
So, 2x5 !
Konklusinya..
Jadilah hiasan termahal di dunia.. iaitu 'Wanita solehah'.. Yang punya iman dan harga diri.. Wanita yang dibungkus dengan taqwa dan malu.. Malu itu sangat indah bagi seorang wanita.. Malu itu juga adalah bonus yang akan menzahirkan lagi kecantikan hakiki anda!
14 comments:
salam.. lawa gambar tu..
bm ke? huhu... tahniah...
salam kesabaran buat kamu myikhwanfiideen...
semoga terus dibekalkan iman dan takut pada-Nya...ameen...
haha. biasalah.. walau macam mana berlakunya keadaan yang mengguris tarbiyyah dan mencalar iman, itulah hakikat nya cabaran itu di dunia ni. dan perkara2 itu memang realiti, syeikh. kita tak dapat nak menyangkal dengan kehidupan yang terlalu dangkal di dunia ini. sedih.. ya.. sangat sedih... ana sendiri, mendengarkan begitu banyak ragam yang melibatkan keruntuhan iman terutamanya yang berlaku pada kaum ana sendiri, ana cukup sedih.. kasihan.. dan mungkin mereka masih kurang mengetahui tentang islam, biarpun aqidahnya islam..
macam mana pun, tahniah kerana enta salah seorang yang membenci akan perkara yang mungkar. benci perkara yang mungkar, bukan benci org yg melakukan perbuatan mungkar. jangan sekali2 benci saudara2 kita yang masih tidak memahami. mereka mungkin perlukan lebih banyak pendekatan dan dorongan terhadap islam. doakan mereka dan saudara2 seaqidah yang lainnya.... insya Allah semoga mereka yang lainnya diberikan petunjuk.. amin..
Sabar .... sabar... innalahama'sabirin...
Pemuda Tawau @ http://pemuda-tawau.blogspot.com
Huhu....abg...amik aje buku pas2 buat mcm abg ckp dalam usrah.hehe.msti mantap!
Tanpa Nama:
Ketahuilah org yg tiada nama itu tidak punya identiti atau takut mahu mendedahkan dirinya siapa..
Atau tidak yakin dengan dirinya..
Ataupun memang dia tahu perbuatannya salah..
Itu sebab dia mahu sembunyikan identiti sebenar!
Realitinya setiap org di dunia punya identiti.. Anda tidak boleh lari dari itu!
Anyway, TQ sudi memberi respon Tapi kalu respon gambar komik je buat apa? Responla benda lain..
Dr. penDAMAI:
Salam kesabaran buatmu juga..
Kalaulah semua org suka keDAMAIan kan bagus..
Pasti dunia ini bisa tenang dan nyaman..
Syukran..
P/S-Mungkin kene pegi Ukraine utk cari keDAMAIan di sana..
Dr. Srikandi:
Saya berkira-kira mahu buat satu research.. Research pasal index pencemaran aurat!
Boleh kamu bantu saya?
Tapi sekarang masih tengah buat prototype alat detector.. Mungkin kene buat ala-ala stetoskop. Mungkinlah..
Ya.. Kita make do'a dan da'wa.. Insya Allah mereka dan kita akan selamat.. Ameen.
Pemuda TAWAU:
Salam kepemudaan! Abg Bubu kah itu??
(^^).
Pemuda bisa bersabar tapi kalu dicabar bahaya...
Insya Allah bang.. Doakan saya di sini.. Doakan moga thabat dan terus istiqamah dalam gelombang yg bermacam bentuknya..
Takbir!
Adekku si Kunci Hati:
Ada kunci hati tak?
Pinjam.. Abang nak kunci hati.. Start pukul 8 pagi sampai pukul 5 ptg..
Hbs kuliah, buka semula.. Kalu ada, bak sini.. Abg nak pinjam!=)
masya allah akhi.. tu la realitinya naik bas ke kuliah setiap hari.. ana sebulan awal selepas mendaftar je naik bas.. then dah taubat tak nak naik bas.. haih.. ancaman iman beb..
salam. zul. memang utm ni susah kalau bus asing2.. ana pernah terbaca dala majalah nur. di negara mana ye, bila ada muslimat seorang berada di dalam bus, semua orang lelaki yang hendak naik bas tu, tak jadi naik sebab nak jaga maruah si perempuan. Bukan ana nak samakan di tempat kita. tapi itu masalah di utm dan di mana-mana selagi di malaysia. Ana pernah nak patent kan idea supaya bus ekspress mestilah penumpangnya duduk di sebelah jantina yang sama..
Ana juga kalau jadi lelaki, ana tak sabar dengan apa yang terjadi. Silap-silap haribulan, ana rela tumpang foreigner yang bawak kereta. Ana sarankan, supaya nta doa banyak2. Minta allah permudahkan urusan nta supaya iman terjaga. Ana berikan satu method, terpulanglah kalau nak ikut, tapi kala ana yang tiada pilihan, ana memang akan tahan kereta yang pemandunya sejantina dan tumpang keretanya. terpulanglah dia nak pergi mana, tapi tolong drop kan kat tempat yang terdekat dengan kawasan yang kta nak pergi tu. Hu, ana memang tak segan bab-bab ni, sebab nak menjaga hak yang lain. selamat beramal WA...
mr otai yg beriman:
Ya Akhi.. Kadang-kadang sampai xda mood nak g kelas.. Mmg jrg sgt lelaki naik bas.. Yg ramainya cuma foriegner..
Ya kah? Tinggi mujahadah tue.. So, skg naik apa pula pegi kuliah..?
saye pun student UTM jugk...
saye tau feel sedare bile kene naik bus yg penuh sesak ngan mnusia.. slalu time pg2.. bukan laki2 je masalah..perempuan mcm saye pun mngalaminya..lg2 kalo ade mate2 laki yang jenis pandang mcm laser..alih2 kite yg perempuan ni yg dpt dosa kering..kadang2 bukan nak kasi laluan..tp saje2 nak halang org len..nak 'terajang' x boleh..kite perempuan.. ape yg boleh buat mintak tolong bg jalan je..sambil kene la tahan telinge..mcm2 ayat yg keluar dr mulut diorang... tp alhamdulillah second semester da ade kenderaan sndiri....itu pun sbb ade class mln yg mmerlukan sy bwk transport sendiri...
Post a Comment