Tuesday, March 24

MATI: Apakah ‘falsafah’ disebaliknya?

Bismillahi La Quwwata illa Billah!

Eh.. Mak? Kenapa mak datang sini?.. Bebel nenek sambil memandang sudut bilik hospital. Dah sebulan nenek sakit tenat. Sebulan terlantar tak pernah ada ‘nafsu’ nak bercakap. Tetiba hari nie, entah macam mana ‘ibunya’ pula muncul..

Bagaimana moyang saya yang dah berpuluh tahun meninggal boleh muncul kat hospital? Adakah ini petanda sakratul maut sudah makin hampir..

Kubur sinonim dengan mati... Orang yang takut kubur selalunya takut akan mati.

Mak.. Mengucap mak.. Mengucaplah “Laailaaha’illallah” .. Ibu yang menjadi teman pendamping nenek tidak lupa-lupa mengajarkan kalimat syahadah buat nenek. Apatah lagi bila nengok nenek ‘lain macam’ je pagi tue.. Alhamdulillah.. Nenek mudah nak mengikut.. Mudah nak mengucap. Bahkan, syahadah menjadi zikir sepanjang terlantar atas katil putih.

Beberapa ketika kemudian.. Nenek pun kaku tak bernyawa.. Inna lillahi wa inna ilaihi raaji’uun!

Allah telah memanggil ruhnya untuk menghadap setelah dipinjamkan kepada sebuah jasad yang dipanggil ‘nenek’..

Tinggallah anak, cucu, cicit, pipit, dan apa yang sewaktu dengannya.. Tinggallah juga kambing kesayangan, kebun belakang rumah yang penuh dengan rambutan, sawah padi yang terbentang menghijau, kolam ikan yang penuh dengan talapia kerana semuanya adalah fana.. Kecuali bekal amal dan iman yang sudi menjadi teman ke alam baqa’..

Cuma sekali-sekala, adalah doa anak-anak yang datang menjenguk. Beruntunglah ibu bapa yang punya anak soleh!

Moga Allah merahmatimu nenek..

Peristiwa.. Bila ada peristiwa mesti ada sebab kepada berlakunya satu peristiwa.. Dan orang yang bijaksana adalah orang yang bila mana ia memandang peristiwa.. Dia mampu terbitkan MAKNA dari peristiwa.. Makna yang boleh memandu kepada hikmah serta pengajaran..

Begitu juga dengan kematian.. Kematian adalah peristiwa.. Dan jikalau kita mahu tergolong sebagai orang bijaksana, maka kita mesti mampu mencari makna atas peristiwa kematian.. Bahkan kata Nabi, bukan setakat tahu makna sahaja tapi perlu punyai kesediaan menghadapi peristiwa mati!

Hakikatnya.. Tiada siapa di dunia ini yang mampu menolak ‘lamaran’ malaikat maut.. Apabila ia datang ‘meminang’.. Maka, tidak akan dipercepatkan walau sesaat dan tidak juga dilambatkan walau sesaat!

Tidak ada alasan; aku belum bersedia.. Nak tangguh minggu depan boleh tak? Atau.. Jap-jap.. Bagi aku masa lima minit.. Nak solat zohor dulu! Ataupun lagi teruk, Eh! Bukan dalam ‘schedule’ aku mati tahun depan? Apesal lak kau datang awal nie?? (Opss, Jangan ketawa. Ini bukan lawak..Then, memang takdelah respon macam tue!)

Itu sebab peristiwa kematian sering berlaku secara tiba-tiba.. Ada yang tak disangka langsung. Minum kopi petang-petang dengan anak bini tiba-tiba boleh mati??.. Mulalah manusia mencari ‘makna’ kematian secara zahiriah.. Apa penyakit? Lantas bedah siasat dibuat! Kesian mayat yang punya keluarga yang tak faham-faham lagi makna kematian...

Autopsi dengan hanya 'mata pisau' tanpa 'mata hati' pasti tidak ketemu 'makna' kematian...

