Sunday, March 29

Bujukan buat puteriku...

Duhai puteri anakku..

Tutuplah auratmu.. Lindungilah tubuhmu.. zahirkan hanya mukamu dan dua tapak tanganmu.. Jangan biarakan api menyambar tubuhmu kerana bisanya tidak akan mampu kamu tanggungi.. Jangan biar Allah dan Nabi melaknatmu kerana tidak tercium bau syurga untukmu.. Maka, pakailah hijab pada dirimu.. Agar dirimu terpelihara.. terpelihara dari api yang membakar.. na’uzubillah!

Duhai puteri kesayanganku..

Sempurnakanlah hijabmu.. Ada orang bertudung tapi masih membuka aurat.. Kerana aurat itu bukan hanya setakat bertudung.. Itu mesti engkau fahami.. Jangan engkau tertipu dengan budaya kini.. Perintah Tuhan bukan bertudung cuma, tapi Allah itu menyuruh engkau menutup aurat.. Aurat bukan hanya rambutmu.. Bukan hanya tubuhmu.. Kerana dunia kini berlaku, orang bertudung tapi masih membuka aurat! Bertudung tapi sebenarnya bertelanjang!!

Duhai puteri ratu hatiku..

Tutupilah auratmu.. Sembunyikan hiasan dan kecantikanmu.. Kerana benda berharga itu wajib ditutupi.. Wajib dilindungi.. Bukan ditayang percuma seperti barang yang tidak laku.. Mengapa analogi semudah ini sukar untuk dikau fahami? Hijab itu akan membenteng pandangan bukan muhrimmu.. Lantas engkau bisa terselamat dari pandangan lelaki yang berperisa rasukan syaitan! Bukankah itu sudah difirmankan Tuhan..?

Duhai puteri penyejuk hatiku..

Tutuplah auratmu dengan hijab dan balutilah dengan malumu.. Hijab dan malu itu adik beradik yang tak boleh dipisahkan.. Hijab benteng external manakala malu itu pula benteng internal! Orang yang berhijab tapi tiada malu itu tidak sempurna sifatnya.. Orang yang malu tapi tak berhijab itu bodoh namanya..

Duhai puteri aset syurgaku..

Engkau pun sudah melihat.. Bila wanita sudah tidak berhijab dan hilang sifat malunya.. Maka, begitu mudah ia dipujuk rayu oleh lelaki.. Lantas hilanglah maruah dan harga diri.. Jadilah seperti barang permainan yang boleh dijual beli.. Boleh dipakai tanpa ada syarat nikah dan cukai mahar.. Boleh dijual di pasar tanpa ada timbangan maruah.. Juga boleh dijadikan bahan komersial pelaris jualan.. Sehingga begitu sekali martabat kehinaan!

Duhai puteri khazanah berhargaku..

Renungilah dua kisah perbandingan.. Kisah yang telah dinukilkan oleh Allah dalam Quran (surah Al-Tahriim:10-12).. Antara isteri Firaun dengan Isteri Nabi Nuh dan isteri Nabi Luth.

Betapa hebatnya srikandi bernama Asiah bermujahadah di sisi seorang lelaki bergelar Firaun! Dan betapa derhakanya pula dua orang wanita pada suami yang bergelar Nabi dan Rasul!

Lantas Allah konklusikan pesan dalam surah itu dengan kisah wanita yang suci.. Itulah maryam ibu kepada Nabi ‘Isa alaihi salaam.

Duhai puteri anakku..

Moga iman dan akhlak maryam teradun pada jasadmu.. Ameen.

__________________________________________

P/s:-Entry ini ditujukan buat ‘Izzah Athirah, si anak buah saya yang dah "meningkat usia". Jangan malas-malas solat ye.. Then, jangan selalu buat skill "pura-pura terlupa" nak pakai tudung! (",)

1 comment:

Nurul S Othman said...

salam...mohon izin sy masukkn posting ini dlm blog sy

Blog Archive