Penyakit itu sekadar ‘makna suratan’.. Bila anda berpenyakit, anda ada potensi untuk mati! Tapi apakah ‘makna siratan’ disebalik peristiwa mati (Talkin dibaca untuk bagi khabar tersirat. Tapi, sayang tidak semua faham. Tidak faham sebab talkin dalam bahasa Arab satu hal juga..).. Itu yang manusia sering terlepas pandang.. Maka ramailah manusia yang ambil remeh akan peristiwa kematian dengan alasan dia tidak punyai penyakit! Manusia menjadi lalai.. Walhal bukanlah penyakit yang mendorong peristiwa kematian.. Penyakit itu cuma pelengkap asbab.. Asbab sebenar ialah Allah SWT!

Dialah pendorong dan Dialah penentu kepada tarikh kematian kita (Satu soalan.. Bila anda akan mati??)...

Sambung cerita nenek..

Jenazah nenek dibawa ke rumah Pakcik sebelah mak.. Petang itu juga dimandikan dan dikafankan.. Alhamdulillah semua ahli keluarga dapat berkumpul. Cucu-cucu nenek yang ada kat KL, bergegas balik semata-mata ingin bertemu dengan jenazah nenek (Tapi, kenapa orang “lebih gemar” bertemu dengan jenazah berbanding ketika jasad orang itu masih hidup?? Entah! Aku pun tak faham).

Tangisan sanak-saudara kedengaran di sana-sini. Semua bersedih.. Semua sayang nenek.. Semua cinta nenek.. Tapi, apakan daya.. Nenek kena menghadap Allah. Memang benar nenek sayang cucu.. Nenek sayang cicit.. Tapi, nenek lagi sayangkan Allah! Dan moga-moga Allah itu sayangkan nenek juga...

myikhwanfiideen, engkau menangis juga kah? Eh.. Saja nak tanya aku pula.. Nak cakap tak menangis, itu menipu namanya.. Nak cakap menangis, kantoilah..

erm.. Soalan saudari tue kita KIV jawapan dia ke tahun depan ye.. Nape plak? Eh.. Tanya lagi.. Sekarang nie awak nak jawapan kan? So.. Suka hati akulah nak jawab bila.. Kalau kau nak, kau jawab sendirilah.. hehe.

Nenek.. Moga Allah merahmatimu...

Mati.. Peristiwa mati selalunya disandarkan dengan kesedihan.. Manusia akan menangis bila mendengar berita kematian. Apatah lagi bila si mati itu adalah orang yang tersayang atau orang yang terdekat. Itu sudah menjadi “falsafah kematian” bagi setiap orang! Malah, ada orang akan kaget bila ‘diugut’ dengan kematian ahli keluarganya.. Ibu bapa contohnya.. Misalannya sahaja dalam slot malam penghayatan (sesetengah program motivasi)..

Adik-adik.. Tidakkah adik-adik sayang dengan ibu-bapa adik-adik..? Sanggupkah adik-adik kehilangan mereka... Bagaimanakah bila mereka sudah tiada..? Berderum suara esakan peserta-peserta kem (Sampaikan jatuh pengsan pun ada..).. Sebab apa menangis..? Sebab kaget.. Kaget dengan ugutan peristiwa kematian ibu-bapa mereka.. (Moga dengan itu mereka bisa lahirkan sebuah keinsafan!)

Falsafah mati dalam ruang pandang kesedihan biasa kita temui dalam masyarakat.. Sebab sedih itu fitrah! Fitrah yang sesuai dengan peristiwa mati.. (Yela.. Takkan pula kalau ahli keluarga kita meninggal, kita suka.. Itu kurang ajar namanya..)

Tapi, pernah dengar tak satu kisah..

Seorang perempuan tua datang menemui Nabi dalam keadaan bersedih.. Lalu Nabi bertanya.. Mengapa engkau bersedih wahai ibu? Aku bersedih sebab aku tidak punya anak lagi untuk di hantar syahid ke medan perang bersamamu ya Rasulullah!—Bukan bersedih sebab anaknya ‘mati’.. Tapi bersedih kerana tiada lagi anaknya yang boleh dihantar untuk ‘mati’! (Eh.. Ada pula orang macam tue ek)

Bukankah kematian As-Syahid Ahmad Yassin itu menyuburkan lagi intifadha umat islam di Palestina??

Mengapa tidak.. Sekarang pun masih ada yang berpegang pada “falsafah kematian” sebegini.. Tengok saja wawancara ibu-ibu di Palestina.. Setiap hari kami akan lahirkan benteng-benteng manusia yang akan melindungi Baitul Maqdis dengan jantung mereka! Subahanallah! Hebat bukan.. Kematian bukanlah konotasi kepada kesedihan.. Bahkan! Kematian anak-anak dan suami mereka menjadi satu kebanggaan.. Kebanggaan bukan hanya pada si ibu tapi untuk berjuta umat Islam yang ada di dunia! Inilah “falsafah kematian” yang tertinggi—Mati menjadi “keseronokan”!

Lihat sahajalah betapa Allah itu juga amat “seronok” menerima mereka yang mati dalam keadaan “seronok”...

“Wahai jiwa yang TENANG! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha (“seronok”) lagi Aku juga redha (“seronok”) denganmu.. (Surah Al-Fajr: Ayat 27-28)

MATI...

Kita bimbang dan sedih bila orang lain mati.. Macamlah kita tak akan mati.. Walhal kita juga mati, cuma masa mati yang tak sama (Kalaulah esok kita akan mati.. Macam mana ek kita malam nie..? Mesti Qiam tak henti-henti kan..)..

Kita berfalsafah dengan kematian orang.. Ada yang rasa sedih ada pula yang seronok.. Tapi pernahkah kita berfalsafah dengan kematian diri yang pasti akan tiba? Seronokkah kita ketika tengah nak mati nanti..? Atau sedihkah kita bila mati menghadirkan diri..?

Dan sebenarnya yang semestinya paling kritikal untuk difalsafahkan ialah..

“Seronokkah” Allah menyambut mati kita..? Ataupun sebaliknya, betapa Allah itu “bersedih” kerana ‘terpaksa’ mengazab mati kita??

Mati adalah jalan.. Jalan menuju maha Pencipta.. Azabkah atau rahmatkah jalan yang kita pilih semua itu perlu di rujuk cepat-cepat pada MANUAL sebelum due date kematian tiba.. Yakinlah bahawa turunnya wahyu bukan sekadar ‘FALSAFAH’ bahkan ia juga adalah ‘MANUAL’!

-myikhwanfiideen-

Jenazah-Lot 1443,

Tanah perkuburan Islam,

Kampung Merabau...

____________________________________________

Entry ini dedikasi buat:

Sahabat sekelas Eddy yang kematian ayahnya dua hari lepas.. Buat Adik tersayang, Sdr. Firdaus Abd Rahman, Timb. Presiden Persatuan Mahasiswa Islam UTM yang juga kematian ayah beberapa minggu lepas.. Dan juga semestinya dedikasi ini buat saya dan 8 orang adik-beradik lain kerana pemergian Ayah pada 2007 yang lalu..

-Sayangilah orang tersayang sebelum sayang itu menjadi sayang ia sudah terlambat!-

3 comments:

Anonymous said...

buat yg masih mmpunyai bapa n mak...

jgn segan cium bapa...
jgn segan cium mak..

jgn tggu x bnafas baru nak wat..

Nafsah Dulajis said...

~hospital juga sinonim dgn kematian. moga itu menjadi peringatan seharian buat kami~

~Moga kita berasa berbahagia menanti mati.Bukankah itu tandanya waktu bertemu kekasih hati?~

~Anda didakwa kerana menimbulkan rasa homesick di dalam diri beta!~

myikhwanfiideen said...

airmati yang masih hidup;

Jangan cium saja.. Doa itu lebih penting.. Khidmat itu lebih utama..

Sandarkan kasih pada mak dan ayah kerana kasih akan Allah dan NabiNya..

Moga kita dpt berkhidmat dgn baik sebelum subsidi nyawa ditarik balik..

----------------------------
Dr. Khayra pemudi Zaqziqi;

-Bukan hospital itu sinonim dengan kesihatan?? Mengapa pula kematian? Ini sudah salah motivate pesakit.. Hehe

-Bahagia menanti mati jika kita sudah prepare.. Moga Tuhan itu cinta kita semua.. I'Allah

-Sejak bila pula ada akta homesick dlm blogspot? Saya belum dgr Parlimen pernah bhs selama nie..=)

P/s-homesick takpa.. jgn sickhome sudah..

Blog Archive